Sunday, June 7, 2009

[Cerpen]--Bff's Babysitter

Tittle:Bff’s Babysitter



“Boring gila gaban nak cuti ni,”kata Qurr atau Qurratul Liana kepada rakan karibnya iaitu Addina Emila(Dina),Ain Zulaikha(Ain),Qistina Balqis(Bobby) dan Nayla Adriana(Nelly).
“Gilamu!Summer is the best tau,”marah Nelly kerana baginya cutilah masa yang paling menggembirakan.
“Erm,betul,betul,betul,”sokong Dina,Ain dan Bobby serentak.
“Ambil kau!Tiga hit sekali,”kata Ain.
Qurr mencebik.Mana aci 4 lawan 1!!Eh kejap!Aci dekat India..hehe..


Irfan dan Arfan iaitu kembar tak seiras lalu di hadapan mereka.
“Hi Arfan!”sapa Nelly.
“Sombong!”balas Nelly sebelum Arfan sempat menjawab lagi.
“Poyo la kawan kau ni Bobby,”kata Dina berbisik ke telinga Bobby.
Bobby mengangguk macam burung belatuk saja lagaknya.
“Kawan Bobby kawan kau juga la,”kata Qurr membela Nelly.
“Aku tak ada kawan macam tu,”jawab Dina dan Ain serentak sambil tersengih.
“Sengal!”balas Qurr.
“Ngumpat erh?”jerkah Nelly.
“Tak ngumpat.Mengata,”jawab Bobby slumber.

“Esok datang rumah aku nak?”soal Nelly,
“Taknak la!Aku tiap-tiap hari datang rumah kau,”kata Bobby membantah.
“Huh?!”Nelly mendengus geram.
“Suka hati la!”jerit Bobby.
Kemudian,Nelly pun menjerit benda yang sama.
“Wei!Sudah la tu!Baik pergi shopping je,”kata Qurr meredakan keadaan.
“Huh?!Nak gaduh pun susah,”keluh Nelly dan Bobby serentak.
Baru sahaja Nelly ingin membuka mulut Ain pantas memintas,
“Tak ada duit la,”
“Jual air nak?”soal Qurr.
“Jual air apa?”soal Dina.
“Air liur ke?Air kencing ke?”soal Bobby dengan soalan yang tak munasabah.
“Wei!Discuss nanti erk!Mak aku dah sampai la,”kata Ain.
“Ok,ok!Whatever happen aku SMS kau,”kata Bobby sebelum Ain memasuki perut kereta.

“Kejap,kejap!Bukan ke kita naik sama bas?Kenapa dia naik mak pula?”soal Nelly.
“Entah!”jawab Dina,Qurr dan Bobby serentak.


~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~


Seperti yang dipinta oleh Nelly,mereka berkumpul di rumah Nelly keesokkan harinya.Kawan yang baiklah katakana.Nelly tinggal di Taman Impian Ceria.Ain,Dina,Qurr dan Bobby pun sama.Cuma jalan dan nombor rumah je lain.Taman sama je.Cuma,perjumpaan kali ini di rumah Nelly.

“So,apa Summer Plan kita?Hari ni dah start cuti.Summer ni 4 minggu je cuti kan?”soal Dina.
“Erm…Shopping?”soal Qurr.Tak habis-habis dengan shopping la minah ni.
“Duit?!”soal Dina,Nelly,Bobby dan Ain serentak.
Qurr tersengih.
“Dah,dah!Tak payah sengih-sengih.Menyampah aku tengok tau,”ejek Bobby.
Senyuman terus pudar dari wajah Qurr yang hitam manis itu.


Setelah dua jam berbincang……


Summer Plan for MONEY!
*Jual air
*Upah kemas rumah orang atau rumah sendiri.(Ergh!No way!Who’s idea is this?!)
*Babysitter
At least RM10 per day(RM50 kan best.Adeyh!)

“So,how’s that?”soal Dina.
“Aku taknak jual air!For sure,aku paling tak suka kemas rumah,”kata Nelly.
“Rela jaga baby nampak?”sindir Bobby.
“Not baby but kids!”jawab Nelly.
“Ikut majority!”kata Dina.

“Jual air!”
Qurr dan Ain sahaja yang angkat tangan.
“Kemas rumah?”
Tiada seorang pun.
“Babysitter,”
Dina,Bobby dan Nelly.
“Ok.Babysitter,”




~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~



Kali ini,lokasi perbincangan adalah di rumah Dina…Perbincangan bermula.Berpuluh cadangan keluar.Namun,inilah keputusannya.


Money Assignment!
Kindergarten=>Rumah Nelly
Food and drinks =>Qurr
Activities=>Bobby
Fliers=>Dina
Blog decoration=>Ain
Kindergarten decoration=>All!


