Monday, March 14, 2011

Bukan Milikku






Tekan play sebelum membaca :)


Tittle : Bukan Milikku

Suasana rumah terbuka itu riuh dengan tetamu. Tidak berhenti-henti tetamu mengunjung. Tuan rumah sibuk melayan tetamu.
Nawal berdiri di hadapan pintu pagar untuk menyambut tetamu yang baru hadir.

‘Handsome gila. Muka ala-ala Farid Kamil,’ hati Nawal bermonolog sendirian.
“Jemput makan ye,” Nawal berkata apabila ada tetamu yang masuk dan lelaki itu tidak terkecuali.
“Err, Nabil mana eh?” soal lelaki itu kepada Nawal. Kening Nawal bertemu. Siapa dia ni dengan adik aku?
“Ada dekat dalam. Jemput la ye,” kata Nawal ramah.
Ni ke kakak Nabil?Lawa!
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Kolar kemeja putih yang dipakai sedikit tidak kemas dibetulkan sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

“Mana lah budak ni?” Taqiy berbisik sendirian. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan.
“Abang! Haaa, datang pun,” Nabil menepuk bahu Taqiy dari belakang.
“Kus semangat. Nasib baik abang tak ada heart attack,” kata Taqiy sambil mengurut dadanya. Nasib tak jatuh jantung aku.
“Haha, apa lah abang ni. Long time no see. What’s up?” soal Nabil ramah. Haihh, abang aku ni. Kot la boleh jadi abang ipar pulak satu hari nanti.
“I’m good. You?”
“I’m great,”
Nabil mengenali Taqiy ketika dibangku sekolah lagi. Taqiy 4 tahun lebih tua daripadanya. Ketika baru memasuki Tingkatan 1, Taqiy sudah di Tingkatan 5 tua setahun daripada Nawal, kakak kepada Nabil.
Nabil dan Taqiy rapat ketika mesyuarat rumah sukan 5 tahun lepas. Ketua rumah sukan dan AJK tingkatan.

“Dah jumpa Kak Nawal?” soal Nabil sambil mengangkat kening double jerk.
“Yang mana?” soal Taqiy tertarik.
“Tuu,” Nabil memuncungkan bibirnya ke arah seorang gadis yang ayu berbaju kurung dan bertudung.
Taqiy menoleh. Dia. Taqiy tersenyum sendiri.
“Itu lah Nawal Sakina,” kata Nabil.
Taqiy mengangguk.
“Nanti Nabil kenalkan,” kata Nabil mengenyit matanya

~@~@~@~@~@~

“Penat gila,” kata Nawal seraya membuka tudungnya dan menghempaskan badan di atas sofa.
“Tau takpe,” sahut Nabil. Kalau aku tau, aku taknak cadang buat open house.
“Siapa yang sibuk sangat nak buat open house?” sindir Puan Amina. Anak bujang aku sorang ni laaaa.

Nawal memandang Nabil tajam. Kau lah punya fasal ni.
Nabil tersengih dan mengangkat dua jari menunjukkan ‘peace’

“Tadi akak perasan tak ada sorang lelaki pakai baju kemeja warna putih?” soal Nabil. Hehe, aku nak mengenen dengan kau ni kak.
“Yang tanya Nabil mana tu ke? Perasan kot. Yang muka ala-ala Farid Kamil tu kan?” soal Nawal meminta kepastian. Mamat hensem tu ke?
“Haaa, yang itu ler. Nama dia Taqiy Haidar. Nabil panggil dia Abang Taqiy. Umur dia 22 tahun. Tua setahun daripada akak. Dia single tapi ramai peminat al-maklumlah orang handsome. Dia tengah belajar. Tapi macam ada problem si…”
“Motif kau bagitau akak semua ni apa?” soal Nawal. Punya panjang pulak dia explain, aku tak tanya pun.
Nabil gigit lidah. Segannya aku.
“Saja,” jawab Nabil sepatah. Err, jangan kantoi, jangan kantoi.
Nawal mencebik. Eceh, saja! Aku tau lah kau ada motif. Kenenkan aku dengan dia. Err, tapi, boleh jugak lah. Muka macam pujaan hati Malaya.
~@~@~@~@~@~@~
“Dia taknak ke, Bil?”soal Taqiy. Haih, takkan muka handsome macam aku dia taknak? Alamak, ter-riak pulak. Astaghfirullah.
“Entah. Dia macam nak tak nak je,” kata Nabil sambil menyedut air tembikai yang sudah dipesan tadi. Maunya akak aku taknak, dia nampak je taknak, dalam hati dah ‘Cepatlah kenalkan!Aku tak sabar ni!’
“Oh,” Taqiy berkata sepatah. Hancur luluh hati aku. Budak medic, mana nak layan budak-budak officer biasa macam aku ni.
Air di dalam cawannya disedut sedikit tetapi bibir tidak dialihkan daripada penyedut minuman.
“Haaa! Nabil ada idea!” kata Nabil semangat. Macam ada mentol menyala dah dekat otak aku ni.
Nabil yang terkejut tertiup penyedut minuman itu dan airnya berkocak dan tertumpah sedikit di atas meja.
Taqiy merenung Nabil tajam. It’s better too be good.
“Peace” Nabil tersengih dan mengangkat dua jari.

