Friday, December 10, 2010

Ini kisah kita



Tittle : Ini Kisah Kami

“Everyone have their own past times. There are good one and bad one. Forget the past if it’s hurt, recall it if it’s nice. We can’t change the pass,” Kata Ain. Bibirnya mengukir senyuman hambar untuk penonton dan pendengar.
“Past teach and make us what we are right now. Cara kita menangani masa silam kita, buat kita dapat apa yang kita ada sekarang,” kata Alia. Hadirin yang ada di depan mata dipandang redup.


~@~@~

Mayesa Nur Ain Binti Mohd Nasir.

Ogos 2009.

“Along!” seorang gadis berlari laju menuruni tangga mengejar seorang lelaki yang dipanggil ‘Along’.
“Tak dapat kejar!” kata ‘Along’ sambil tergelak.
“Along! Adik! Apa bising-bising ni?” tegur Puan Mawaddah. Aktivitinya terhenti apabila anak lelakinya berada disebelah kirinya dan anak gadisnya berada di sebelah kanan berebutkan sesuatu.
“Along ni, ma! Ambil sketch book adik!” adu gadis itu manja. Muncung sedepa sudah terhias di wajah putih mulusnya.
“Along nak tengok je,” lelaki itu membela diri. Gila nak bagi dia je menang?
Puan Mawaddah menggeleng. Dua-dua dah besar panjang, tapi perangai masih macam budak tak cukup umur.

“Musyrif Muazzam!” nama itu meniti di bibir antara dengar dan tidak. Bibir diketap menahan geram.
“Your doodles are nice,sis,”puji Azzam sambil tersenyum memandang adiknya.
Perbezaan jarak umur hanya 2 tahun membuatkan mereka rapat dan akrab.
“Well, thank you,” ucap Ain sambil tersenyum. Muncung sedapanya hilang. Al-maklumlah, orang puji kan.
“Along belanja ais krim jom?” ajak Azzam sambil tangannya dihulur ke arah Ain supaya Ain boleh mencapai tangannya.
Ain mencapai tangan Azzam tanpa berfikir panjang. Orang nak belanja.
“Ma, Along bawa Adik keluar makan ais krim kejap ye,”kata Azzam kepada Puan Mawaddah dan mereka berdua berjalan beriringan keluar daripada rumah.

Puan Mawaddah menggeleng lagi. Nasib baiklah senang panas, senang sejuk.

~@~@~@~@~

“Along, nanti Along dah kerja, agak-agak ada masa lagi tak untuk Adik?” soal Ain lembut. Rumput yang diduduki dielus perlahan.
Azzam mendongak mengira bintang di langit. Laman belakang rumah menjadi tempat lepak yang sering dikunjungi oleh dua beradik itu.
“Mayesa, along baru 18 tau tak? Lambat lagi nak kerja, baru je melangkah ke alam dewasa, masuk U,” kata Azzam tanpa nada. Badan direbahkan di atas rumput. Belakang kepala di alas dengan dua belah tangan.
“Musyrif, masa bergerak pantas. Tak sedar pun. And, you’re not answering my question,” kata Ain. Wajah Muazzam yang tenang memandang langit ditenung. Apa dia buat? Kira bintang?
“Yes. Unless if my heart stops beating, then, I’ll don’t have time for you la kot,” jawab Muazzam. Sengihan dipamer apabila menyedari Ain sedari tadi merenung wajahnya.
Ain tersenyum kelat. Ke situ pula la,along ni. Tapi, kata Along ada betulnya.
Kedua-duanya senyap. Awkward silent.
“If I die, will you miss me?” soal Muazzam tiba-tiba.
“Musyrif, soalan tak masuk akal,” sangkal Ain. I don’t wanna lose you. Don’t you get it?
“Apa pula tak masuk akal? Along tanya betul apa,” bidas Azzam. Orang tanya betul- betul, dia marah pula.
“Of course I’ll miss you,” kata Ain perlahan. Wajah Azzam dipandang kosong.
“Okay,”
“Then, pray for me,okay?” sambung Azzam.
“Ish along ni! Dah la, adik nak masuk tidur. Good night,” Ain bangun dan memandang sekilas ke arah Azzam. Senyuman dilempar. Kaki diatur masuk ke dalam rumah dan memanjat tangga untuk ke bilik.
Azzam tersenyum nipis dan terus baring di atas rumput. Matanya memandang langit.Subhanallah. Cantiknya. Bintang bertaburan di dada langit ditemani cahaya bulan.