“Ok!Dah ada tugas!”kata Qurr.
“What are you girls waiting for?Start working lorh!”kata Bobby.Rajin semacam je…

Dina pantas mengambil computer riba ‘apple’nya dan broadbandnya dan diserahkan kepada Ain untuk membina sebuah blog.Dina hanya menggunakan sehelai kertas A4 dan sebatang pensil untuk merangka ayat untuk risalah.Bobby memikirkan aktivti sepanjang ‘acara’ babysitter ini berlangsung.Nelly sedang melukis keadaan dalam rumahnya yang dalam keadaan selepas dihias.


Lewat petang…..

Akhirnya berjaya juga mereka menyiapkan tugasan masing-masing.Semuanya dibereskan hari itu juga!

“Ok tak?”soal Dina selepas mem’print’ sehelai risalah yang dah disiapkan.




BFF BABYSITTER


Wanna go for your second honeymoon?
Your little kids make probs?
Send them here!They can enjoy their summer day with us.
5 until 7 years old
RM75 per day.One day free trial at 8th June 2009.
Register first!
Call us at 012-2122121 or,link us at bffs-babysitter.blogspot.com
Put your contact number and your name!
Hurry,only 10 kids accepted!


“Ok!”kata Qurr dan Ain.
“Great!”kata Nelly.
“Absolutely fabulous!”kata Bobby pula.
“Esok kita pergi tampal dekat pokok-pokok kea pa erk,”kata Dina.
“Nanti diorang akan call Bff’s phone kita kan?”soal Qurr.
“Yups!So bawa setiap hari ok?”suruh Dina.Bagai ketua sahaja lagaknya.Tapi sememangnya dia ketua risalah.Hehe..


~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~



“Panas seyh!”keluh Bobby sambil mengesat peluhnya yang menitik.
“Tu la korang!Pandai sangat buat tengah hari buta macam ni,”,marah Qurr.
“Tampal 4 or 5 helai dah la.Yang lebih tu bagi la dekat orang yang lalu lalang ni.Tak pun bagi dekat orang depan shopping complex tu,”Dina memberi cadangan sambil menunjuk kea rah shopping complex di hadapan mereka.
“Jom!Jom!”ajak Nelly.Yang lain ikut dari belakang.
“Hah….Lega sikit,”kata Bobby apabila menjejakkan kaki ke dalam shopping complex.Macam tak pernah masuk je..Ish3!Kawan siapa lah tu?

“Dah!Dah!Jom berpecah,”Nelly pergi dekat escalator depan Watson tu,Dina kaunter pertanyaan.Ain,area McD,KFC dengan Pizza.Bobby dekat escalator depan Guardian.Aku dekat area MPH,Popular dengan News Networks,”kata Qurr panjang lebar.

Berpecahlah mereka ke tempat yang di tetapkan.Seorang pegang 50 helai risalah Bff Babysitter.Nak tercabut tangan.


Ain…

“Puan ada anak?”soal Ain.
“Ada.Kenapa?”soal puan itu.
“Nah,”Ain menghulurkan risalah itu kemudian pergi ke pelanggan lain meninggalkan puan yang terpinga-pinga tadi.


Bobby….
Bobby berdiri di hadapan escalator depan Guardian sambil menjerit,
“Kepada sesiapa yang nak hantar anak pergi pusat asuhan dan jagaan boleh hantar ke tempat kam!Pendaftaran dibuka!Sila ambil fliers kepada sesiapa yang berminat untuk maklumat selajutnya.Sekian,terima kasih!”
Satu minit kemudian ramai yang datang mengambil fliers dari Bobby.
‘Senang kerja aku,’bisik Bobby dalam hati.


Qurr……..


“Register ye,”
“10 orang je!”
“Limited!”
Itu sahajalah ayat yang sering diulangi Qurr.



Nelly…..

“Thankies!Register ye,”
“10 kids only!5 until 7 years old!”
“No allergies!”
“Having fun for any day you like!”
“This summer only!”
“Kids sleepover!”
Dah habis sampai sleepover ulang thankies balik.


Dina….