~@~@~@~@~@~@~
“Kak, busy tak?” soal Nabil di corong telefon.
“Tak kot. Why?” tangan tidak berhenti menulis di buku catatannya.
“Boling jom,” ajak Nabil.
“Boleh juga. Akak pun dah boring gegila ni. Tension study,” kata Nawal memberikan persetujuan.
Nabil membuat gaya ‘Yes!’ sambil tersenyum lebar.
“Meet you tonight, tempat biasa eh. Kbye sis,”
“Okay. Waalaikummussalam,” Nawal menyindir dengan senyuman nakal.
Nabil tersengih sambil menunjuk peace. Cehh! Bukan Nawal nampak pun.

~@~@~@~@~@~

Nabil melambai-lambai tangannya untuk menarik perhatian Nawal yang baru memasuki pintu utama pusat boling itu.

Nawal yang sudah perasan akan Nabil yang sedang melambai seperti orang putus fius itu berjalan menghampiri. Semakin hampir, Nawal perasan ada seorang lelaki lain di kerusi yang sedang tunduk memakai kasut boling.
Nawal mengangkat kening ke arah Nabil. Siapa ni?
“Abang Taqiy, Kak Nawal dah sampai,”
Taqiy mengangkat muka dan memandang Nawal sambil tersenyum.
Nawal memandang Nabil dengan pandangan membunuh. Budak ni saja buat aku segan.
“Taqiy,” kata Taqiy sambil tersenyum dan menundukkan kepalanya sedikit.
“Err, Nawal,”


~@~@~@~@~@~@~@~@
Beberapa tahun kemudian…

“Awak kenapa? Diam je dari tadi?” soal Taqiy pelik. Selalu dia lah yang bising. Hari ni senyap pulak.
“Tak ada apa lah,” kata Nawal sambil menggeleng.

Makanan yang sudah terhidang di atas meja dipandang. Sudu garfu dicapai.

“Macam ni lah kawan,”kata Taqiy sedih. Kena guna cara lain ni.
Nawal mengangkat muka dari pinggan. Aik mamat ni, psiko aku pulak.
“Main psikologi pulak,” gumam Nawal.
“Nasib lah. Nak cerita tak nak?”soal Taqiy sambil mengangkat kening. Double jerk.
Nawal melepaskan nafas berat.
“I’m stuck lah,”
“Elok je kau duduk boleh bangun. Mana ada tersekat dekat mana-mana?” kata Taqiy kurang bijak.
“Sepak kang. Orang serius dia main-main,”
“Chill. Stuck kenapa?”
“Duit kereta dua bulan dah stuck. Nabil pinjam duit tak bayar-bayar lagi. Duit dia tak masuk lagi lah agaknya,”
“Lahh, tak apa lah. Nanti pinjam dari saya dulu,”
“Tak payah lah. Awak pun tengah nak guna duit kan,”
“It’s fine lah. Tak penting,”
“Tak payah,”
“Cuba jangan degil,” tegas Taqiy.
“Thanks,”