~@~@~@~@~@~

5 bulan kemudian…

Ain memandang kosong ke arah pelajar yang berkumpul di tengah- tengah tapak perhimpunan itu. Bersedia untuk berhimpun di hari pertama persekolahan.
“Ain!” jerit salah seorang pelajar dari jauh.Sayeeda. Teman rapat Ain.
“Hai,”balas Ain sepatah. Senyuman hambar ditampal di wajah.
“Kau sihat? Lama tak jumpa sejak..” ayat Sayeeda tergantung. Ops!Terlepas cakap?
“Sihat. Alhamdulillah. Sejak tahlil arwah hari tu,” kata Ain perlahan.
Sayeeda diam.
“Aku pergi sana dulu okay?” kata Sayeeda dan bergerak menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berbual.
‘Macam familiar. Ah, biarlah,’ getus hati Ain apabila melihat Sayeeda menghampiri kumpulan perempuan itu.
Kringggggggg.
Deringan loceng menghentikan perbualan mereka dan mula beratur di barisan kelas masing-masing.

…………

5 SC 2 senyap memandang seorang gadis yang sedang berdiri di hadapan kelas melemparkan senyuman ke arah mereka. Gadis tinggi lampai,berkulit kuning langsat dan bertudung memandang rakan sekelasnya.
“Putri, kenalkan diri kamu ye,” pinta guru muda itu.
“Okay. Hai, Assalammualaikum,” suaranya lembut menyapa gegendang telinga warga kelas 5 SC 2 itu.
“Waalaikumusalam,” para pelajar menjawab perlahan. Ada yang tidak kedengaran langsung. Jawab dalam hati kot?
“Nama saya Putri Airis Dalia Mohd Aris. Family saya panggil saya Alia. Kawan-kawan lama panggil saya Airis. Korang nak panggil apa pun, saya tak kisah. Sekian,” gadis itu berhenti. Matanya menoleh memandang guru kelasnya. Guru itu mengangguk.
“Macam kita kisah family dia panggil apa,” bisik suara-suara sumbang.
“Any empty place, class?” soalnya sambil matanya liar memerhati tempat duduk kosong untuk menempatkan pelajar baru itu.
“Sebelah awak kosong kan, girl?” soal guru itu. Semua diam.
Ain mengangkat wajah apabila sedar dirinya diperhatikan. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Sit there, Alia,” arah gurunya.
Alia berjalan menuju ke tempat Ain. Tempat kosong di sebelah Ain diduduki.
“Alia. Awak?” soal Alia sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.
“Ain,” jawab Ain dan menyambut huluran tangan Alia. Menjaga hati. Sekadar berbasa- basi.
“Mayesa Nur Ain?” soal Alia lembut.
Ain berkerut memandang Alia. Mana dia kenal aku? Okay, ini sangat pelik!
“Oh. Buku awak tu,” kata Alia seolah-olah dapat membaca fikiran Ain. Buku nota di sebelah Ain dijeling sekilas.
Ain mengangguk kecil. Mereka berdua mengunci mulut. Tiada topic untuk dibualkan.
Disebabkan hari ini hari pertama mereka bersekolah, mereka belum memulakan sesi pembelajaran lagi. Hanya guru-guru yang sibuk mengisi dan menukar data tingkatan dan sebagainya.

“Berapa adik beradik?”soal Alia memecahkan kesunyian antara mereka.
“Sorang,” jawab Ain perlahan. Tak perlu bagitau.
“Saya dulu ada kakak. Sekarang, sorang juga. Kakak saya meninggal awal tahun lepas. Mangsa rompakan,” cerita Alia.
Memang dia seorang yang peramah. Tidak biasa jika tiada perbualan.
“Oh,” balas Ain. Aku pun dulu ada abang. Abang aku dah meninggal juga.


