Sunday, June 5, 2011

Today Was A Fairytale


Tittle : Today Was A Fairytale

Pintu bilik diketuk kuat. Bantal ditarik menutupi kepala dan ditekup di bahagian telinga. Dekat rumah tak ada pintu ke nak gegar? Haih!
“Alongggggg!” laung Rania di sebalik pintu bilik.
Sah la orang yang mengetuk ni tak ada pintu dekat rumah dia. Makin kuat dia menekup bantal di telinga untuk menghalang bunyi ketukan itu singgah di telinga.
“Alonggggg! Mama suruh bangun laaaaaa!” makin kuat suara Rania selari dengan ketukan pintu. Kalau boleh dipecahkan, dah dipecahkan je. Tidur mati betul lah si Along ni!
“Bisinglah Rania! Along nak tidur!” balasnya dari dalam bilik dengan bantal yang masih bertekup di atas kepala. Entah sampai ke pendengaran Rania entah tidak.
Ketukan yang tadinya kuat kini sudah tidak kedengaran. Emir tersenyum di sebalik bantal dan menyambung melayari alam mimpi yang tadinya tergendala.
Pintu bilik tiba-tiba terbuka. Emir membuka sedikit. Berkerut keningnya. Tadi kunci, ni macam mana boleh terbuka pula ni?
“EMIR DANIAL! MAMA SURUH TURUN. SEKARANG!” Rania melaung kuat menggunakan kertas yang digulung besar di hadapan yang didekatkan ke muka Emir.
Mata yang tadinya dibuka kecil terbuntang luas. Kedua belah tangan ditekup di telinga. Matanya tajam merenung gadis itu.
“Macam mana Rania boleh tembus masuk bilik Along?” kalau hari-hari lah macam ni, boleh pecah gegendang telinga ni.
“Apa ingat pintu bilik Along tu tak ada anak kunci ke nak buka?” soal Rania sinis. Gugusan kunci di tangan dipamer di hadapan muka Emir. Segala kunci pintu bilik, stor semua ada di situ.
“Respect my privacy please, young lady,” kata Emir dan turun dari katilnya. Dari siapa entah menurun perangai budak ni?
“Dah ketuk secara sopan santun tak boleh nak bangun. Terpaksa la guna cara ni,” Rania membuat muka bosan.
“Mama nak apa?”
“Turun la dulu. Baru tau,”
~@~@~@~@~@~@~@~@~

Emir gigit lidah. Ni model dari Disneyland ke apa ni? Seorang gadis berambut ikal yang diikat separuh bersama cekak rambut ala ala tiara berwarna merah jambu di kepala, gaun labuh hingga ke buku lali bewarna pink bersama stoking merah jambu. Pinknyaaa! Nak kata budak kecil, tengok gaya, macam belasan tahun juga ni.
Gadis itu tersenyum melihat Emir yang baru turun dari tangga. Emir tersengih pelik memandang gadis itu dan Rania yang sedang bercakap perkara entah apa pada gadis itu dan terus meluru ke dapur.
“Ma…”
“Haaa! Baru nak bangun! Tengok jam pukul berapa! 4:30 petang tau tak?! Setakat pukul 12 tu ampun la lagi. Apa nak jadi budak ni?” Puan Sarah tergeleng-geleng sambil tangannya laju menyiapkan air untuk dihidangkan sebagai minum petang.

Emir menggaru kepala yang tidak gatal. Baru nak tanya dah kena sembur.

“Tercegat apa tu Along?! Meh ikut mama sini,”
Emir tersengih sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Sabar je la. Kaki diatur mengikuti langkah Puan Sarah ke ruang tamu. Gadis merah jambu itu duduk diam mengukir senyuman. Gadis itu murah dengan senyuman.
“Ni Isabella. Sepupu kamu yang main sama-sama masa kecil tu. Ingat?” soal Puan Sarah sambil mengarahkan Rania menuangkan air ke dalam cawan menggunakan isyarat matanya.
Rania tanpa perlu menunggu terus menuangkan air dari dalam teko ke dalam cawan yang dibawa oleh Puan Sarah dari dapur.
Emir berkerut-kerut keningnya cuba mengingati siapakah gadis di hadapannya itu.

“Ma, Along tu dah diserang virus pelupa tu,” sindir Rania. Air dihulurkan kepada Puan Sarah dan Isabella.
“Ish, diamlah Rania!” marah Emir. Orang tengah nak mengingat ni. Bising pula!