~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~

“Abang suka dekat akak ke?” soal Nabil sambil memandang tepat ke arah Taqiy. Dahinya berkerut sedikit menandakan yang dia serius.
Taqiy memandang Nabil.
“Kawan je,” pendek jawapan Taqiy.
“Tipu,” Nabil menarik badannya bersandar di kerusi. Dah obvious tak nak mengaku lagi.
“Tak padan lah, Bil. She deserves someone better,” kata Taqiy yang turut bersandar. Ye, aku suka dia. Tipu kalau kata hati aku tak jatuh sayang dekat dia.
“What do you mean by someone better?” soal Nabil tidak puas hati. Kau dah cukup baik untuk dia, Taqiy! Tolong jangan kata sebab…..
“She’s a doctor. Abang officer biasa-biasa je,”
Aku dah agak dah!
“Dia tak pandang harta,” kata Nabil tanpa nada. Ingatkan dah cukup kenal Nawal, rupanya belum lagi!
“Memang. Tapi, abang sendiri rasa segan dengan dia. Tak padan,” kata Taqiy perlahan.
“Maybe abang biasa-biasa je sekarang, who knows you’ll be better than this soon?” soal Nabil.
Taqiy menggeleng. Nabil menarik nafas dalam. Sabar je lah.


~@~@~@~@~

Nawal duduk di meja belajar di dalam biliknya. Bingkai gambar dibelek. Gambar dia, Nabil dan Taqiy.
Tidak dinafikan beberapa tahun kebelakangan ni, mereka bertiga rapat. Taqiy dan Nawal sudah seperti kawan baik. Mereka banyak berkongsi pendapat dan sebagainya.
Tipu, kalau kata Nawal tak mengharap dan tiada hati langsung untuk Taqiy. Tipu. Tapi, kita buat perancangan, Allah juga membuat perancangan. Dan rancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Nawal tersenyum nipis dan tawar tanpa perisa memandang gambar itu. Bingkai itu kemudiannya diletakkan semula di atas meja belajar.

Kedengaran pintu bilik diketuk. Wajah Nabil tersembul di sebalik pintu.
“Busy?” soal Nabil sambil melangkah masuk. Semacam je muka akak aku.
“Nope. Ada apa?”soal Nawal. Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.
“Saja. Boring la. Nak borak-borak,” kata Nabil dan merebahkan badannya di katil Nawal. Eleh, bilik Nawal ni, aku dah biasa dah masuk. Dia tak ada pun aku masuk. Opsss, kantoi!
“Akak, ada boyfriend tak?” soal Nabil tiba-tiba setelah mereka berdiam beberapa minit tadi.

Nawal terdiam memandang Nabil. Aih budak ni, macam ada apa-apa je.
“Kenapa? Nabil nak kahwin tapi taknak langkah bendul ke?” soal Nawal sambil tersengih.
“Random lah kak. Tak adanya Nabil nak kahwin, tak cukup duit lagi,”
“Akak single,” jawab Nawal.
“Abang Taqiy?”
“He’s just a best friend and a brother,”
“Really?”
Nawal mengangguk.
Nabil mengangguk juga dengan muka tiada perisa.

“Is there someone in your heart?”
“Maybe,”

Jawapan Nawal membuat Nabil tersentak. Ada orang lain?
“Siapa?”
“Kawan sekolah akak dulu. Terjumpa balik. Dia ada cakap dia sayang akak and if can dia nak hubungan kitaorang lebih dari kawan,”
Nabil terdiam. Taqiy, your chance got lesser.

~@~@~@~@~@~@~

Beberapa bulan kemudian..

“Hello, assalammualaikum. Nawal,” Taqiy berkata di telefon setelah deringan berhenti bermaksud Nawal sudah menjawab telefon.
“Waalaikummussalam, Taqiy,”
“Saya nak pulangkan awak punya dvd tu. Jumpa jom?” pinta Taqiy.
“Okay. Tempat biasa eh, meet you there,”

Talian diputuskan.

~@~@~@~@~@~

Kelihatan Taqiy sudah duduk di salah satu meja di food court pusat membeli belah terkemuka itu.
Nawal berjalan beriringan dengan seseorang menuju ke arah Taqiy yang sedang duduk.

“Taqiy,” tegur Nawal apabila sudah berdiri di sebelah Taqiy.
Taqiy terus bangun dan tersenyum memandang Nawal dan lelaki di sebelahnya.
“Nawal,”
“Taqiy, ni Alif, my future husband. Alif, this is my bestest friend,” kata Nawal sambil tersenyum. Menyembunyikan gelodak di hati. Memilih Alif adalah satu keputusan yang sangat besar.