~@~@~@~@~

“Assalammualaikum,” ucap Alia. Mana diorang ni?
Salam diberi lagi. 2 minit kemudian, pintu pagar terbuka. Muncul seorang wanita berusia awal 40an membuka pintu. Pagar automatik ditekan dari dalam.
“Masuklah,” pelawa wanita tadi.
“Saya Alia,” Alia memperkenalkan dirinya.
“Auntie mama Ain. Auntie Mawaddah,” Puan Mawaddah memperkenalkan dirinya. Alia tersenyum.
Alia menapak masuk ke rumah teres dua tingkat itu. Corner lot. Sederhana besar. Bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah dipandang. Macam kenal lelaki dalam gambar tu.
“Alia! Sorry, aku tengah siap tadi,” kata Ain yang kelihatan baru lepas marathon dari tingkat atas rumah.
“Eh! Takpe. Aku pun baru je sampai,” kata Alia.
“Tu, family picture aku,” kata Ain apabila melihat Alia tidak lepas memandang gambar keluarga yang tergantung di ruang tamu itu. Ada gambar Along.
“Musyrif Muazzam,” nama itu spontan meniti di bibir Alia.
Ain terpempan. Wajah Alia dipandang dengan penuh tanda tanya.
“Musyrif Muazzam kan?” ada getar di suara Alia. Menahan tangis.
“Mana kau kenal dia?” soal Ain. Suara tanpa nada. Ya Allah, siapa Alia? Siapa Airis Dalia?
Ain bergerak ke sofa. Punggungnya dihenyak di atas sofa yang lembut itu. Derianya langsung tidak merasa kelembutan duduk di atas sofa itu. Hatinya berdetak kencang.
Alia menuruti pergerakan Ain. Sofa di hadapan Ain diduduki. Mereka kini berhadap. Face to face.
Alia menarik nafas dalam.
“Ini cerita Alia. Cara Alia kenal Musyrif Muazzam..” Alia menarik nafas dan memulakan kisahnya.

…………….
Putri Airis Dalia Binti Mohd Aris.

2 tahun lepas..
“Alia! Tolong bukakan pintu. Akak tak siap lagi ni,” laung Dhia dari dalam bilik.
Alia bergerak pantas menuruni tangga. Tudung yang sudah tersarung di kepala dibetulkan sedikit. Pintu utama rumah dibuka.
“Assalammualaikum,” ucap seorang jejaka. Tampan. T-shirt putih kosong dengan kemeja yang tidak berbutang dengan slack hitam tersarung di tubuh.
“Waalaikumsalam,” jawab Alia. Matanya tidak lepas memerhati lelaki itu.
“Dhia….”
“Tengah siap. Musyrif Muazzam?”soalan Azzam dipintas dan menyoal Azzam kembali. Handsome! Pandai akak aku pilih.
Jejaka itu mengangguk. Bibirnya mengukir senyum. Ni mesti adik Dhia. Muka lebih kurang je.
“Airis Dalia?” sengaja Azzam menyoal dengan nama penuh. Bukan tidak tahu, Dhia hanya memanggil gadis ini Alia sahaja. Dah dia panggil Musyrif Muazzam.
Alia mengangguk.
“Rancak borak,”tegur Dhia yang baru turun. Tudung putih dipadankan dengan kemeja biru laut dan seluar jeans menyerlahkan kejelitaan Dhia yang berusia 17 tahun ketika itu.
“Jom?” ajak Azzam.
Destinasi mereka hari ini adalah perpustakaan. Belajar untuk SPM yang makin hampir. Ditemani oleh Alia.

~@~@~@~
“Dhia, teman mama pergi bank sekejap,” ajak Puan Darina. Kalau dibiar anak dara dua orang ni dekat rumah, entah apa jadi.
“Okay. Alia, nak ikut tak?”soal Puan Darina pula apabila Dhia sudah mengangguk memberikan persetujuan.
“Nak!” Alia memberikan persetujuan pantas. Tudung dicapai dan dikenakan di kepala.

………..

“Dhia dengan Alia turun dulu. Ambilkan nombor untuk mama. Mama nak parking kereta dulu,”pinta Puan Darina apabila keretanya diberhentikan di hadapan pintu bank.