“Perhatian!!Kepada sesiapa yang ingin bercuti tanpa membawa anak 5 hingga tujuh tahun boleh ambil fliers dan daftar.10 orang sahaja.Daftar esok atau malam ini!Sekarang tak boleh.Di jaga oleh 5 orang gadis molek berusia 16 tahun.Jangan bimbang!Pasti selamat!Untuk maklumat selanjutnya,sila ke kaunter pertanyaan.Terima kasih.”kata Dj yang bertugas.
“Thanks Cik DJ!”ucap Dina.
‘Kan senang.hehe’hati Dina bermonolog sendirian.
Lima minit kemudian,ramai yang datang untuk mengambil risalah.Bobby,Nelly,Ain dan Qurr pun datang sekali.
“Baik buat macam ni dari tadi,”kata Nelly.
“Hehe,”Dina tergelak kecil.
“Lepas ni pergi makan nak?”selepas dia memberikan fliers terakhir.
“Aku tak bawa duit la..”jawab Dina.
“Sama,sama!”sokong Ain.
“Aku bawa RM5 je,”kata Bobby pula.
“Aku bawa RM30 je,”kata Nelly pula.
“Je?!”jerkah Ain dan Dina serentak.
Nelly tersengih sendiri.


“Kejap!Tu bukan Arfan dengan Irfan ke?”soal Dina yang nampak kelibat Arfan dan Irfan.

“Lari!Nanti karang mesti diorang bagitau dekat Amy,”
Amy atau Putri Amy Amira.Anak CEO Metro Holdings.Kaya la tu.
Dina,Qurr,Ain dan Bobby perlahan-lahan meninggalkan Nelly yang tercari-cari kelibat Arfan dan Irfan.
“Wei!Korang kata ada Arfan and Irfan?Mana?”soal Nelly sambil berpaling untuk bertanya kepada teman rapatnya.
“Mana pula minah-minah ni pergi?”dengus Nelly.
Kemudian dia terlihat teman rapatnya sedang membelek baju Esprit.
“Sengal betul.Wei korang!”jerit Nelly.



~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~


8th June…..


“Kenapa tak ada orang datang ni?”soal Bobby.
“Bukan ke tadi ada few people call tanya alamat.Maknanya kejap lagi ada la tu..”kata Dina sambil memujuk hati sendiri.
“Wei!Kenapa tiba-tiba ada lebih kurang 50 biji kereta depan rumah kau?”soal Qurr pelik.
Kini,Bobby,Dina,NellyAin dan Qurr ternganga.

“Err…A..da..a..pa ni?”soal Nelly terputus-putus.
“Kami nak hantar anak,”kata salah seorang daripada wanita yang datang.
“Bff’s Babysitter kan?”
Nelly angguk dan terpaku.
“Kejap ya,”kata Dina lalu menarik Nelly dan tiga orang kawannya masuk ke dalam untuk membuat perbincangan.
Apabila masuk ke dalam rumah kelima-lima mereka mendiamkan diri sahaja.
“Kenapa diam pula?!Tadi tarik?!”jerit Nelly yang tengah hot temper.
‘Aku tendang budak ni masuk kandang harimau baru dia tau,’bisik hati Dina.
“Nak buat macam mana ni?”soal Qurr yang cuba meredakan kemarahan Nelly.
“Buat bodoh!”jawab Bobby selamba.
“Macam ni kita ambil 25 orang….”ayat Dina pantas dipintas Nelly.
“Gila!Kau nak rumah aku jadi apa?!”tengking Nelly.
“Weyh!Dina tak habis cakap lagi la!Sabar la sikit!”marah Ain apabila Nelly tengking-tengking.
“25 orang bahagi lima..Seorang kena jaga 5 orang budak.5 tinggal rumah.5 bawa jalan.Macam tu la?Ok?”soal Dina.
Mereka berempat mengangguk bersetuju dengan Dina.


Bobby tarik meja dan menjerit serta merta menarik perhatian ibu bapa yang hadir,
“Perhatian tuan-tuan dan puan-puan sekalian!I need your attention please!Di sebabkan kita dah ada lebih kurang 50 orang yang hadir.Kami akan pilih 25 orang yang pertama mendaftar sahaja!Siapa cepat dia dapat!25 itu hanya di jaga untuk hari ini!Kami hanya akan pilih 10 orang sahaja!Pemilihan hari ini pukul 6:30 petang.Setiap ibu bapa perlu hadir!No excuses!”kata Bobby panjang kemudian turun dari meja.

Ibu bapa berpusu-pusu mendaftar anak.Mana yang awal dapat la.Ramai la juga yang daftar.

“Ok ni nama yang dapat,Fathini,Azwana,Afiqah,Elia Elis,Shaziqah,Sumayyah,Bella,Faziera,Amalina,Azrulina,Afiq,Syafiq,Amal,Zikri,Nikrul,Fina,Maya,Liya,Elly,Sara,Lissa,Fikri,Danish,Miki dan Ikmal.Tahniah yang dapat.Yang tak dapat,maaf ye,”kata Dina kemudian memanggil kanak-kanak yang dapat.Mereka berpelukkan dengan ibu bapa seketika sebelum di tinggalkan.

“Ok kids!Let’s get in!”kata Bobby gembira.

