“Aik? Tiang boleh bercakap?” tanpa sedar Qalesya mengomel sendirian. Mata dibuka.
“Erk? Actually, I’m a human. Bukan tiang,”kata ‘tiang’ itu lagi.
“My bad. Tak sengaja. Saya dah lambat. Sorry sangat-sangat,”kata Qalesya. Kepalanya didongakkan mencari pemilik suara dan ‘tiang’ itu.
‘Fuhh. Handsome! And clumsy’ hati Qalesya berkata sendiri.
“Are you okay?”soal lelaki itu. Senyuman cuak terukir di pinggir bibir.
“Yeah. Sure. I’m late. Gotta run,” Fail yang berteraburan dikutip pantas. Tanpa menoleh, Qalesya sudah mengangkat kaki dan melangkah laju.
Pintu kelas 4 Sc 1 diterjah. Qalesya berhenti mengejut di hadapan pintu. Mulut sudah terbuka.
“Close your mouth, Mia,” arah Puan Sadira. Wanita berdarah campuran melayu dan cina selaku guru disiplin Kolej Tengku Kirana. Terkenal dengan sifat tegasnya. Semua pelajar gerun.
Qalesya berjalan perlahan ke arah Puan Sadira. Kepala ditunduk memandang lantai.
“I’m sorry I’m late, teacher,” ucap Qalesya antara dengar dan tidak.
“Go to your sit. Jangan lambat lagi,”arah Puan Sadira.
Qalesya menarik nafas lega. Nasib baik mood Puan Sadira baik hari ni. Kalau tak, mati katak lah aku dekat depan tu.
Mila Safiya, gadis berkulit putih yang duduk bersebelahan Qalesya memandang dan tersenyum lega. Kalau kena marah, bukan Qalesya seorang, habis satu kelas join sekali kena.
Qalesya meletak barang-barangnya ke bawah meja dan terus duduk. Tangannya yang ingin mencapai buku latihan di bawah meja terpegang kertas lain.
Aik? Aku mana ada buang sampah bawah meja? Kelas ni pun bukan ada share dengan orang lain.
Qalesya menarik kertas yang berlipat itu keluar. Keningnya berkerut memandang namanya di luar kertas yang berlipat itu. Qalesya meletakkannya semula ke bawah meja dan terus menyalin latihan di papan putih.
~@~@~@~@~@~
“Ni apa kes muka monyok je korang berdua ni?” soal Fara yang sedang membaca novel di atas katil menegur.
“Hurmm,” hanya ini sahaja yang meluncur di mulut Lana dan Amy.
“Apa kes lah korang ni?” soal Fara lagi.
“Hurmmm,” masih benda yang sama lagi. Lana dan Amy sudah mula duduk di ruang tengah- tengah bilik yang kosong. Fara turut menutup novel dan turun.
Qalesya masih berbaring dengan mata yang terpejam dan earphone di kedua-dua belah telinga. Mulut bergerak- gerak mengikut lirik lagu.
BAMM!!
“HOH?!” Qalesya terus terduduk. Mulutnya melopong dan kelihatan sedikit tercungap-cungap.
“Apa masalah korang ni?” Ada ke patut dia tepuk muka aku dengan bantal. Kot bantal kecil takpe, ni bantal gedabak.
“Panggil dari tadi buat bodoh je,” kata Fara. Mulutnya sudah muncung.
“Bajet comel buat muncung donald duck tu,” kata Qalesya sambil membaling bantal kecil ke arah mulut Fara.
“Bacinn!”kata Fara sambil menyapu bibirnya.
“Hot story ke apa ni?” soal Qalesya. Qalesya sudah turun dari katil dan duduk di ruangan tengah bilik itu dan membentuk sebuah bulatan kecil.
Fara mengangguk. Qalesya mengangkat kening double jerk.
“Tadi….” Amy sudah membuka mulut dan kenangan pagi tadi menjengah minda.
“I bet, awak berdua ada perkara yang menarik untuk dikongsi bersama rakan sekelas,” kata Cikgu Halim yang sudah bersedia di hadapan kelas dengan buku Sejarah yang sudah terbuka di tangan untuk memulakan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran).
Lana dan Amy menggigit lidah.
“Apa tercegat dekat depan pintu tu? Sini!” panggil Cikgu Halim. Suaranya kuat umpama menengking, boleh buat semua yang dengar terkencing. Ahaks.
Lana dan Amy berjalan perlahan. 1 inci sekali menapak agaknya.
“CEPAT!” jeritan Cikgu Halim berjaya membuatkan Lana dan Amy berlari pantas dan tanpa sengaja kaki Lana tersandung lubang di lantai kelas yang tidaklah sebesar mana. Lana tidak sempat mengimbangkan badannya lalu memegang bahu Amy yang berdiri sudah beberapa langkah di hadapan. Amy yang sememangnya tidak seimbang mengakibatkan mereka berdua jatuh tersembam di atas lantai betul-betul di hadapan kasut Cikgu Halim.
Lana dan Amy mengetap bibir menahan sakit. Malu sudah hilang kerana sudah terlupa yang mereka sedang membuat drama percuma di dalam kelas.
Para pelajar 4 Kualiti tergamam. Tiada yang bersuara. Cikgu Halim tercengang memandang.
