Saturday, November 27, 2010

Ceritera Puteri Kembar 7

Episod 7...:)


13

“Class, close your books,” arah Madam Amanda. Cermin mata yang terlurut di cabut terus dan disimpan ke dalam bekas khas. Madam Amanda bangun daripada kerusinya dan bergerak ke hadapan kelas. Beliau berdiri betul-betul di tengah- tengah.

“Pay attention, please,” tegurnya lembut apabila ramai pelajar yang sudah mula berbisik-bisik. Pantang suruh tutup buku semua nak buka mulut bercerita.
Semua terdiam dan mata dihala ke arah guru yang berusia lebih kurang hujung-hujung 30-an itu.

“Good. You know kan yang sekolah kita ada Hari Koperasi. Kita kena buat jualan,” Madam Amanda berhenti disitu dan mata ditebarkan ke arah semua pelajar.
Semua pelajar kelihatan terangguk- angguk setuju.

Madam Amanda kembali menyambung “ Saya nak buka 2 gerai. So, 2 groups kan? Kelas kita ada 30 orang. So, 1 group, 15 orang,”
“15 orang tu gilir-gilir lah shif dari pagi sampai petang tu ye. Pandai-pandai awak la satu kumpulan,”sambung Madam Amanda lagi.
“Saya bahagikan kumpulan secara rawak okay. Kalau ada bantahan sila cakap sekarang,”

Semua pelajar diam. Ada yang menggeleng- geleng tanda tiada bantahan.

Satu persatu nama disebut. Dan, Aiman Hadziq dan Mia Qalesya satu kumpulan.
Lana, Amy,Fara? Mereka tidak sama aliran. Qalesya di aliran Sains. Lana dan Amy di aliran Lukisan Kejuruteraan. Fara di aliran akaun.

Qalesya menoleh ke arah Aiman. Zappppp!
Mata mereka bertembung. Qalesya pantas mengalih anak matanya ke arah lain.


14

“Kelas korang jual apa doh?” soal Amy.Tangannya menyuap makanan ringan ke dalam mulut. Haiyoo. Wa lapar la. Lu apa tau??
“ Kumpulan aku kata nak jual makanan,” jawab Lana. Kinder Bueno ditangan digigit lagi.
“Jaga PA system. Pilih- pilih lagu tu,” jawab Fara pula. Plastik makanan ringan di tangan Amy diseluk. Sedap pula.

Qalesya kekal diam. Earphone di telinga dipasang sebelah.
“Kau Qalesya?” soal Amy. Terpolok-polok dia makan. Tak sopan langsung. Mak mertua tengok, sure kena reject.
“Jual gelang, rantai, and CD,” jawab Qalesya.
“CD cerita apa?” soal Fara pantas.
“CD kosong la. Korang minta la nak tulis apa pun atas geland, rantai and CD tu,” terang Qalesya. Cepat excited betul budak-budak ni.
“I see. Not bad,” kata Lana.
Qalesya tersenyum hambar. Not bad mendenyee. Aku yang diantara yang kena tulis. Haih. Malasnya.
Now, I wish that life had a skip button.

15

Aiman baring. Dua belah tangan ditindih dengan kepala. Matanya memandang kosong ke arah siling.
Mia Qalesya.
Tengku Mia Qalesya.
Aku yakin itu dia. Orang yang sama. Serik sangat ke dia dengan perkataan Tengku itu sehingga sanggup membuangnya?
Kenapa? Sebab selalu dibuli dulu?

Tanpa sedar, Aiman mengukir senyuman tepi.
You always see things behind something. But, you never saw something behind that ‘Tengku’. Semua orang sanjung benda tu sangat. Tapi, apalah sangat. Pangkat dunia. Tak jamin apa-apa pun.

“ Dude! What’s up?” tegur rakan sebilik Aiman.
“Nothing,” balas Aiman perlahan. Wajah rakannya itu dipandang.
“Kau pahal, der pandang aku macam tu?” nadanya cuak. Gay apa kawan aku ni? Dah lah sama bilik dengan aku. Kang malam- malam, tahh mende dia buat dekat aku. Hish! Apa aku fikir ni?! Astaghfirullah.
“Saja je pandang. Tak boleh?” soal Aiman. Kening diangkat dua kali. Double jerk.
“Seram lah!” jawab Uzair selamba.
“Gila!” sepatah sahaja yang keluar dari mulut Aiman.
“Dah pukul 11:30 ni. Tutupkan lampu. Aku ngantuk,” arah Aiman.
Uzair mencebik. Ingat aku orang gaji kau ke?
“Dasar pemalas,” bisik Uzair perlahan.
“Ingat aku tak dengar la tu?” tegur Aiman.
Uzair mencebik. Suis lampu ditekan.



Bersambung..:)

Assalammualaikum, sorry lambat sambung. Hee. Masalah teknikal sikit. Enjoy reading.:D

Leave your comments. Thank you.:D


Love,

Addina Ezlia.

p/s : tell me about your holidays guys.:D

2 comments:

white lily said...

cepat la hbiskan cter ni dik x sbr nk tau nih uhuhuhu~

mizafatini said...

wuuuuuuu :D nice job darl~ :P
ehh promote nama uzair :P LOL JK.