Topi dari kepala gadis itu dicapai.

“Weh Bell! Cepat lah!” panggil Emir dari jauh.
“Weh, bak lah topi aku!” Bell berlari-lari anak mengejar Emir yang sudah jauh ke hadapan.
“Kejar lah sampai dapat!”cabar Emir.
Bell berlari laju. Tanpa sedar, kakinya tersadung batu yang agak besar di tengah padang rumput itu.
“Arghh!” jeritan Bell itu membuatkan Emir menoleh ke belakang. Bell sudah terjatuh dan dahinya berkerut menahan sakit.
Emir berpatah balik menuju ke arah Bell.
Darah mengalir di lutut Bell. Bell jatuh di atas batu-batu yang berteraburan di atas padang rumput itu.
“Macam mana boleh jatuh ni, Bell?” soal Emir. Darah yang mengalir dipandang kosong. Nak kena buat apa ni?
Bell menarik topinya yang berada di tangan Emir dan membalingnya ke arah muka lelaki itu.
“Dah nak jatuh. Nak buat macam mana!” Bell menjawab geram. Nak kata kurang bijak sangat, soalan Emir tu, tak lah jugak.
Emir tarik sengih, “Ni nak kena buat apa ni?”
Bell menarik nafas bosan.
“Kau ni, cuba la jadi sweet macam prince prince dalam storybook tu sikit. Angkat bawa balik rumah ke apa ke?”
“Kau ni, nampak kasar. Tapi layan cerita fairytale macam tu,”
“Biarlah. Dah, tolonglah aku bangun,”
Emir tidak bertanya banyak. Tangan Bell ditarik dan dipapah gadis seusianya itu pulang ke rumah.

“Along!” suaranya dikuatkan sedikit. Along ni berangan apa sampai orang hulur air dekat seminit dibuat bodoh je.
Emir tersedar dari lamunannya.
“Bell?” nama itu terkeluar sendiri dari mulutnya.
Gadis di hadapannya itu tersenyum manis.
“Bell? Serious Bell?” soal Emir tidak percaya. Apa jadi dengan budak yang ala ala tomboy 8 tahun dulu? Jadi budak Disney pula ke?
“Bella,” jawabnya.
“Bella?” terangkat kening Emir mendengar jawapan gadis itu.
“Isabella. Bella.”
“Tapi Bell…”
“Dah besar, jadi Bella,”
“Along! Orang kata Bella tu Bella la,” pintas Rania. Mula-mula tak percaya juga Kak Bell yang kasar dulu berubah jadi Kak Bella yang err… lain? Nak kata tak matang, tak juga.. kot?
“Dah ingat dah?” soal Puan Sarah.
Emir mengangguk laju.
“Good. Dia akan tinggal dengan kita a few days,”
“Err, okay?”
“Bawa dia jalan-jalan hari ni,” Arahan Puan Sarah kedengaran jelas tetapi samar-samar. Berkerut kening Emir dibuatnya.
“Nak bawa naik apa? Mana ada lessen kereta?” jangan mama suruh angkut naik skuter dah la. Macam mana la gaya nak bawa budak pakai gaun ni naik skuter?
“Aikk, teksi banyak,” kata Puan Sarah mudah.

~@~@~@~@~@~@~@~

Rania diangkut sekali sebagai peneman. Hilang topik perbualan bersama gadis di sebelahnya itu. Orang lalu lalang menoleh beberapa kali. Rasanya kalau dia yang terpandang gadis serba pink bersama cekak rambut ala-ala tiara tu pun akan toleh dua kali. Tapi dah gadis itu bersamanya, buat selamba dah la.

Rania yang sedang rancak berbual bersama Bella dibiarkan hanyut bersama topic perbualan mereka. Perempuan.
“Weh Emir!” sapa seorang remaja yang lebih kurang seusianya.
“Adam,” balas Emir tanpa nada. Terserempak dengan budak hot pulak dah! Ish!
“Siapa tu?” Adam memandang Bella atas ke bawah.
“Cousin,” Emir menjawab sepatah. Malasnya nak explain panjang-panjang dekat budak ni. Bukan boleh percaya. Kasanova.
“Adam,” Adam memperkenalkan dirinya kepada Bella yang hanya tunduk memandang lantai.
“Bella,”
“Nice outfit,” sinis.
“Thanks,”
“Gerak dulu, bro,” pintas Emir sambil bersalaman gaya remaja sekarang. Bukan salam biasa.

