Friday, July 15, 2011
My Baby You
Tittle :
“I don’t need nothing else. I promise girl I swear , I just need somebody to love,” Jari yang tadi menari-nari di atas tali gitar diberhentikan. Dia tersenyum memandang kamera.
“Thank you,” Emir menekan punat berhenti merakam di kamera video milik Ash.
Ash meletekkan gitarnya ke bawah.
“You’re good,” puji Emir. Botol air mineral dihulurkan kepada Ash. Ash menyambutnya dengan senyuman ‘terima kasih’ yang tidak terluah di bibir.
“But, why kau suka buat cover lagu JB? Come on, tak rasa macam pelik ke?” jari dilayangkan di atas skrin iPad. Youtube. Ash punya channel. Kebanyakkannya lagu Justin Bieber, remaja yang digilai ramai gadis di serata dunia. Takkan lah si Ash ni dah minat JB pula?
“Dia okay apa. FYI, aku suka lagu dia. Aku bukan suka dia,” jawab Ash senada. Lain macam je, nak kata aku suka kaum sejenis la tu.
Emir angkat bahu. “Sounds like no different to me.”
Ash mencebik. Suka hati kau lah.
“Kau dah naik sekarang. Viewers pun ramai. Tak lama lagi popular la kau kan?” Emir masih ingin menghangatkan suasana. Dia tak suka sunyi. Lain macam je.
Ash angkat bahu. Dia bukan mula buat cover untuk popular. Pada mulanya, untuk suka-suka je. Baru belajar main gitar masa tu. Lama-lama, ramai pula yang share dekat Facebook lah, retweet dekat Twitter lah. Dekat segala jenis laman social kawan-kawan promosikan. Tuannya sendiri tak tau apa-apa pun.
Emir angkat kening. Cakap dengan mamat ni buat aku rasa macam cakap dengan almari je.
“Ni nanti, kau masuk sekolah mana?” Ash baru berpindah semula ke kawasan perumahan ini. Dia tinggal di Seremban seketika bersama ayahnya yang berpindah tempat kerja.
Ash angkat bahu dan membuat muka tidak ambil tahu.
Emir menghela nafas berat. Sah lah aku bercakap dengan almari.
~@~@~@~@~@~@~@~@~@~
Beg disandang sebelah tali di bahu kanan. Kemeja sekolah putih tidak dimasukkan ke dalam seluar hijau tua yang dipakai. Butang baju yang paling atas dibiarkan terbuka.Tali leher disangkut di leher. Tangan kiri memegang fail yang mengandungi segala borang tukar sekolah.
Langkah diatur menuju ke bangunan pentadbiran sekolah itu. Kelihatan ramai pelajar yang bersidai dan melepak menunggu loceng mulanya waktu persekolahan dibunyikan.
Terdengar suara-suara yang berbual, “Eh, itu bukan Ash ke?”
“Ash mana pula ni?”
“Budak yang buat cover dekat Youtube tu.”
“Ehem, baju tak reti nak masuk dalam ke?” soal seorang gadis dari belakang Ash.
Ash laju menoleh. Gadis itu terdiam menelan air liur. Ash.
“Aku bukan student sekolah ni. Well, not yet,” name tag yang sudah terjahit di sebelah kiri tudung gadis itu dipandang. Isabella. Baju coklat cair dan kain berwarna kelabu sudah cukup menyatakan yang gadis itu berjawatan di sekolah ini. Pengawas sekolah mungkin?
Gadis itu mengangkat kening. Belum lagi?
“Belum daftar dekat pejabat lagi,” Fail di tangan diangkat separas wajah gadis itu.
Bella mengetap bibir. Belum daftar pula. Terasa ada batu menghempap kepala.
“Sama je. Kejap lagi, for sure cikgu suruh tuck in baju, pakai tie.” Bella cuba membela dirinya.
Ash angkat bahu.
“Then, later.”
Bella hanya memandang tanpa berkelip.
Ash duduk menyilang kaki di bangku di tepi koridor sekolah. Bukan tiada yang ingin menemaninya. Ramai sahaja yang menawarkan diri untuk menemaninya. Namun, dia lebih senang bersendirian sekarang. Belum berjumpa lagi kawan yang rasanya sekepala.
Isabella melabuhkan punggungnya di sebelah Ash. Ash memandang kosong. Eh, perempuan ni, tiba-tiba je duduk sebelah.