Taqiy dan Alif bersalaman dan berbalas senyum.Taqiy mencuba sedaya upaya untuk mengawal riak mukanya.


~@~@~@~@~

“Saya harap lepas kita kahwin nanti, awak tak halang saya kawan dengan Taqiy,” kata Nawal perlahan ketika dalam perjalanan pulang.
“Tak. Kawan awak kawan saya juga,” kata Alif sambil tersenyum memandang Nawal.


~@~@~@~@~

“Kak, dah betul-betul sure ke akak pilih Alif?” soal Nabil yang berdiri di hadapan pintu bilik kepada Nawal yang sedang duduk di birai katil.
Nawal memandang Alif sambil tersenyum lalu mengangguk.
“Why not Taqiy?” soal Nabil. Kesian aku tengok Abang Taqiy lepas jumpa akak tadi. Cuba tampal senyum plastic. Sorry, dengan aku tak jadi.
“He doesn’t make his move. Sampai bila akak nak tunggu benda yang tak pasti?” soal Nawal kepada Nabil lemah. I did wait. But my patience won’t last forever.
“He did gave you some hints. Akak takkan tak perasan apa-apa?” soal Nabil.
“So, he did like me?” soal Nawal perlahan sambil merenung anak mata Nabil.
“I know you’re not that stupid to realize that. You’re just not sure, ‘aite?” soal Nabil. Tipunya kalau akak tak perasan apa-apa.
“Still, I don’t wanna give my hope up for something that I’m not sure,” kata Nawal mengawal nada suaranya.
“Dia mula kumpul duit untuk kahwin dengan akak. Tapi, dia taknak cakap selagi duit tu tak mencukupi sebab dia tahu dia tak setaraf dengan akak,”
“Kenapa dia taknak bagitau akak?” soal Nawal perlahan.
“Dia taknak sebab dia taknak akak tunggu dia yang tengah struggle,”
“Wait, what do you mean by setaraf? Akak tak letak apa-apa condition pun,”
“I know. Sebab if akak letak condition, Alif pun takkan dapat akak. Alif pun officer biasa macam Taqiy je,”

Nawal diam.
“Are you sure ni keputusan akak?” soal Nabil.
Nawal angguk. Yes, I’m Alif’s.

Nabil angguk lemah dan berlalu keluar. Nawal bangun dan menutup pintu bilik.
Sorry, Taqiy. Kita tak ada jodoh.

Radio dipasang untuk menenangkan jiwa yang dilanda badai.
Lagu Hurt dendangan Christina Aguilera berkumandang seolah-olah ditujukan untuk Nawal.

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
“Err, Nabil mana eh?” soal lelaki itu kepada Nawal. Kening Nawal bertemu. Siapa dia ni dengan adik aku?
“Ada dekat dalam. Jemput la ye,” kata Nawal ramah.
Ni ke kakak Nabil?Lawa!
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Kolar kemeja putih yang dipakai sedikit tidak kemas dibetulkan sambil berjalan masuk ke dalam rumah.



There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

“Kenapa dia taknak bagitau akak?” soal Nawal perlahan.
“Dia taknak sebab dia taknak akak tunggu dia yang tengah struggle,”


Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Taqiy, betul ke Taqiy simpan perasaan untuk Nawal? Betul ke Taqiy?
Air mata yang ditahan mula jatuh.


Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?

Taqiy, Am I wrong? Salah ke saya pilih Alif instead of you. Ya Allah..

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back
“Abang Taqiy, Kak Nawal dah sampai,”
Taqiy mengangkat muka dan memandang Nawal sambil tersenyum.


Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I guess this is too late to start again, Taqiy. Maafkan Nawal, Taqiy.




I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

“Taqiy, ni Alif, my future husband. Alif, this is my bestest friend,” kata Nawal sambil tersenyum. Menyembunyikan gelodak di hati. Memilih Alif adalah satu keputusan yang sangat besar.

Taqiy dan Alif bersalaman dan berbalas senyum.Taqiy mencuba sedaya upaya untuk mengawal riak mukanya.

Air mata Nawal berguguran jatuh dan akhirnya dia teresak sendiri. Gambar dia, Nabil dan Taqiy di atas meja belajar ditenung.