Emir berjalan pantas meninggalkan Adam yang masih belum berhenti memandang Bella.

~@~@~@~@~@~@~@~@~

“Berapa lama tinggal sini?” soal Emir yang baru tiba di halaman rumahnya. Bella yang duduk di tepi kolam renang merendamkan kaki dan melayan perasaan menoleh.
“Tak tau lagi,”
“Mak Lang dengan Pak Lang pergi mana?”
“Honeymoon for the 20th time,” Bella tergelak kecil mengenangkan ibu dan ayahnya yang akan berbulan madu hampir setiap kali ulangtahun perkahwinan mereka dan dia dan kakaknya akan tinggal di rumah. Tapi bukan sebab ibu dengan ayah honeymoon aku ada dekat sini. Selama ni pun memang aku akan tinggal dekat rumah je.
Emir tersenyum tepi. Memang hampir setiap tahun Mak Lang dan Pak Lang pergi honeymoon. Tapi, tidak pernah pun Bella menumpang di rumahnya kerana Mak Lang dan Pak Lang tiada di rumah.
“Kau okay?” Emir melabuhkan punggungnya di sebelah Bella dan memasukkan kakinya ke dalam air.
Bella angkat bahu. Tidak terasa mahu menjawab soalan Emir.
“Macam orang putus cinta je?” usik Emir bersama senyuman nakal.
Bella tersenyum hambar. Air mata cuba ditahan. Namun dia tak kuat. Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi. Kepala didongakkan memandang bulan penuh yang terang di langit malam.
Emir kaget. Ah sudah! Nangis pula budak ni. Apa aku nak buat ni? Takkan nak panggil Rania? Ish! Emir, apa kau buat? Kenapa dia nangis? Emir akhirnya mengambil keputusan untuk berdiam diri.
“Aku ingat dia lain,” Bella berkata perlahan.
Emir masih diam. Tidak tahu ingin membalas apa. Dia bukan doctor cinta seperti Rania.
“Aku bodoh percaya cakap dia. Mungkin betul, bila bercinta, kita rasa kita hidup dalam fairytale. Finally, reality is better than dreams,”
Diam. Tiada siapa yang bersuara. Masing-masing melayan perasaan.
“Aku tau, orang pandang aku pelik. Macam budak tak matang. Macam model dari Disneyland. Tapi ni cara aku lupakan benda yang aku tak nak ingat. Hidup dalam fairytale. Dalam mimpi,”
Emir tersenyum tepi. Ingatkan aku je rasa dia macam model dari Disneyland.
“Cari cinta bukan macam cerita Cinderella. Tercicir barang, putera raja jumpa, pulangkan jatuh cinta. Macam Snow White pun bukan. Makan apple beracun, putera datang tolong, live happily ever after. Masing-masing ada cerita cinta sendiri. Hidup kita bukan fairytale macam dalam cerita-cerita yang kita baca masa kecil dulu. Life is a lot tougher than that,” tanpa sedar Emir menuturkan. Dia sendiri tidak tahu macam mana ayat ini muncul dalam benaknya dan terus keluar melalui kata-kata.

Bella tersenyum hambar. Betul apa yang dikatakan oleh Emir. Life is a lot tougher than that.
“Aku tau kau kuat,” Emir mencuba membakar semangat Bella yang kelihatan sudah hilang itu. Kerana cinta. Apa je yang budak sekolah menengah faham tentang cinta?
“Aku tak rasa macam aku kuat,” masih ada getar di suara Bella yang sedaya upaya menahan tangis.
“You know, break up buat kita jadi lagi matang and wiser. Take it as a lesson so we won’t repeat the same mistake again,” haaa, hentam je la apa-apa yang sesuai. Aku bukan Doktor Cinta. Rania, tolong Along!
“I wish I can. But entah,”
“Stop saying ‘I wish’ and start saying ‘I will’ ,” tegas Emir.
Bella tersenyum, “Thanks Emir,”
“You’re most welcome, Isabella,”
“Ingatkan dah tak ingat nama aku,”
“Maunya tak ingat. Childhood friend aku. Aku ingat lagi masa kau jatuh and aku cakap….”
“Nampak kasar tapi layan fairytale,” pintas Bella.
Mereka berdua tergelak kecil.
“Masa kecil best kan. Tak payah fikir apa-apa. The only reason we cry sebab tak dapat gula-gula or mainan or yang seangkatan dengannya.
“Sorry but I don’t cry sebab tak dapat sweets,” Emir mengangkat kening bangga. Dia bukan jenis yang akan meraung bila tak dapat apa-apa. Mogok je paling kuat.
Bella tergelak kecil.
“May I know, who’s that guy?” soal Emir tiba-tiba. Hatinya tiba-tiba terasa melonjak ingin tahu siapa lelaki yang mematahkan hati sepupunya itu.
“Adam,”
“Adam?” Kasanova tu?
“Yang kita jumpa hari tu masa first day aku dekat sini,”
“Mana kau kenal dia?”
“Facebook. Tapi dah pernah terserempak beberapa kali dekat luar. Masa konon-konon tengah in love dengan aku, ada perempuan wall post dia. I love you segala,”
“Kasanova,”
Bella tersenyum tepi. Kasanova, betullah tu.