“Sorry,” Bella menuturkan. Terdapat kesal dalam nadanya.
“For?” Apa kena lah dengan perempuan ni?
“Pagi tadi,”
Ash tergelak kecil. “Not offended,”
Bella mengukir senyum kecil.
“Kenapa rehat sorang? Budak hot rehat sorang macam tak logic je,”
Ash angkat bahu. Soalan cliché dah ditanya pula.
“Sorry menyibuk. Talk to you later,” Bella sudah berdiri dan berura-ura ingin berlalu pergi.
“Kalau tak kisah, boleh tunjukkan sekitar sekolah ni,”
~@~@~@~@~@~@~@~
Telefon bimbit yang menjerit minta diangkat dicapai dari atas meja. Punat hijau ditekan.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ash,”
“ ‘Supp?”
“Saja call,”
Berkerut kening Ash mendengar. Aku dah la tengah banyak kerja ni. Boleh pula saja call?
“Aku busy la, Mir,”
“Nak tanya, kau sekolah mana?” Aku fikir mamat ni nak masuk sekolah sama aku. Orang tanya susah bebeno dia nak jawab.
“Dekat-dekat dengan sekolah kau tapi bukan sekolah kau,” Ash masih tidak berterus terang.
“Taman Bestari tu ke?”
Ash mengangguk. Eh? Macam la si Emir ni nampak. “A’ah.”
“Kenapa tak masuk sekolah sama dengan aku?”
“Entah” jari yang dari tadi melakukan helispin dengan pensel mekanikal itu terhenti. Dia menulis sesuatu di atas kertas.
“Cousin aku sekolah situ,”
“Oh,”
Rasa macam cakap dengan almari lah. Almari di hadapan mata dipandang. “Okay lah,”
“Okay,”
Talian diputuskan.
Ash memandang gitar yang tersandar elok di tepi dinding. Tangan pantas mencapai gitar dan jari mula menari di atas tali.
~@~@~@~@~@~
Tangannya menggerakkan tetikus mencari video terbaru yang dimuat naik oleh Ash. Lagu baru Akim. Janji. Jiwang juga mamat ni. Thumbnail video itu diklik untuk ditonton.
Hanya gambar gitar dan tangannya yang menari di atas tali itu. Tidak menunjukkan wajahnya kali ini.
Bella tersenyum sendiri. Dekat sekolah, tak nampak macam dekat Youtube. Tak nampak macam yang jenis mesra alam.
Telefon bimbit Bella tiba-tiba menjerit minta dijawab. Jarinya terus menekan butang hijau tanpa membaca nama yang tertera.
“Bella,”
Macam kenal je suara ni.
“Emir?”
“Haaa,”
“ ‘Supp?”
“Ash sekolah situ?”
“Hmmm”
Dahi Emir berkerut. Cousin aku ni dah kena virus si Ash kasi aku cakap dengan almari ke apa?
“Oh,” pendek Emir menjawab.
“Nak tanya tu je ke? Tak sangka kau peminat Ash jugak,” Bella tersengih.
Emir tergelak kecil “ He’s my friend,”
“He’s my friend too,” nada Bella seakan menyindir.
“Seriously, no kidding. Bestfriend,”
“Me too,”
“Ish dia ni. Main-main,”
“Seriously, no kidding. New friend,” Sengaja Bella meniru ayat Emir tadi.
“Tak tau pula dia boleh sekepala dengan kau,”
Bella membuat muka bosan, “Nak ngata aku ke apa tu?”
Emir gelak, “No offence”
“Not offended,”
“Gotta go,”
“Bye,”
Talian diputuskan. Emir memandang telefon bimbit di tangan. Budak ni kena virus Ash la ni.
~@~@~@~@~@~
Papan kenyataan dipandang kosong.
Ingatkan masuk sekolah ni, tak perlu jumpa budak sekolah tu dan lepak dengan Emir macam dulu. Ash mengeluh.
Bukan tak nak lepak dengan Emir, tapi kesian dia. Pantang duduk sekali, mesti kena compare.
“Memang every year merentas desa, kita gabung dengan Sekolah Taman Permata,” tiba-tiba ada suara dari arah belakang. Ash menoleh. Ish dia ni, macam tau je apa aku fikir.
Ash hanya menarik senyuman segaris.
