Friday, September 3, 2010

Ceritera Puteri Kembar 3

Episode 3...



“Hai. Ada tempat kosong tak?” soal satu suara yang tiba-tiba muncul.
Empat pasang mata pantas berpaling ke arah tuan empunya suara itu.
“Ada tempat kosong tak dekat meja ni? Meja lain dah penuh,” ulangnya lagi.
Masing-masing seolah- olah terkesima. Dalam fikiran masing-masing memainkan soalan yang sama. ‘ Siapa mamat ni?’

“Aaa.Duduk la,” Lana memain peranan.
“Thanks,” lelaki itu tersenyum lalu duduk berhadapan dengan Qalesya. Buku hasil karya Usman Awang dibuka.
Qalesya, Fara, Lana dan Amy tidak mahu mengganggu bacaan lelaki tadi.
“Siapa dia tu ?” bisik Lana perlahan ke telinga Fara.
“ Mana la aku tau,” jawab Fara dalam nada yang sama.
“Cuba tanya Amy,”cadang Lana.
Fara menjerongkong ke hadapan lalu berbisik di telinga Amy.
“Siapa dia?”
“Entah,”jawab Amy sambil matanya mencuri pandang ke arah lelaki yang sedang tekun membaca itu.
“Tanya Qalesya,” kata Fara sambil duduk di kerusinya semula sambil memandang Lana sekilas lalu menggeleng bererti Amy juga tidak tahu.
Amy mencuit Qalesya di sebelahnya. Qalesya mengangkat kepala dari komik yang dibacanya dan memandang ke arah Amy sambil mengangkat kening bertanya ‘kenapa?’.

“Siapa mamat tu?” soal Amy perlahan dan hanya Qalesya yang menangkap kata-katanya.
“ Kau tanya aku, aku nak tanya siapa?” soal Qalesya sambil membuat muka bosan.
“Tanya la dia,” kata Amy selamba. Qalesya membulatkan matanya lalu menjeling siling tanda tidak mahu.
Amy memandang Fara dan mencebik tanda Qalesya juga tidak tahu.
Acara bisikan gadis-gadis itu tadi dapat ditangkap oleh Iman yang menjeling di sebalik buku yang dibacanya. Namun, butir bicara gadis itu tidak dapat didengari.

Siapa mamat ni? Mata dia. Familiar sangat. Nampak tenang. Namun, seperti ada perkara yang tersembunyi di sebalik ketenangan yang dipamerkan. Qalesya tanpa sedar merenung wajah jejaka di hadapannya.
Zapppp.Mata mereka bertemu. Qalesya dengan pantas mengalihkan matanya. Hailoh,kantoi terang terangan usha anak teruna orang.
“Anythin’?” soal lelaki itu. Suaranya yang tidak berapa kuat namun Berjaya meraih perhatian Fara,Lana dan Amy. Semua menoleh ke arah yang sama iaitu Qalesya dan ‘lelaki itu’.
“ Just wonderin’. Who are you?” soal Qalesya dalam nada yang sama bagi menutup gusar di hatinya.
“Iman,”jawab lelaki itu pendek. Aku macam kenal dia. Aku tak ingat siapa dia. Ada tarikan dalam diri dia buat aku nak kenal dengan dia.
“How ‘bout you?” soal Iman kepada Qalesya.
“Qalesya,” jawab Qalesya sepatah. Tak perlu bagi nama panjang. Dia pun kasi nama ‘Iman’ je. So, aku pun, ‘Qalesya’ je la.
“Je?” soal Iman ingin tahu.
“Je?” soal Qalesya balik tidak faham soalan yang diajukan oleh Iman.
“Qalesya je ke nama kau?” soal Iman.
“Iman je nama kau?” soal Qalesya sinis. Heh. Cakap aku. Dia punya nama lagi pendek dari aku tak sedar.
“ Mohd Aiman,” hurm. Sekali sekala aku menipu. Betul apa ni nama aku.Cuma buang satu perkataan je pun.Ahaks! Aku rasa aku kenal siapa perempuan depan aku ni.
“Mia Qalesya,” Aiman? Aku tak pernah kenal pula lelaki nama Aiman. Pelanduk dua serupa la agaknya ni.
“Oh.Okay,” Tengku Mia Qalesya. Jelas dia tidak mahu dikenali di sini. Teka hati Iman. Mungkin sudah serik dia dibuli dari kecil hingga darjah 6. Yang aku tau je la ni. Masuk menengah rendah, masih dibuli kah dia? Sehingga sanggup untuk tidak menggunakan tengku? Aku perlu tanya! Tapi, tidak boleh secara terus. Kena bagi hint sikit ni.
“Full name apa? Aku ada kawan nama Mia Qalesya juga dulu,”pancing Iman.
“Mia Qalesya Mohd Naufal. Kenal ke?” sampuk Lana di sebelah Fara.
Memang betul la dia! Betul ini adalah Tengku Mia Qalesya! Lainnya dia.
Iman pantas menggeleng lalu tersenyum.
“Salah orang,” katanya perlahan.
“Kau nama siapa?” soal Iman untuk tidak member syak wasangka.
Lana, Amy dan Fara mula mengenalkan diri masing-masing.
‘Bukan Iman! Ada orang yang aku kenal di sebalik Iman di hadapan aku! Siapa dia?’ bisik hati Qalesya.




Bersambung....

Persoalan sudah terjawab kann?
heee.;D
enjoy reading. (:


Love,
Dina.

4 comments:

aisyahshah said...

aq tau ! laki tuh bdk yg buli die dlu kan ? hahah ! cme aq ta fhm , mne kembar die ?

Little Writer said...

sams : haha. tidak tahu.;D
well, fakta ni dibelit-belitkan.hehe.
so, figure out.
mesti dapat.;D

white lily said...

well..well..adakah si pembuli akan jtuh hty pda owg yg dy buli?? hihihi
ap2 pn truskan hingga ke akhirnya k...

Biehah said...

dina,
biha dah tau sape si iman tu...
hehehe
______ aiman.....

sara tu pun biha rase biha tau..