Dhia dan Alia turun dan berjalan beriringan.
Dhia dan Alia kaku di hadapan pintu bank yang diperbuat daripada kaca dan boleh melihat ke arah dalam. Dua orang lelaki yang bertopeng di hadapan pintu kaca itu ingin keluar dan Dhia dan Alia berdiri betul- betul di hadapan pintu itu.
“Tepi lah!” arah lelaki itu.
Dhia dan Alia tidak bergerak. Menghalang laluan kedua perompak itu. Alia yang berdiri di belakang Dhia sudah mula berdebar. Dadanya berombak kencang.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan sedang menuju ke arah mereka. Lelaki yang bertopeng itu perasan kehadiran pengawal keselamatan itu disitu dan terus menolak Dhia. Tanpa sengaja, pisau di tangannya tertusuk perut Dhia. Alia kaget apabila melihat Dhia berdiri kaku memegang perutnya.
Perompak itu pula sudah lari. Pengawal itu mengejar.
“Akak,” suara Alia antara dengar dan tidak memanggil Dhia sambil tangannya menyentuh perlahan bahu Dhia.
Dhia rebah. Terlentang dan sekaligus jatuh bersama Alia yang berdiri di belakangnya. Alia meriba Dhia. Air matanya merembes keluar. Tangan kakaknya digenggam. Erat bagai tidak mahu dilepaskan.
“Jaga mama, jaga papa.. Azzam. Jaga diri Alia. Kakak ..say..ang sem..ua,” nafas Dhia tersekat-sekat.
“Kak…” Alia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya sebak.
“Allah. Allah,” Dhia sudah mula menyebut nama Allah. Maha Pencipta.

Tangan Dhia yang tadinya erat menggenggam tangan Alia mula longgar. Alia cemas.
“Akak!” katanya apabila Dhia kaku dipangkuannya.


……..

Air mata yang merembes keluar di kesat. Matanya kabur dengan air mata.
“Dhia Adelia kan?” soal Puan Mawaddah yang berdiri di belakang sofa yang diduduki Alia.
Alia menoleh dan mengangguk.
“Azzam selalu cerita pasal Dhia dekat auntie,” kata Puan Mawaddah sebak.
“Lepas akak meninggal, Alia lost contact dengan Azzam. Ain, kau adik dia? Kenapa tak bagitau aku?” soal Alia. Masih ada sendu dalam nadanya.
“Azzam..Azzam dah meninggal, Alia,” kata Puan Mawaddah apabila dilihat Ain menunduk senyap. Menahan tangis pastinya.
“Innalillahiwainnailaihirojiu’un,” Alia menutur perlahan.
“Accident,” sambung Puan Mawaddah. Tersenyum pahit. Air mata yang sudah menitis diseka.
“Dah lah. Yang pergi tetap pergi, yang tinggal, teruskan hidup. Kalau diorang tau kita meratap pemergian diorang, mesti tak tenang dekat alam sana,” kata Puan Mawaddah. Air mata dilap pantas dan bergerak pergi. Biarkan mereka berdua bercakap. Girl to girl talk.

“Ain,” tegur Alia apabila tangisannya reda.
“Aku pretend macam dia tak pernah wujud. Untuk sembunyikan perasaan aku. Aku rindu dia,” kata Ain.Suaranya sudah ada nada teresak. Sedih dan rindu mengenang Arwah Musyrif Muazzam.
“Ain, tak salah untuk kita luahkan perasaan kita. Tak salah untuk merindui orang yang dah pergi,” kata Alia. Siapa tak rindu orang yang dah pergi tinggalkan kita selamanya? Orang yang rapat dengan kita. Pernah berada di dalam rahim yang sama.
“Aku tak sekuat kau,Alia. Aku tak kuat,” air mata Ain jatuh buat kesekian kalinya. Matanya merenung Alia. Alia mula mengukir senyum.
“Ain, doa adalah penghubung yang kuat. Doakanlah mereka di sana. Kita akan mengikuti jejak mereka juga nanti,” kata Alia perlahan. Alia bangun. Bergerak mendekati Ain yang sedang terhinjut-hinjut menahan tangisan yang makin menjadi.
Tangan Ain digenggam memberi semangat. Senyuman dilempar. Ikhlas. Ain memandang Alia. Mereka berpelukan. Satu ikatan terjalin di situ tanpa suara. Persaudaraan. Kasih sayang.

~@~@~@~@~@~

9 tahun kemudian…

Seorang penonton mengangkat tangan untuk bersuara.
Alia dan Ain mengangguk hampir serentak.
“Cik Alia dan Cik Ain kongsi masa silam yang sama?” soal penonton itu.
“We’re in the same boat, but different cabin. Past time kami, related. Tanpa sedar,” kata Alia. Ain tersenyum sambil mengangguk.

