Tittle : Dear Lover
Uwekkk! Uwekkk!
Seorang bayi perempuan yang baru lahir menangis.
“Alalala, nangis ye dia,” kata Puan Alin.
Puan Rina tersenyum menepuk bayinya.
“Nama dah ada?”soal Puan Alin.
“Belum,”
“Bagi nama dekat-dekat dengan anak Lin,” kata Puan Alin tersenyum.
~@~@~@~@~
Kringgggg.
Bunyi loceng menandakan bermulanya waktu persekolahan di SMK Seri Indah. Semua pelajar berpusu-pusu memasuki kelas masing-masing.
Raisha menuju ke tempat duduknya. Beg diletakkan kasar ke atas kerusi.
“Kau ni, pagi-pagi dah moody,” tegur Alia, kawan baiknya.
“Si mata empat tu la spoil mood aku!” Punggungnya dihenyak ke atas kerusi sambil matanya merenung keluar tingkap mengenang kisah yang merosakkan moodnya pada pagi yang serba indah ini.
“Aduhh!” Kedua-duanya mengaduh serentak. Buku ditangan jatuh berterabur.
“Eh, sor..” ayat Raisha tergantung apabila dia memandang siapa yang telah melanggarnya.
“Kau!” Lelaki itu berkata setelah melihat wajah Raisha.
“Apa kau-kau?! Dah lah langgar orang, ‘kau’ je yang kau boleh cakap?” soal Raisha kasar. Dah lah langgar aku sampai jatuh buku-buku aku. ‘Kau’ je dia cakap?! Ini boleh mendatangkan marah!
“Alang-alang kau dah nak cakap ‘sorry’ tadi, kenapa tak habiskan je?” soal Rayqal dalam nada yang lebih kurang dengan Raisha. Ayat nak tergantung je. Habiskan lah!
“Hoho. Sorry dude! You don’t deserve it,” kata Raisha sambil tunduk mengutip bukunya yang berteraburan. Bukunya sahaja! Buku Rayqal? Sorry, aku tak sebaik tu.
“Really? You just did,” Rayqal menyindir dengan bibirnya sudah tersungging senyuman nakal. Rayqal tunduk mengutip bukunya pula. Dia dah siap pilih buku dia, senang kerja aku.
Raisha mencebik geram.
“Sudah-sudah lah terkenangkan si Rayqal tu, Isha oii,” kata Alia. Buku sejarah di hadapan mata diselak laju mencari di mana berhentinya PNP hari sebelumnya.
“Buang masa kenangkan dia!” kata Raisha.
Alia sudah tersenyum simpul mendengar.
~@~@~@~@~@~
Raisha membelek album gambarnya. Terlihat beberapa keping gambar seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Gambar mereka bermain, berlari mengejar rama-rama, makan. Semuanya gambar berdua.
Raisha tersenyum sendiri. Kenangan lama datang menjengah fikiran.
“Yeayy! Saya dah pandai bawa basikal dua roda!” jerit Raisha gembira.
Hakkim hanya tersenyum melihat Raisha yang menjerit gembira di atas basikal itu.
Raisha mengangkat tangannya daripada handle basikal.
“Hakkim! Tengok saya boleh bawa tanpa pegang!” kata Raisha lagi.
“Nanti jat…” ayat Hakkim tergantung.
“Arghh!” Raisha sudah terjatuh dan ditindih oleh basikalnya.
“Tuh,” sambung Hakkim perlahan. Pantas dia datang menghampiri Raisha. Basikal yang jatuh di atas Raisha di angkat.
“Hana,Sakit tak?” soal Hakkim prihatin. Sikap yang datang secara semulajadi apabila menjadi anak sulung. Prihatin.
Raisha mengangguk. Air mata sudah menitis menahan sakit. Lututnya luka.
“Jom lah balik,” ajak Hakkim dan cuba membantu Raisha bangun.
“Sakit,”kata Raisha dalam tangis.
Hakkim pusing belakang dan merendahkan badannya.
“Saya dokong,” kata Hakkim pendek.