“Cousin aku sekolah situ,” Isabella memberitahu tanpa ditanya.
Err, aku tak tanya pun. “Oh,kawan aku pun sekolah situ,”
“Cousin aku kata dia kawan kau. Haha merepek je,”
Ah sudah. Jangan budak ni sepupu si Emir dah la.
Serta merta perbualan dengan Emir beberapa hari yang lepas terbayang di fikiran.
“Aku dah jadi doctor sekarang.”
“SPM pun tak lepas lagi, dah jadi doktor,” kutuk Ash tanpa nada berserta senyuman mengusik.
“Kita tak perlukan apa-apa sijil untuk jadi matang dalam kehidupan,”Emir mengangkat kening dua kali (Double Jerk)
“Kau kata kau jadi doktor. Kau tak kata, kau jadi ‘matang dalam kehidupan’,” balas Ash.
“Kau ni sungguh tak ada sense of humour la.” Kutuk Emir. Aku nak buat lawak pun tak jadi.
Ash tergelak kecil. “Kau jadi doktor cinta siapa?”
“Faham pun,”
“Kutuk aku tak ada sense of humour punya la sedap kan,” Ash tersenyum tepi.
Emir gelak. “Sepupu aku,”
“I’m impressed,” Ash mengangguk dua kali.
“Nanti aku boleh jadi doktor cinta kau pula,” kata Emir bangga.
“You wish,” Ash tergelak besar.
“Jauh berangan,” tegur Isabella apabila melihat Ash merenung papan kenyataan itu seolah-olah boleh tembus bersama senyuman yang tersungging di bibir.
Ash memandang Isabella. Apa boleh khayal ni, Ashraf?
Akhirnya Ash hanya menarik sengih tanpa perisa di hadapan Isabella.
~@~@~@~@~@~
“Oh my God! Kau perasan tak Ash tadi? Hot gilaaaa!” beberapa orang gadis yang sudah berkumpul di padang seperti melompat-lompat apabila berbual pasal Ash.
Emir yang melintasi mereka dibuat tidak nampak. Emir menarik senyuman tepi. Popular kau, Ash.
“Weh!” bahunya ditepuk kuat sehingga terdorong ke hadapan.
Emir menoleh.
“Weh perempuan. Sopan sikit boleh?” soal Emir dengan muka bengang. Ada ke patut sergah macam tu je. Nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak mau habis dekat sini juga.
Isabella menarik sengih. “Aku kan memang gadis paling sopan.” Mata sengaja dikelip-kelipkan untuk menyakitkan hati Emir.
“In your dream,” bahu digosok-gosok. Kuat juga tangan perempuan ni. Sengal bahu aku.
“Prove me kau kawan baik Ash,” kata Isabella tiba-tiba.
“Ceh! Tak percaya aku. Okay, fine. Where is him?”
Isabella mengarahkan jari telunjuknya ke belakang Emir.
“Weh Ash!” panggil Emir.
Ash pantas menoleh. Erk! Kan betul aku kata, dorang ni kenal. Wajah Ash dan Isabella dipandang silih berganti.
Tangan Emir yang menghulur salam disambut.
“See? We’re friends,” kata Emir bangga.
Ash hanya senyum segaris. Ni mesti bertekak ni.
Isabella mencebik.
“Satisfied?” soal Emir.
Isabella memusingkan bebola matanya ke atas dan berlalu pergi.
“Kau ni Emir,” tegur Ash.
“F.Y.I, she’s my cousin,” Emir tersengih.
Agak dah.
~@~@~@~@~@~@~
Kertas yang berada di tangan dibaca laju. 2 petang. Baguslah. Sekarang dah pukul 2:15 petang. Kenapa aku tak tau pasal ceramah motivasi ni?
Kaki diatur laju menuju ke arah dewan. Dalam hati menyumpah seranah. Kenapa aku tak tau pasal benda ni? Inilah yang tak bestnya sekolah ni. Guru-guru tak akan mengingatkan pelajar tentang adanya ceramah motivasi dan sebagainya. Hanya diberikan surat beberapa hari sebelum ceramah diadakan. Pandai-pandai lah nak ingat ke nak lupa.
Ash meluru masuk mengikut pintu belakang dewan.
“Dan para pelajar harus ingat ketepatan masa adalah penting untuk berjaya dalam kehidupan,” mata penceramah itu terus kepada Ash yang berdiri kaku di belakang.