“Ok kids!Mula-mula kita bahagikan kumpulan!Akak panggil nama then masuk dalam kumpulan ok?”soal Dina.
Budak-budak itu hanya mengangguk.
“Ok untuk kumpulan akak dulu ye,”kata Nelly tidak sabar.
“Sara,Ikmal,Shaziqah,Azrulina and Nikrul come here!”panggil Nelly.Lima nama yang di panggil bangun perlahan dan menuju kea rah Nelly dan duduk mengelilingi Nelly.

“Ok,Kak Qurr pula!Maya,Fikri,Azwana,Bella and Syafiq!Come here kids!”panggil Qurr,

“Kak Bobby pula,Elly,Miki,Elia Elis,Amalina Zikri.Sini!”

“Kak Ain,Liya,Danish,Afiqah,Faziera and Amal!”

“Kak Dina,Fina,Lissa,Fathini,Sumayyah and Afiq!Come!Sorang je lelaki,”kata Dina.

Mereka membuat sesi suai kenal.Buat masa ni mereka semua baik dan mengikut arahan.Setelah mereka berlima berbincang,merek bersetuju untuk membawa mereka ke tempat tertentu,Bobby,taman.Qurr walking all the town.Nelly dekat rumah.Ain,shopping complex,Dina taman bunga(pelik betul).





Bobby,
“Main jangan jauh-jauh!Nanti Kak Bobby babab nanti,”gertak Bobby.
“Ok Kak Babab!”kata kanak-kanak itu.
“Kak Bobby la!”kata Bobby membetulkan.

Tak lama selepas itu lima orang kanak-kanak datang kepada Bobby.

“Kak Bobby,jom tengok puppet show!”ajak Elia Elis.
Bobby menurut.




Qurr….

“Jalan ikut barisan!Jangan berpecah!”kata Qurr semasa mereka berjalan mengelilingi bandar.
“Ka Qurr nak acim!”kata Bella gedik.
“Acim?Bersin?”soal Qurr.
“Bukan!Bukan!Tu!”kata Bella sambil menunjuk kea rah ais krim.
“Hancur lebur la duit aku!”rungut Qurr.




Nelly….
“Ok kids!Just watch tv and don’t make some noise!I wanna sleep!”kata Nelly kemudian terlelap di atas sofa yang empuk.


Ain….
“OK!Jom tengok wayang cerita….”Ain terbehenti kerana memikirkan cerita yang sesuai.
“The Simpson!”jerit budak-budak itu sehingga menarik perhatian pelanggan yang lain.
“Ok,ok.Jangan la bising.Malu akak tau,”kata Ain dalam nada berbisik.





Dina…
“Jangan petik mana-mana bunga tau.Nanti pakcik tu marah,”kata Dina sambil menunjuk kea rah pengawal keselamatan yang bermisai tebal.
Mereka berenam berjalan mengikut barisan macam di sekolah hingga je sebuah kolam renang untuk budak bawah 12 tahun.Budak-budak yang di bawa Dina berhenti di situ dan bermain air tanpa menghiraukan air yang tepercik ke baju mereka.




Tiba-tiba…..


“ARGH!!!”5 suara bergabung di tempat yang berlainan dan menjerit.
Suara itu tidak lain tidak bukan suara Ain,Bobby,Dina,Nelly dan Qurr.

Mereka ada sebab tertentu iaitu, Ain,Faziera terkencing di dalam seluarnya.
Bobby,Zikri dengan sengaja menumpahkan ais krim di baju Bobby.
Dina,Afiq dan Fathini menolaknya ke dalam kolam renang kecil itu.
Nelly,makanan yang di beri bersepah di seluruh rumahnya.
Qurr,dia hampir di langgar kereta kerana di tolak oleh Bella dan Syafiq.

Kesemua mereka mendapat perhatian oleh masyarakat awam.Malunya,tuhan sahaja yang tahu.



~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~


“Yang terpilih ialah Fina,Lissa,Maya,Fikri,Liya,Danish,Elly,Miki,Sara dan Ikmal,”kata Dina laju.Bajunya yang lencun sudah di tukar.Rumah yang macam Titanic karam sudah di kemas bersedia untuk esok!



Perjanjian menjaga kanak adalah selama seminggu…



~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~



Selama seminggu mereka menjaga anak yang degil itu.Namun,disaat berpisah mereka merasa kehilangan.Ibu bapa pula meminta agar di jalankan lagi tahun hadapan.No way man!


~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@



“Shopping!”jerit Dina agak kuat seorang dapat RM 1050.Shopping sakan la!Walaupun duit itu agak banyak mereka tidak akan menghabiskannya malah membuat simpanan kerana itu hasil titik peluh sendiri.Dari jauh sepasang mata memerhati…BERSAMBUNG…

No comments: