16
Tangan pantas menuang bedak Johnson Baby di atas tapak tangan kanan. Tutup botol itu dipusing dan diletakkan kembali ke atas meja. Tangan kiri dan tangan kanan digosok sedikit dan diletakkan ke muka.
“Korang ada dapat atur cara sementara hari Ko-op tu tak?” soal Amy. Tangan menyelongkar locker. Mana pergi atur cara ni??
“Tak,” jawab Lana dan Fara.
“Sya! Kau dapat tak? Aku dah la ada meeting pasal benda alah tu hari ni. Nak susun balik siapa yang buat show dulu,” terang Amy tanpa dipinta. Kenapalah kau menghilangkan diri wahai atur cara yang tidak berapa dicintai oii??
“Mana dapat. Atur cara yang betul pun tak tentu dapat ke tak. Ni yang dalam proses. Gaya aku mandat besar macam kau,” kata Qalesya selamba. Tudung dibetulkan sedikit.
Amy mencebik. Mandat besar, lutut kau laa.
“Jom laa! Dah pukul berapa ni,” ajak Fara. Beg sudah disandang dan berdiri di hadapan pintu bilik.
“Atur cara dalam proses @ sementara aku tak jumpa lagi ni!” Beg sekolah yang sudah elok bersusun malam semalam dipunggah semula.
“Cepat la, Amy sayang. Kau tau tak subjek first ni Sejarah? Cikgu Halim yang sangat ‘maskulin’ tu dah tunggu gamaknya,” kata Lana yang sudah berdiri di sebelah Fara. Cikgu Halim yang agak terkenal dengan perangai lembutnya dan tersangatlah garang itu.
Qalesya masih menghadap cermin. Kenapa tudung aku cari fasal hari ni?! Grrrr. Tangan masih ligat membetulkan yang sekejap kembung kiri, betul sebelah kiri, kembung sebelah kanan pula. Perfect!
Qalesya tersenyum senang melihat tudungnya sudah kembali normal. Mata dialih menghadap Amy yang sudah menyerupai harimau hilang anak. Lengan baju kurung yang tadinya elok tanpa cela sudah disinsing melebihi siku.
“Tak jumpa lagi?” soal Qalesya kurang bijak. Heh! Tau la tak jumpa. Saja nak menyakat sikit.
“Gaya mandat besar la kau nak masuk kelas Cikgu Halim tu lambat,” kata Lana yang sudah menipis tahap kesabarannya. Kena denda, siap kau, Amy! Jam ditangan dijeling. 7:20. Sekolah bermula jam 7:30. Nak jalan pergi kelas je dah 10 minit.
“Cepat lahh wehh!” gesa Fara. Aku memang taknak kena denda! Hancur reputasi aku sebagai pengawas.
“Dekat tangan kau tu, kertas apa, Mie?” soal Qalesya sambil jarinya menunjuk ke arah tangan Amy yang memegang sehelai kertas.
Amy membuka kertas itu pantas.
“Aaaa. Atur cara,” jawab Amy sambil menarik sengih. Macam mana aku boleh tak perasan??
“Seng…!” marah Lana.
“Ngal,” sambung Qalesya sambil tersenyum tepi. Beg disandang. Pintu bilik ditutup.
Mereka pantas berjalan. Qalesya mengerling jam Swatch di tangan. 7: 25.
“Lari jom?” ajak Qalesya. Sempat kot agaknya kalau lari.
“Kalau lari pun, blok kita kan lain- lain.” Jawab Lana. Namun, kakinya tetap bergerak laju. Gila ni kalau lambat masuk kelas Sejarah.
“Byeee!” ucap Lana dan Amy serentak. Kaki pantas diatur ke tingkat atas. Mata meliar di atas pintu kelas yang dilalui. Buatnya salah masuk kelas, dah malu setahun aku!
Lana dan Amy menggunakan brek kecemasan apabila kelas 4 Kualiti kelihatan. Kelas yang menempatkan pelajar aliran Lukisan Kejuruteraan.
“I bet, awak berdua ada perkara yang menarik untuk dikongsi bersama rakan sekelas,” kata Cikgu Halim yang sudah bersedia di hadapan kelas dengan buku Sejarah yang sudah terbuka di tangan untuk memulakan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran).
Lana dan Amy menggigit lidah.
Qalesya dan Fara masih beriringan berjalan laju.
“Bye,” Fara berkata sepatah sambil kakinya bergerak memasuki kelas 4 Ak 1 yang masih hingar bingar tanpa guru.
Qalesya meneruskan perjalanannya. Hati sudah mula cuak. Kaki sudah mula berlari dan bergerak pantas. Bebera fail di tangan yang sudah hampir terjatuh dibetulkan. Tangan menjeling jam dan…..
BUKKK!
“Adoii,” Qalesya mengaduh. Dirinya sudah terduduk bersama fail yang sudah bersepah di atas lantai. Tiang mana yang aku langgar ni? Sakit yang teramat ni.Mata ditutup menahan sakit.
“I’m so sorry. Saya tak sengaja,”kata ‘tiang’ yang dilanggar.
“Aik? Tiang boleh bercakap?” tanpa sedar Qalesya mengomel sendirian. Mata dibuka.
Bersambunggg.:)
Tiang yang boleh bercakap? Hah Hah Hah.xD *Apakahh?;DD*
Salam,
5 December 2010, my beloved auntie punya engagement day.
Excited dan penat. haha.:D
*Saje nk bagitauu.hehe*
Love,
Addina Ezlia.
p/s : I'm so sorry cerita ni lambat sampai klimaks. hee.:D
2 comments:
best ^^
sambung girl :)
may Allah bless you :)
Post a Comment