~@~@~@~@~@~

“Cepat lah, Kak Andam oit. Pengantin lelaki dah sampai dah tu,” kata Nabil sambil membuka songkoknya dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lambat bebenonya Mak Andam ni. Dah 3 jam dia touch up muka kakak aku.
“Sabar lah sabar. Dah nak siap ni,” kata Mak Andam ‘nyah’ itu.
“Nasib baik lah surau pun dekat je. Jalan kaki je dah sampai. Kalau tak, hailohhh,” Nabil membebel sendirian geram dengan Mak Andam itu. Kata 2 jam je, ni dah 3 jam.
“Dah, dah.” Kata Mak Andam itu sambil tersenyum memandang Nawal yang sudah siap di-make-upkan.Cantik

“Mohd Alif Bin Abu Bakar, Aku nikahkan dikau dengan Nawal Sakina Binti Mohd Nasir dengan mas kahwin RM300 tunai,”
“Aku terima nikah, Nawal Sakina Binti Mohd Nasir dengan mas kahwin RM300 tunai,”
“Sah?”
“Sah”
“Sah”

“Alhamdulillah,”

Air mata Nawal jatuh. Sebak.

~@~@~@~@~@~@~

“Thanks datang eh,” kata Nawal dan Alif hampir serentak kepada tetamu-tetamu yang sudah berjalan balik.
“Nawal, Alif,” tegur Taqiy yang juga sudah ingin pulang.
“Thanks datang, bro,” kata Alif sambil bersalam dan memeluk Taqiy.
“My pleasure. Bestfriend kahwin. Takkan taknak datang,” kata Taqiy sambil tersenyum nipis memandang Nawal. Cantik.
“Terima kasih banyak datang,” ucap Nawal pula.
“Eh, Abang, cepat-cepat. Diri sebelah diorang. Ambil gambar,” kata Nabil. Aku tau Taqiy tengah control.

Taqiy berdiri di sebelah Alif dan gambar di ambil. Senyuman Taqiy plastik


~@~@~@~@~@~@~

Beberapa tahun kemudian.

“Assalammualaikum,” ucap Taqiy di hadapan kediaman itu. Mana tuan rumah ni. Jangan kata aku salah rumah, segan je.
“Waalaikummussalam,” seorang lelaki keluar daripada rumah itu. Siapa pulak datang ni.
Taqiy mengecilkan matanya kerana dia tidak memakai cermin mata pada hari itu. Ada dalam kereta.

“Eh, Taqiy kan?”soal Alif sambil tersenyum lebar.
“Ha’ah. Alif,” kata Taqiy mereka bersalaman seketika.
“Nawal mana?”soal Taqiy. Mana best friend aku ni?
“Dia.. eh, panjang umur dia! Tu haa,” tunjuk Alif apabila sebuah kereta berhenti di belakang kereta milik Taqiy.

“Eh Taqiy! Lama tak jumpa!” kata Nawal gembira. I miss my best friend!
“Aku datang kejap je ni. Nak bagi kad kahwin,” kata Taqiy tersenyum lebar.
“Siapa kahwin?” soal Alif.
Nawal yang tidak sabar terus membuka kad yang dihulurkan Taqiy.
“Taqiyyy! Tahniah!” kata Nawal separuh menjerit. Happynya aku dia nak kahwin. He deserves someone better.
“Haihh, jangan hyper sangat,” tegur Taqiy. Dia ni dah kahwin perangai macam kanak-kanak ribena je? Pelik aku.
“Dia memang macam tu,” kata Alif. Hehehe.
“Abangg!”

Mereka bertiga tergelak serentak.





Tekan play :)



TAMAT
4:48 petang.
15 March 2011 


Hai, Assalammualaikum semuaa :)
Setelah lama tak update blog, this is the newest story :)
Harap semua suka eh. Hihi.
Tinggalkan comment dan pendapat ye :)

Ada dua cover, korang pilih mana yang lawa eh. hihi :3
Ada lagu juga, hehe tekan play untuk dengar :)
Pause la lagu dekat sebelah kanan tu dulu eh.

Exam dina dah habis, tapi,
result, grr xD
I'm praying for the best. Wish me luck :)

okay, hope you enjoy this story :)

Much love,
Addina Ezlia :)

1 comment:

farhanarusdi said...

dina: omg,,cerita ni sangat sedih and best gila. tulis cerita baru lagi,nak baca ..