~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~

Ish Rania ni. Kek lah, cheese tart lah. Ada je yang dia teringin nak makan. Dari jauh kelihatan seorang lelaki dan perempuan sedang berjalan berpelukan. Adam.
Tanpa berfikir panjang, Emir terus meluru ke arah Adam dan gadis itu. Lengan Adam ditarik kasar. Laju jari yang sudah digenggam kuat hinggap di muka Adam. Gadis di sebelahnya terjerit.
“That’s for breaking my cousin’s heart,” Adam yang jatuh terduduk dan mata-mata yang memandang dibuat tak endah. Laju meninggalkan Adam di situ.
Skuter dipandu laju meninggalkan pusat membeli belah itu. Hatinya jadi panas apabila terpandang Adam bersama gadis lain. Bukan dia tidak tahu Adam kasanova, tapi apabila melibatkan ahli keluarganya, marahnya menjadi membuak-buak dan tidak terkawal.
Lampu isyarat merah dilanggar dan perkara terakhir yang didengar dan dilihat adalah bunyi hon yang panjang dan kereta yang meluncur laju ke arahnya.

~@~@~@~@~@~@~@~@~

Mata dibuka perlahan. Kepala terasa sakit. Tangannya terasa seperti ditindih sesuatu. Kepalanya digerakkan perlahan memandang ‘sesuatu’ itu. Rania. Dia tersenyum kecil.
Kelihatan seperti kelibat yang bergerak keluar melalui pintu bilik di hospital itu. Emir mengecilkan matanya untuk melihat dengan jelas namun kelibat itu sudah tidak kelihatan.
Beberapa saat kemudian, seorang jururawat dan seorang doctor datang diikuti kelibat yang dilihatnya tadi, Bella. Rania sudah mengangkat kepalanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Emir yang memandang.
“He’s stable,” pendek doctor itu berkata dan melemparkan senyuman pada Rania dan Bella sebelum keluar daripada bilik itu bersama jururawat tadi.
“Along, apa jadi?”soal Rania pantas.
Emir angkat bahu. Ish budak ni, orang baru sedar tanya apa jadi. Bukan aku ke patut tanya?
“You’re unconscious for a week,” kata Bella yang tadinya berdiam diri.
Emir tarik nafas. Masih terbayang wajah Adam yang jatuh terduduk setelah ditumbuk olehnya.
“Aku dengar kau tumbuk Adam,”
Emir mengangguk perlahan.
“Thank you,”
“For?” tersekat-sekat suara Emir menuturkan. Dah seminggu tak bercakap dan baru sedar, beginilah gayanya.
“Tumbuk dia. Dah lama aku nak buat tapi tak berani,” Bella tersengih.
Emir memandang Bella atas ke bawah. Bukan macam model dari Disneyland yang tak matang lagi. She change, for good.
Emir mengukir senyum.


~@~@~@~@~@~@~@~@~
2 tahun kemudian…

“Akak bila balik sini?” Rania menyoal manja. Sejak Along kemalangan dulu, Bella dan Rania semakin rapat.
“Lepas habis study,” Bella tersenyum manis.
“Emir, thank you so much for everything,”
“Well,” Emir angkat bahu sambil tersengih.
“I’ll find my real love nanti,” Bella seakan-akan berazam.
“Mat saleh?” Emir mengusik dengan kening yang terangkat dan senyuman nakal.
“Tak. Saje cakap,”
Mereka tergelak.
Rania memeluk Bella erat seakan tidak mahu melepaskan Bella pergi menyambung pelajarannya.
“I’ll see you in a few years,” kata Emir.
“Yups,” Bella semakin menjauh dan akhirnya hilang dari pandangan.