Apabila semua sudah tersedar daripada ‘kejutan’ itu ada yang tergelak kecil, gelak tertahan-tahan takut dimarahi, tersenyum kecil kerana tidak sampai hati dan macam-macam ragam.
“BHAHAHAHAHAHAHA!” satu suara garau yang sedang tergelak besar mencemar sedikit suasana itu.
Lana dan Amy mendongak memandang Cikgu Halim yang sedang tergelak besar tidak ingat dunia. Melihat guru yang sedang tergelak, kelas 4 Kualiti dicemari dengan gelak tawa pelajar.Satu kelas tergelak tanpa ada yang tertinggal.
Muka Lana dan Amy sudah mula memerah. Muka ditunduk menghadap lantai seolah-olah ingin menghentak kepala di atas lantai.
“Tahniah kerana anda telah berjaya memalukan diri sendiri dengan jayanya,”bisik Lana sambil menyembam mukanya ke lengan.
“The rest is history,” kata Lana.
“Hahahahahaa,” Qalesya dan Fara sudah tergelak besar. Fara sudah memegang perut dan Qalesya sudah berpaut di tepi katil kerana gelak yang tidak boleh berhenti.
“Agak-agak la nak berdekah sekali pun!” marah Lana sambil memukul belakang Qalesya dengan bantal di tangan.
Gelak semakin kuat.
“MALU!” jerit Amy di sebalik bantal yang sudah menekup muka.
“Weh, apa ni?” soal Lana apabila tawa sudah reda. Kertas yang berlipat tertindih dengan buku yang tebal di atas meja belajar milik Qalesya di tarik.
“Oh. Ni. Aku jumpa bawah meja,” jawab Qalesya. Tangannya mencapai kertas di tangan Lana itu lalu dipandang.
“Buka la?” saran Amy. Mukanya masih merah kerana malu sebentar tadi.
Fara mengangguk setuju. Qalesya menarik nafas dalam.
Kertas ditangan dibuka.
Your smile inspiring,
Your eyes disarming,
Your attitude interesting,
Just the type I'm searching.
You're so mystery,
Seeing you underneath a tree,
Humming a melody,
Then I feel our chemistry.
I see the sign.
That you could be mine,
Left what had happened behind,
So that you can have your shine.
A.R.M
With love.
“Awww,” Lana sudah memegang dada tanda terharu.
“So sweet!” kata Fara pula.
“Secret Admirer? Ehem.” Tegur Amy.
“A.R.M? Arm? Lengan? Apakah?” Minda Qalesya dipenuhi persoalan.
17
“Calon KP (Ketua Pengawas) dengan penolong dah keluar ke?”soal Fara.
“Belum lagi,”jawab Amy.
“Bila keluar?” soal Qalesya.
“November sebelum cuti. Calon je keluar November. Undi bulan Januari,”terang Amy.
“Korang tercalon ke?”soal Lana.
“Entah lah,” jawab Qalesya dan Fara hampir serentak.
“Jangan bergaduh sudah bila dua-dua tercalon,” kata Amy.
“Berkempen tak tentu fasal,” kata Lana pula disertakan dengan gelak kecil.
18
“Tet Tet” bunyi ini menandakan ada satu pengumuman yang dibuat untuk didengari oleh semua warga kolej untuk memanggil seseorang atau memberitahu pengumuman penting.
Kelas 4 SC 1 yang tadinya bising dengan suara pelajar apabila ketiadaan guru senyap serta merta.
“Panggilan untuk Tengku Mia Qaisara Tengku Mohd Naufal dan Tengku Mia Qalesya Tengku Mohd Naufal. Sila ke pejabat sekarang. Diulangi, Tengku Mia Qaisara dan Tengku Mia Qalesya Tengku Mohd Naufal, anda diminta ke pejabat sekarang. Terima kasih,”
Qalesya sudah membuntang matanya. Air liur ditelan terasa berpasir. Satu kelas 4 SC 1 merenung Qalesya yang sudah seperti patung tidak bernyawa. Kecuali seorang yang memberi pandangan yang berlainan. Simpati. Aiman.
Bersambungg.
Rahsia Qalesya sudah terbongkar. What will happen next?;)
Alright.
Heyy.
HASHIMMMM lol.
okay gurau. itu bersin sebab dah lama tak update blog.
Dah berhabuk. Haha. Sorry.
Hope this post cukup panjang nak tebus lama tak update tuh.
Hihii.:3
Okay, rasa kejap pula 2010 ni.
Dah nak masuk 2011 dah. Huhu.:(
Nanti kalau rajin, dina buat post pasal kenangan 2010 ni. Hehe.xD
Terasa cuak pula nak masuk 2011. Haha. xD
okay. Dah tak tau nak cakap apa.xD
Thanks sebab selalu jenguk blog ni eh. (ada ke? hehe)
To the followers, thank you so much.
Anonymous, jangan risau, anda pun tetap dihargai ehh. hihi.:D
Err, Okay.
Bye? haha.
Bye. Salam.
Have a nice day.;)
Love,
AdDina EzLia.
p/s : School stuffs ready guys? Hik3.
1 comment:
ermm.. x smbung cerita ker? :) sye suke baca cite ni..
Post a Comment