Raisha yang sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa itu terus memeluk tengkuk Hakkim dan membiarkan dirinya diangkat.
“Awak berat,” kata Hakkim perlahan.
“Apa dia?”soal Raisha.
Hakkim menggeleng. Dia mendokong Raisha sehingga sampai ke rumah dan basikal ditinggalkan di taman begitu sahaja.
Raisha tersenyum mengenang kenangannya ketika kecil bersama Hakkim. Rindu datang menerpa. Rasa sebak tiba-tiba menghimpit dada. Rindu pada Hakkim.
Hana rindu Hakkim.
~@~@~@~@~@~
“Lagi?!”soal Raisha tidak berpuas hati.
Alia mengangguk sambil menarik tangan Raisha.
“Kau tau tak Alia, kau dah masuk MPH ni dah kali kelima untuk hari ni. SAHAJA!” tekan Raisha. Berapa banyak kali lah dia ni nak keluar masuk MPH? Pekerja dah kenal dah muka aku.
“Alaa, tadi terlupa nak beli satu novel tu,” Alia membela diri.
“Tu yang dah ada 4 dekat tangan tu apa? Berapa banyak kau nak?” soal Raisha. Nak borong satu MPH kot baru puas hati dia ni.
“Satu je lagi. Last,” kata Alia sambil tersengih.
“Aku tunggu luar je. Dah muak masuk MPH. Kau pergi lah cepat,” kata Raisha sambil bersandar di dinding luar MPH. Dah penat masuk. Aku bukan gila novel macam dia.
Alia dengan pantas masuk ke dalam kedai buku itu. Sudah tidak sabar untuk membeli novel yang kelima.
Raisha menyumbat telinganya dengan earphone. Lagu Back to December nyanyian Taylor Swift berkumandang.
Sesekali bibirnya menyanyikan sekali bait-bait lagu itu. Matanya meliar memandang sekeliling dan matanya melekat kepada ‘sesuatu’.
‘Mata empat,’ getus hati Raisha.
Seorang lelaki yang santai ber-t-shirt hitam, seluar jeans, cermin mata berbingkai putih dan telinga yang bersumbat earphone seperti dirinya juga sedang bersandar di dinding sambil kakinya disilangkan dan tangannya memeluk tubuh.
Ramai juga para gadis yang menoleh beberapa kali.
Raisha buat tak endah. Tangannya mencari handphone di dalam beg silangnya.
‘Mana pula handphone bertuah ni?’
Apabila tangannya mencari-cari tetapi tidak tercapai, Raisha mengangkat sedikit begnya dan matanya meliar mencari telefon bimbit miliknya.
“Got ya!” bisik Raisha.
Kepalanya diangkat.
“Oh mak you!” Raisha sudah menekup mulut. Adehh. Terlepas.
“Minah saleh betul. Melatah pun jadi ‘Oh mak you’ instead of ‘Oh mak kau’,” kata Rayqal yang sudah berdiri di hadapan Raisha.
“So? Kenapa kau kisah? Yang tiba-tiba muncul depan aku ni kenapa?” soal Raisha tak puas hati. Dah lah muncul tiba-tiba, nak condemn pasal aku punya latah pulak!
“Kau sedar tak yang tengah berdiri dekat tengah-tengah jalan orang yang nak keluar masuk toilet?” soal Rayqal sinis.
Raisha menoleh ke arah belakang.
Erkk?! Raisha menggigit lidah. Macam mana pula aku dekat tengah jalan ni? Tadi elok je dekat dinding. Raisha bergerak kembali ke tepi dinding.
Rayqal tersenyum tepi. Matanya merenung Raisha dari tepi. Rambut ikat ekor kuda, anak rambut menutup mata sedikit, brown eyes, nice smile, cardigan…
“Aku tau aku cantik, tak payah tenung macam tu,”tegur Raisha. Tenung macam nak telan je.
Rayqal mengetap bibir. Kantoi pulak!
“Siapa tenung kau? Perasan! Aku usha perempuan belakang kau tu. Cute,” kata Rayqal menutup silapnya.