“Makan jom!” ajak Emir. Lapar pula.
“Along belanja okay la,” Memang dah lapar ni. Along belanja memang cantik lah.
Emir hanya diam tidak menjawab. Kata orang diam tanda setuju.
Tanpa sedar seorang gadis yang kelihatan tergesa-gesa terlanggar bahu Emir dan sekeping gambar terjatuh namun dia tidak menyedarinya terus meninggalkan Emir dengan kata maaf tadi. Emir tunduk mengutip gambar itu. Seorang gadis kecil duduk di atas buaian dengan senyuman memandang kamera.




8 tahun kemudian….

“Apa lambat sangat pengantin nak masuk?” Emir sudah membebel. Kamera DSLR yang tergantung di leher dipegang kejap.
“Ish Along, cuba sabar,” Rania sudah bosan mendengar bebelan Alongnya.
“Dah masuk,” kata Emir sambil tersenyum puas.
“Cantiknya,” puji Rania.
Bella sedang berjalan di atas karpet merah di hotel itu menuju ke arah pelamin bersama suaminya. Teman hidupnya. Terasa hari ini seperti hidup dalam mimpi. Fairytale. Tidak pernah terbayang hari yang sebegini indah dalam hidupnya.
Bella dah jumpa cinta dia. Betul, nak jumpa cinta ni, bukan macam cerita Cinderella atau Snow White. Semua orang menulis cerita cintanya sendiri. Dan cerita cinta itu adalah salah satu daripada kenangan yang terindah dalam hidup.

Emir mengundur beberapa tapak ke belakang untuk mendapatkan angle yang sesuai untuk mengambil gambar. Namun terasa badannya terlanggar sesuatu.
“Eh, sorry,” spontan Emir meminta maaf dan berpusing melihat siapa yang dilanggarnya.
“Tak apa,”balas wanita itu lembut.
“Eh awak?” soal Emir terkejut.
Wanita itu pelik dengan tingkah laku Emir.
“Kita kenal ke?” soalnya pelik.
Emir mengeluarkan walletnya dari poket seluar dan menghulurkan sekeping gambar pada wanita di hadapannya itu.
“Eh mana awak jumpa? Saya hilang gambar ni a few years ago,” kata wanita itu gembira apabila gambar itu bertukar tangan. Seorang gadis kecil duduk di atas buaian dengan senyuman memandang kamera.
“Awak terlanggar saya dekat KLIA dan gambar ni tercicir. Tak pernah terfikir pun akan jumpa tuan punya gambar sekarang,” gadis yang buat hati saya tak tentu arah dengan hanya merenung gambarnya ketika kecil. Namun ayat itu hanya disambung dalam hati.
“Saya pun tak terfikir akan jumpa balik gambar ni,” katanya sambil tersenyum manis.
“Emir Danial,” Emir memperkenalkan dirinya. Today was a fairytale.
“Liyana,”
Mereka berbalas senyuman.

Betullah, kadang-kadang, jodoh kita tu kita dah pernah jumpa, pernah tengok walaupun sekali imbas tapi tak pernah tau dia tercipta untuk kita setelah tiba masanya.
Sometimes, fairytale do exists 


Tamat.
6:48 p.m.
Ahad, 5 Jun 2011.


Hai, Assalammualaikum :)
Hope semua suka cerpen di atas (cehh xD)
Okay berjaya jugak akhirnya siapkan satu cerpen before this week end :3
Tulis cerpen ni rasa macam main tulis je.
Haha macam tak berapa nak ada point sangat.
Haha so harap semua yang baca akan tinggalkan comment okay? :)
Thank you so much <3

Lots of loves,
AddinaEzlia :)


p/s : masa tulis cerita ni, dengar lagu Today Was A Fairytale by Taylor Swift hihi :3
p/s 2 : kalau suka, tekan button like bawah ni ehh hihi thanks :)


2 comments:

Anonymous said...

son dernier blog jetez un œil ici lire ici réplique dolabuy ma réponse Chloe Dolabuy

thelli said...

redirected here replica bags china view it now More about the author browse this site click to read