Kalau aku lari keluar dari dewan ni, kurang ajar tak?
“Ash,” bisik Isabella dari tempat duduknya yang berdekatan dengan pintu belakang. Kebetulan dihadapannya masih ada tempat yang belum diisi.
Ash terus bergerak ke tempat yang kosong dihadapan Isabella.
“Saya tak faham apa kepentingan remaja sekarang sibuk dengan social network. Internet. Bagi saya, social network ni patut ditutup je,”
Habis sahaja ayat penceremah itu, semua pelajar berbisik sesama sendiri.
“Kalau macam tu kenapa Cik Farah masih ada account Facebook?” tiba-tiba Ash bersuara lantang.
Isabella sudah ternganga. Mamat ni biar betul.
“Pardon me?”
Ash sudah berdiri.
“Kenapa tak deactivate account Cik Farah tu?”
Farah tersenyum tepi. Boleh tahan budak ni.
“Saya ada kepentingan dan sebab saya yang tersendiri,”
“Orang lain pun macam tu juga,”
“Apa kepentingan pelajar guna Facebook?”
“Cari kawan lama. Bukan orang dewasa je yang ada kawan lama yang dah lost contact,”
“I can’t deny that,”
“So?” Ash angkat kening.
“Fine. Mungkin ada kepentingan untuk semua golongan untuk gunakan social network,”
Ash tersenyum menang dan kembali duduk.
Isabella memanggil dari belakang.
“Good job,”
~@~@~@~@~@~@~@~@~
“Macam mana boleh jadi terlebih berani macam tu?” soal Isabella.
“Kita kena berani tegakkan kebenaran,” Ash menjawab selamba.
“Aku ada tengok video kau...”
“Who doesn’t?” soal Ash memintas secara mengusik.
“Show off,” Isabella buat muka bosan. Aku baru nak cakap benda lain.
“That should be me,” Ash mengangkat kening ‘double jerk’.
“I just wanted to ask... kalau, if you don’t mind, aku nak tengok kau nyanyi depan-depan?” Isabella tersenyum comel.
“Kenapa? Dekat Youtube dah tengok kan?”
“Tak sama,”
Mereka berdua kembali diam. Masing-masing melayan perasaan. Pondok menunggu bas itu hanya tinggal mereka berdua sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.
“Kau balik macam mana?”soal Ash.
“Kakak aku ambil,”
“Kau balik macam mana?” soal Isabella kembali.
Ash hanya mengangkat bahu. MP3 miliknya ditarik keluar daripada poket seluar bersama earphone.
Isabella menjeling. Bawa benda haram datang sekolah!
“Mana boleh bawa MP3 pergi sekolah,” tegur Isabella.
“Aku tak guna masa waktu sekolah. Lepas waktu sekolah baru aku guna,” balas Ash bersahaja.
Isabella mati akal. Ada je jawapannya kalau dengan mamat ni.
“Eh kau ni balik pukul berapa?”soal Isabella.
“Same question goes to you,”
“I’m waiting for my sister,”
Ash hanya mengangkat bahu. Earphone dipasang dan dia hanya melayan dunianya sendiri.
Jam ditangan dijeling. 5:30 petang. Ash ni tunggu siapa? Mana kakak ni?
“Panjang umur,” Isabella menggumam tanpa sedar apabila kereta Viva milik kakaknya sudah berada di hadapan mata.
“Ash, aku balik dulu. Nak tumpang?” soal Isabella hanya dibalas dengan gelengan dari Ash.
Isabella hanya menampal senyuman di bibirnya dan memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Apabila kereta sudah tidak kelihatan Ash berdiri. Kawasan sekolah dimasuki semula. Ash berjalan menuju ke tempat meletak basikal dan motor. Skuter yang terletak elok disitu ditunggang keluar dari kawasan sekolah bersama senyuman yang tersungging di bibir.
~@~@~@~@~@~@~@~@~
“Kenapa kau rampas handphone kitorang hah?” soal seorang gadis kasar.
“Tanggungjawab,” balas Isabella mudah.
“Kalau handphone cikai takpe. Ni Blackberry. Cikgu bukan reti nak pulangkan kalau bukan mak bapak yang datang sekolah ambil,” rungut seorang lagi lelaki yang bersama gadis tadi.
“Dah tau handphone mahal, yang bawa pergi sekolah kenapa?” sindir Isabella.
“Kurang ajar!” tangannya sudah diangkat tinggi untuk menampar Isabella namun pantas dihalang oleh Ash yang baru tiba.
“Bro, tak macho lah pukul perempuan,” Ash berkata senada.
“Eh, pukul perempuan sebab nak back up girlfriend dia!” balas gadis yang berbahasa kasar tadi.
“Bila dia boleh pukul perempuan lain untuk kau. Tak mustahil kau akan rasa benda yang sama disebabkan perempuan lain nanti,”
“Dah lah, pa. Jom pergi,” ajak gadis tadi sambil menarik tangan teman lelakinya yang sudah merah muka menahan marah.
“Belum apa-apa dah panggil, pa.” Gumam Ash perlahan.
“Kau okay?” soal Ash memandang Isabella yang hanya diam dari tadi.
“Okay,” balas Isabella sepatah.
“Thank you,” Isabella berkata pantas sebelum mengangkat begnya dan terus memboloskan diri ke dalam kereta kakaknya yang baru tiba.
~@~@~@~@~@~@~@~
‘Emir accident. Warded at Ampang Puteri dah seminggu’
Mesej pendek yang dihantar oleh Isabella membuatkan jantung Ash berdebar kencang. Dah seminggu baru aku tau?
“Ma, abang keluar kejap.” Ash memberitahu ibunya. Tangan ibunya disalami pantas tanpa ibunya sempat menyoal.
“Baik-baik!” Ibunya hanya menggelengkan kepala. Kalau anak lelaki dah besar, macam ni la gayanya.
Kunci skuter yang tergantung di tepi pintu dicapai bersama topi keledar yang sudah tersedia.
^^^^^^^^^
Tiba saja di Hospital Ampang Puteri, terlihat wajah Puan Sarah,ibu kepada Emir di lobi hospital. Termenung sendirian.
“Aunty,” sapa Ash sambil menyentuh perlahan bahu Puan Sarah.
Puan Sarah mendongak memandang Ash seraya tersenyum hambar.
“Emir ada dekat atas,” beritahu Puan Sarah.
Ash mengangguk, “Dia okay?”
“Stable.”
“Ash naik dulu ye?” Ash meminta diri dan Puan Sarah hanya membalas dengan anggukan kecil.
Ash terus menuju ke bilik yang menempatkan Emir. Dia tahu, hanya Emir seorang sahaja yang berada di dalam bilik ketika ini. Tanpa ketukan, Ash terus menolak daun pintu.
“Ash,” tegur Emir yang tersandar lemah di katil sambil melemparkan senyuman.
“Bella baru je turun,” Emir memberitahu tanpa ditanya.
“Aku baru je tau kau masuk hospital,” Ash buat tidak endah dengan kenyataan yang baru diberitahu oleh Emir.
Emir hanya tersengih. Bukan salah aku dia baru tau.
“Kau boleh tolong aku tak?” soal Ash tiba-tiba setelah lama berdiam.
Ek enaa mamat ni. Datang melawat aku sebab nak minta tolong ke?
“Tolong apa?” Emir menyoal dengan wajah yang bosan.
“Aku nak pindah lagi,” Ash membuat muka berharap.
“And?”
“I wanna do something for Isabella,” antara dengar dan tidak Ash menyuarakan permintaannya.
Mata Emir yang kuyu terbuka luas.
“Sure. Apa?”
~@~@~@~@~@~@~@~
Air di atas meja disedut sikit. Emir dihadapan mata ditenung. Mamat ni memang buat aku rasa lepak dengan almari.
“Kau ni, dah ajak jumpa, lepas tu diam.” rungut Isabella. Dahinya sudah berkerut. Mulutnya sudah menarik muncung. Memang la aku boring duduk rumah. Tapi kalau keluar tapi mute macam ni, baik aku duduk rumah je.
“Ish, sabar la sikit.” Emir membalas geram. Jam tangan dijeling. Haish mana ni?
Isabella mencebik. Muka dia pun dah terang-terangan tak sabar, nak suruh aku sabar.
Emir terus menarik keluar telefon bimbitnya dari poket seluar yang dirasakan bergegar dan terus senyum sampai ke telinga.
“Jom!” ajar Emir.
“Pergi mana?”
“Ikut lah!”
Isabella hanya menurut langkah Emir keluar ke taman di luar KLCC.
“Kau nak ajak aku pergi playground ke apa?”soal Isabella teruja. Dah lama juga aku tak main ni. Tak sedar umur dah 16 nak masuk 17.
“Kau nak main, kau main sorang,” kata Emir bosan. Budak ni over sungguh.
Isabella yang leka memerhatikan kanak-kanak berlari berebut buaian hanya tersenyum. Teringat zaman kanak-kanak secara tiba-tiba.
Emir yang sudah mengangkat ibu jari ke arah seseorang di hadapannya dibuat tidak endah.
“Weh!” tegur Emir.
Isabella tersentak dan berpaling. Ash yang duduk bersila di atas rumput itu tersenyum bersama gitar di atas riba.
“Nak kata birthday aku, lambat lagi,”kata Isabella sambil meletakkan jari telunjuk di dagu tanda berfikir.
Emir tepuk dahi. Perempuan ni lah kann!
“Shut up and sit,” kata Emir geram.
Isabella menurut. Tanpa berkata apa-apa, Ash terus menarikan jarinya di atas tali gitar.
All my bags are packed, I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
Suara kanak-kanak yang sedang gembira tadi tidak kedengaran di telinga Isabella. Hanya alunan suara Ash dan gitarnya sahaja yang seolah-olah berbunyi.
But the dawn is breakin', it's early morn
The taxi's waitin', he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die
So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go
There's so many times I've let you down
So many times I've played around
I'll tell you now, they don't mean a thing
Every place I go, I think of you
Every song I sing, I sing for you
When I come back I'll wear your wedding ring
So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go
“Leaving on a jetplane?” soal Isabella setelah Ash habis mengalunkan lagu itu.
Ash hanya tersenyum.
“I’ll be moving again. Next week,”
“Where?”
“Australia,”
“Oh,” Wedding ring tu pulak? Soalan ini hanya bergema dalam fikiran Isabella.
Awkward silence. Ash dan Isabella terdiam.
Emir pantas menyelamatkan keadaan dengan mengambil gitar di atas riba Ash dan menyanyi.
Isabella tergelak.
“Pandai kau main gitar,” tegur Isabella. Tak tau pula sepupu aku ni pandai main gitar.
Emir hanya mengangkat kening membuat muka bangga. Isabella mencebik.
~@~@~@~@~@~@~@~@~@~
8 tahun kemudian..
Isabella merenung skrin laptop. Wajah Ash ketika sekolah menengah dan bermain gitar masih ada di Youtube.
Isabella tidak pernah bosan menontonnya.
Telefon bimbit yang bordering minta diangkat dicapai oleh Isabella.
“Hello, Assalammualaikum,”
“Waalaikummussalam. Bella,” suara Emir di corong telefon kedengaran gembira.
“Ada apa?”
“Esok, kau kerja?” soal Emir tersengih sambil memandang wajah lelaki di hadapannya.
“Sunday lah weh! Cuti,”
Emir mengangkat ibu jarinya kepada lelaki di hadapannya.
“Okay, esok ada surprise untuk kau. Bye!” Emir terus meletakkan telefon dan membiarkan Isabella dilanda kebingungan.
“Ash, mission accomplished! Dapatlah masuk meminang dia esok.”
Ash hanya tersenyum lebar.
~@~@~@~@~@~@~
Isabella berjalan beriringan dengan Ash menyusuri karpet merah menuju ke pelamin di dalam dewan itu. Suasananya meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat.
Isabella hanya melemparkan senyuman manis kepada Emir yang leka mengambil gambar ditemani Rania, adik kepada Emir. Isabella menoleh ke sisinya. Kebetulan Ash sedang merenungnya.
Semoga kebahagian ini kekal selamanya. Amin. Kedua-dua mereka seolah-olah berbicara melalui mata.
I will soothe you if you fall,
I’ll be right there if you call,
You’re my greatest love all.
TAMAT
12:26 a.m
Tuesday, July 12 2011 :D
Hope you guys like it :)
leave your comments 'eyy?
Much loves,
Addina Ezlia
p/s: Kepenatan. Latihan perbarisan punya pasal. Hope it'll worth something :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
best=]
awesome! <3
thank you :)
so sweet dear...teruskan usaha k... I'll support you.... ^_^
Post a Comment