Raisha menoleh. Kelihatan seorang pelancong asing berambut blonde sedang berdiri berhampiran dengannya untuk masuk ke dalam MPH.
Raisha tunduk. Adeh! Rasa macam ada treler jatuh hempap kepala. Malu! Padan muka kau Raisha Raihana!
Rayqal tersenyum menang apabila melihat Raisha yang tunduk menahan malu.
“Eh!Rayqal! Buat apa sini?” soal Alia yang baru keluar daripada MPH. Sejak bila pula si Raisha ni baik dengan Rayqal?
“Tunggu kawan masuk toilet dari tadi tak keluar,” kata Rayqal menjawab pertanyaan Alia.
“Oh, okay,”
“Jom Lia! Aku dah lapar ni!” kata Raisha sambil menarik tangan Alia yang masih ingin berbual dengan Rayqal. Siapa taknak berbual dengan Ketua Pengawas SMK Seri Indah merangkap kapten bola sepak sekolah. Budak hot tu!
“Aku tak habis borak lagi,”kata Alia tidak puas hati menyaingi langkah Raisha.
“I.Don’t.Care.”Jawab Raisha sepatah-sepatah.
“Gila jawatan!” kata Alia geram.
Kenangan yang menjadi penyebab pergaduhan antara Rayqal dan Raisha datang kembali menjengah minda.
Perjumpaan Kelab dan Persatuan diadakan pada waktu petang kerana sesi persekolahannya adalah pada waktu pagi.
Masing-masing sibuk memilih kelab yang ingin disertai.
Bagi Raisha dan Alia, masing-masing sudah duduk diam di dalam dewan. Kelab Muzik. Semakin lama, semakin ramai yang datang memenuhi bahagian hadapan dewan.
Guru yang bertugas asyik melihat jam bagi memastikan mesyuarat bermula pada masa yang ditetapkan.
Tepat jam 3 petang, mesyuarat perjumpaan kali pertama itu dimulakan.
“Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya Cikgu Kamil Adlan dan Cikgu Aliza adalah guru penasihat bagi kelab ini. Buat pengatahuan semua ini adalah perjumpaan Kelab Muzik. Sesiapa yang rasa terasa tersilap tempat, boleh bertukar kelab sekarang,” kata Cikgu Kamil Adlan.
Semua pelajar diam membisu,static di tempat masing-masing.
Raisha menoleh sekeliling. Ramai juga yang menyertai Kelab Muzik tahun ini.
“Baiklah. Kita akan melantik AJK kelab. Untuk pelajar Tingkatan 4, jawatan yang tinggi diserahkan kepada anda kerana senior Tingkatan 5 tidak boleh mengendalikan kelab pada tahun ini untuk mengahadiri kelas persediaan SPM,” kata Cikgu Aliza.
Pelajar Tingkatan 5 yang sudah sedia maklum mengangguk mengiakan.
“Pencalonan dibuka,” kata Cikgu Kamil Adlan.
Seorang demi seorang mengangkat tangan mencalonkan nama yang dirasakan layak.
“Raisha, kau nak tak?”soal Alia.
“Boleh je,”jawab Raisha yakin.
Alia mengangkat tangan pantas.
“Ye?”soal Cikgu Aliza sambil jarinya menunjuk ke arah Alia.
“Raisha Raihana,” kata Alia yakin.
Nama Raisha ditulis di papan putih di hadapan dewan.
Seorang pelajar lelaki di belakang mengangkat tangan.
“Muhammad Rayqal!” kata pelajar itu kuat.
Seorang senior tingkatan 5 di barisan belakang mengangkat tangan.
“Pencalonan ditutup!”
“Baiklah! Pencalonan ditutup,”kata Cikgu Kamil Adlan. Matany Cikgu Kamil Adlan membaca nama-nama yang ditulis. Ramai. 5 orang pelajar tingkatan 4, 4 orang pelajar tingkatan 3, 4 orang pelajar tingkatan 2.
“Bagi setiap kategori tingkatan, anda dibenarkan mengundi 2 kali sahaja!” kata Cikgu Aliza tegas.