Mayesa Nur Ain dan Putri Airis Dalia, nama yang cukup dikenali. Ain kini seorang penulis yang sedang meningkat naik. Alia seorang psychiatrist yang dikenali ramai.
Mereka juga berganding bahu mengadakan perjumpaan dengan peminat dan sebagainya untuk berkongsi masalah dan memberi motivasi serba sedikit.

“Okay. Kita berhenti di sini. Jumpa lagi jika berkesempatan, insyaAllah,” kata Alia mengakhiri perbualan mereka.
“Akhir kata, forget the past cause it can’t be change, live the present ‘cause it’s a must, plan the future because there’s still chance to be change. Assalammualaikum,” kata Ain.

Para hadirin bertepuk tangan dan ada yang berdiri memberi penghormatan.

Alia dan Ain bergerak turun daripada pentas.
“Cik, boleh minta tanda tangan? Hidup saya berubah baca buku cik,” datang seorang gadis meminta tandatangan. Berusia lingkungan belasan tahun.
“Boleh,” Ain menjawab. Tangannya ligat melakarkan tandatangannya di atas muka hadapan buku tersebut. Buku hasil tulisannya dengan bantuan Alia.
Cik,” gadis itu menegur Alia yang hanya berdiri tegak bagaikan tugu negara.
Alia tersenyum dan menyambut buku yang dihulurkan gadis tadi. Tandatangannya diturunkan.
“Terima kasih,” ucap Alia lembut.
Mata Alia dan Ain menangkap kepada siapa gadis tadi pergi.
“Handsome,” ucap Alia sepatah. Lelaki yang gadis itu ikuti. Abangnya mungkin.
“Pergi tackle. Tak ada siapa akan reject Putri Airis Dalia,” kata Ain sambil tersengih. Aura menggatal yang tidak pernah ditunjukkan oleh Alia terpamer.
“Tak apa. Ada jodoh ada. Tak ada, tak adalah,” kata Alia sambil tersengih.
“ Inikan kisah kita. Kita kena rangka. Allah tentukan,” kata Ain. Alia tersenyum.
“Yelah, Cik Ain,” kata Alia.
“We did it,” kata Alia lagi. Tersenyum. Kak Dhia, Alia dah berjaya jadi psychiatrist.
“Yes. Sukses! Sukses!” Ain membuat gaya gila-gilanya. Tak padan dengan seorang penulis dan pakar motivasi. Masih buat perangai gila.

Alia dan Ain akhirnya tergelak serentak.




Tamat.
4.03 pagi.
10 December 2010 (Jumaat)



Hoho. Okayy.:D
Thanks for readingg.

Hai. Salam.:)
Okay. Apa pendapat korang pasal cerpen ni?
Seriously, ni first time tulis cerita yang tak ada pasal cinta. Haha.
So, what do you think? Okay ke tak?
Comment honestly okay? hee.
Cerita belit- belit ke? haha.
Let your opinions out 'kay? :)

Thank you so much guys.:)

Love,
Addina Ezlia.

p/s : if rajin, like lahh blog ni on facebook ehh. No force. Forcing is not my way. ehe. Thanks.:)

4 comments:

beruka makino said...

okey..bes...tapi kalau dipanjangkan sedikit cerita ni akan jadi lebih bes. dalam erti kata lain mengharukan hati. em..macam cerita pengalaman ain dan alia sehingga berjaya sekarang. ataupun tambah sikit watak ganti azzam dan dhia kepada ain dan alia. watak tu pulak tak semestinya lelaki...kacak...jatuh cinta...kahwin...ain dan alia wanita elegan, hebatt. asalkan watak tu ada sesuatu yg membuatkan hidup ain dan alia berubah...

Little Writer said...

beruka makino : Ohh. Terima kasih. Akan cuba diperbaiki dalam cerita yg akan datang. Thanks again.:)

mizuki-chan said...

You have been tag.
Click here!

Anonymous said...

yo yo, kite maen yoyo nk??? dina baby, niyh aq aleez.... aik, musyrif muazzam??? aq rse mcm knl nme musyrif tuh, mmg bngge lah adik an????? ahahhahaha, aq prasan sbntr....