“Calon-calon, sila tunggu diluar,”arah Cikgu Aliza. Semua nama yang dicalonkan keluar daripada dewan.
Beberapa minit kemudian, calon-calon dipanggil masuk.
Pelajar yang sedia ada di dalam dewan bertepuk tangan. Mata calon-calon itu memandang papan putih yang sudah tertulis siapa yang bakal mengisi jawatan.
Pengerusi : Muhammad Rayqal
Naib Pengerusi : Raisha Raihana
Dan jawatan-jawatan lain di isi dengan nama pelajar tingkatan 3 dan 2.
“Macam mana aku boleh jadi naib pengerusi?” soal Raisha kepada Alia setelah duduk semula.
“Kalah satu undi dengan Rayqal,” kata Alia perlahan.
“Kalau aku jumpa siapa sorang yang terlajak undi Rayqal tu, tau lah aku nak buat apa,” kata Raisha geram. Baru aku pasang angan-angan nak jadi pengerusi kelab.
Alia memandang Raisha pelik.
“Gila jawatan!” kutuk Alia perlahan.
“Sekali sekala,”
Dan sejak peristiwa ini, Raisha melancarkan perang dingin dengan Rayqal yang masih tertanya-tanya punca perang dingin mereka.
“Kau berangan apa, Isha oi!” tegur Alia. Aku macam cakap dengan meja lah budak Raisha ni. Eh! Budak? Bukan sebaya aku ke? So, aku budak? Oh,okay dah merepek!
“Teringat kenangan Kelab Muzik,” kata Raisha.
Alia tergelak kecil.
“Kenapa tak nak baik dengan dia?”soal Alia.
“Dah cuba. Masa aku nak berbaik tu, dia kata aku main-main,”terang Raisha.
Alia menggeleng perlahan. Dua-dua boleh dikatakan top student, tapi, otak kurang matang.
~@~@~@~@~
Damn! Macam mana aku boleh overslept ni?! Jam di atas meja kecil di tepi kepala katil menunjukkan pukul 7:30 pagi. Dah lambat!Dah lambat! Tudung yang tergantung di pintu almari di capai dan disarung ke kepala. Senget pun senget lah!
Raisha berlari turun tangga. Hampir sahaja terlepas beg di bahunya.
“Hana! Tak sarapan?”laung Puan Rina dari dapur apabila melihat anak gadisnya sudah berlari ke muka pintu.
“Dah lambat!Pergi dulu ma!”jerit Raisha. Kasut disarung dan stoking dimasukkan ke dalam poket uniform sekolahnya. Basikalnya dicapai dan dipecut laju meninggalkan perkarangan rumah.
Sambil memecut basikalnya, Raisha menjeling jam di pergelangan tangan kirinya. 7:45. Loceng bunyi 7:45, 7:45 aku baru halfway dari sekolah. Kakinya melajukan kayuhan.
“Jangan tutup pagar!”jerit Raisha apabila seorang pengawas sudah menolak pagar untuk ditutup.
Raisha brek mengejut betul-betul di hadapan pengawas itu.
Pengawas itu memandang Raisha terkejut.
“Raisha Raihana,” Rayqal mengeluarkan buku kecil dari dalam poket kemejanya untuk mencatit nama pelajar lewat.
“Tolong turun dari basikal,” arahnya tanpa nada.
Raisha menurut. Jantungnya berdegup laju setelah memecut basikalnya sekuat hati.
“Kau tau berapa banyak kesalahan yang kau dah buat pagi ni je?” soal Rayqal masih tanpa nada.
Raisha menggeleng. Suaranya tersekat di kerongkong.
“Tak pakai stoking, datang lambat, bawa laju, tak pakai anak tudung, hampir melanggar pengawas,” Rayqal menyenaraikan satu persatu kesalahan yang dibuat oleh Raisha.
“Kenapa lambat?”soal Rayqal.
“Overslept,” jawab Raisha sepatah.
“Kenapa bawa laju?”
“Nak cepat”
“Tak nampak tanda ‘Slow down, school ahead.’?”
“Nampak,”
“Habis tu?”
“Kalau aku ikut peraturan ‘slow down, school ahead.’ tu, aku akan lagi lambat,”
“Dah tau lambat, baik biar lambat je. Nama tetap kena ambil. Meri t tetap kena tolak,”
“Kalau aku sampai sekolah pukul 8:30 karang, kau bising,”
“Apa beza dengan sekarang?”
“Kenapa kau tak boleh ambil je nama aku and lepaskan aku masuk kelas? Tak payah nak soal gaya detektif soal siasat dalam CSI. Buang masa kau. Buang masa aku. Cikgu dah start mengajar,” Raisha sudah mula menjawab panjang lebar.
Erk?! Rayqal ketap bibir. Perempuan ni memang menguji kesabaran.
Nama Raisha ditulis di dalam buku notanya dan melepas Raisha untuk masuk ke dalam kelas.
“Eh kejap!” panggil Rayqal.
Raisha menoleh sambil menghela nafas berat.
“Apa lagi?” soal Raisha.
“Gaya mandat besar pulak datang sekolah pakai gelang. Hand it over,” kata Rayqal sambil menyua tapak tangannya.
“No!” tegas Raisha sambil menyorak tangannya ke belakang badan.
“Dah tertera dalam buku peraturan sekolah, pelajar yang memakai gelang tangan atau kaki atau apa-apa aksesori, pengawas berhak merampas,” kata Rayqal.Tangannya masih disua ke hadapan Raisha.
“Kau tak perlu rampas kalau tak nak. Rules are made to be broken,” kata Raisha lagi. Kalau kena rampas gelang ni. Habislah!
“Not for me. Rules are made to be followed,” tegas Rayqal.
“Bagi sini,Raisha. Kalau tak, aku boleh buat markah merit kau kena tolak sampai 50. Tahun ni tahun akhir. Sibuk untuk SPM. Dah tak ada masa untuk kau tambah merit. Nak ke spoil sijil berhenti sekolah?” soal Rayqal mengugut. Gelang tu sangat menarik perhatian aku.
Raisha perlahan-lahan membuka gelang yang melilit pergelangan tangannya. Gelang itu dihulurkan kepada Rayqal. Rayqal menyambutnya dengan senyuman sinis.
“Thank you. You may go to your class now,” kata Rayqal. I got it!
Raisha jalan perlahan meninggalkan Rayqal. Wajahnya sedih.
Hakkim! Raisha dah tak boleh simpan gelang tu!
Rayqal memasukkan gelang itu ke dalam poket seluarnya. Yes, Raisha. Rules are made to be broken. Rayqal tersenyum tepi.
~@~@~@~@~@~
Gelang milik Raisha ditilik. Tulisan yang diukir di bawah rantai tangan itu.
‘Dear lover H<3>
“Hana janji Hana simpan gelang ni sampai kita jumpa balik nanti,” kata kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun itu.
“Kalau Hana simpan, Hakkim janji kita akan jumpa lagi?”soal kanak-kanak perempuan yang seusia dengannya.
Hakkim mengangguk.
“Hakkim, jom!” ajak ibu kepada Hakkim sambil memegang tangan anak lelakinya itu dan dipimpin menjauhi Hana dan keluarganya.
Hakkim pegang janji Hakkim. Kita akan jumpa lagi. Hakkim rindu Hana.
~@~@~@~@~@~
10 tahun kemudiann~~
“Hana tu, tak ada yang punya lagi ke, Rina?”soal Puan Alin kepada Puan Rina.
“Entah la, Lin. Tunggu siapa entah,” kata Puan Rina.
“Hakkim ni pun. Umur dah 27, kahwinnya tak,” kata Puan Lin sambil menepuk perlahan peha anak terunanya di sebelah. Hakkim hanya tersenyum tepi.
“Hana mana aunty?” soal Hakkim. Rindunya kepada Hana membuak-buak. Rakan sepermainannya ketika kecil. Tak pernah sekalipun meninggalkan mindanya. Gadis yang sudah mencuri hatinya.
“Dekat luar. Entah apa dia buat. Pergilah tengok,” kata Puan Rina.
Hakkim mengangguk dan pantas membawa dirinya ke taman rumah Puan Rina.
“Ehem!” Hakkim berdehem untuk mendapatkan perhatian wanita yang membelakanginya.
Hana berpusing.
“Raisha Raihana. Long time no see,” kata Hakkim sambil tersenyum.
“Hakkim?” suara Raisha bergetar.Memang sudah mengetahui Hakkim dan ibunya datang berkunjung.Sengaja dia tidak menampakkan diri. Hana rindu Hakkim! Mau saja dia memeluk lelaki itu. Namun, mindanya menghalang. Wajah Hakkim mengingatkannya kepada seseorang. Musuh ketatnya! Rayqal!
“Hakkim je?Full name?”soal Hakkim menguji.
“Err, Hana..Hana tak tau,” kata Raisha perlahan, tunduk memandang kaki.
“Rayqal Hakkim. Muhammad Rayqal Hakkim. Ketua Pengawas SMK Seri Indah,”
Mata Raisha membulat. Rayqal? Hakkim? Orang yang sama! Lainnya muka dia dari dia masa kecil dulu!
Rayqal/Hakkim tersenyum. Tanggannya menyeluk poketnya dan mengeluarkan seutas gelang yang pernah dirampas daripada Raisha dulu.
Hakkim melutut di hadapan Raisha yang berdiri statik.
“Dear Lover,Raisha Raihana, will you marry me? Be the queen of my life and stay beside me no matter what?” lamar Hakkim.
Raisha sudah mendapat blusher semula jadi. Matanya merenung anak mata Hakkim.
“You fell in love with 7 years old me. Dah fikir habis?”soal Raisha.
“Dah. 7 years old, 17 years old or 27 years old, it doesn’t make any difference. It’s still you,” kata Hakkim yakin.
Raisha diam memandang Hakkim.
“Hana tak sudi?” soal Hakkim perlahan.
“Tanya mama dengan papa dekat dalam,” jawab Raisha perlahan.
“Okay,” kata Hakkim. Dia berdiri. Lenguh lutut. Kalau tanya mama, papa, sure green light. Hati Hakkim berbunga riang.
“Take this bracelet first,” Hakkim menghulur gelang tangan itu kepada Raisha. Raisha menyambutnya dengan senyuman.
“Thanks for keeping your promise, Hakkim,”
Hakkim tersenyum dan mengangguk. Pantas masuk ke dalam rumah. Raisha mengikut perlahan dari belakang
“Aunty, uncle, mama, papa, Hakkim nak kahwin dengan Hana,” kata Hakkim senafas.
“Alhamdulillah,” kata semua orang di dalam rumah itu hampir serentak.
“Lama kami tunggu,”
Tawa pecah antara mereka.
‘Dear lover,you’re the best thing that’s ever been mine’ bisik hati Raisha dan Hakkim.
Mereka berbalas senyuman.
Tamat.
3:53 a.m
1 February 2011 (Selasa)
Hello. Assalammualaikum :)
Apa khabar? Hihi.
Sorry lama blog tak di-update.
Tak tau nak tulis apa.
So, here's a story. Dear Lover :)
Hope you like it.
Leave your comment 'eyy :)
To blogwalkers, thanks for drop by. Leave me your link and I'll visit your blog :)
To those who celebrates Chinese New Year, Happy Chinese New Year! :D
Okay,
Itu je kot :)
Bye, Salam.
Much Love,
AdDina EzLia :) <3>
4 comments:
weh, romantik giler!
^_^
~Iqah Irah~
sweeetnye~~~
ayat last skali you are the best thing thats ever been mine tu mcm lirik lagu taylor swift.. haha.. saya baru baca citer ni.. best.. :)
Iqah Irah & Nina Aziz , thanks guys :)
naimah, haha, memang mencilok punn. keh3. thanks 'eyy :)
Post a Comment