Sunday, April 17, 2011
Never Let You Go
Tittle : Never Let You Go
“Kejar lah Kiki tu! Dah makin jauh dah,” Ari berkata kuat menyuruh Ammar mengejar kucing yang membawa lari teddy bearnya.
“Ammar tengah kejar la ni!” Ammar melaung sambil kakinya laju mengejar kucing yang bewarna putih itu.
Kiki berdiri di sebelah parit dengan teddy bear milik Ari di mulutnya. Seolah-olah mengugut akan membuang teddy bear itu sekiranya Ammar datang menghampiri.
Ammar berdiri static sambil tangannya membuat tanda berhenti pada kucing itu. Haihh, mati lah aku kalau Si Kiki ni lepaskan teddy bear tu. Mau menangis tujuh hari tujuh malam si Ari ni.
Ari berdiri di sebelah Ammar memandang kucing itu sambil matanya sudah bertakung air. Teddy bear kesayangannya berkemungkinan besar akan mandi parit hari ini.
Ammar melangkah perlahan-lahan dari arah belakang kucing itu. Badan kucing itu dipegang dan tidak semena-mena teddy bear itu jatuh di dalam parit yang berlumpur itu. Ammar terkesima. Mati aku.
Ari ternganga. My babyyy.
“Ammar Taqiuddin!!!!!!”
~@~@~@~@~@~@~
“Ammar bukan sengaja nak jatuhkan,” pujuk Ammar lembut. Dia turut terjun ke dalam parit untuk mengambil teddy bear yang jatuh itu.
“Kalau Ammar tak pegang kucing tu, baby mesti tak jatuh,” ujar Ari sebak. Air mata berjuraian jatuh dari kelopak matanya. Teddy bear yang sudah berubah warna itu dipandang sayu.
Ammar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Budak perempuan umur 9 tahun memang macam ni ke? Tengok budak lelaki, tenang je teddy bear jatuh. Erk? Memang la tenang. Aku teddy bear pun takde.
“Nanti Ammar belikan Ari teddy bear baru eh?” Ammar masih tidak berhenti memujuk.
“Janji?” soal gadis itu seraya menghulurkan jari kelingkingnya.
Ammar melingkarkan jarinya ke jari Ari.
“Janji,”
~@~@~@~@~@~@~@~
Bekal makanan dipegang. Rambut yang menutupi dahi di selit belakang telinga. Rambutnya yang diikat satu gaya ponytail sengaja digoyangkan sambil berjalan.
Kelihatan Ammar sedang duduk bersama rakan-rakannya di bawah pokok yang rendang sambil berbual. Selang beberapa minit, mereka tergelak.
“Hai!” tegur Ari.
Kawan-kawan Ammar berpandangan lalu tergelak. Dahi Ari berkerut.
“Weh, aku rehat dengan Ari eh,” kata Ammar seraya bangun dan mengibas belakang seluarnya.
“Takkan nak rehat dengan perempuan weh? Jatuh la standard,” kata Hazim, salah seorang dari rakan Ammar.
“Kesian dia sorang,” jawab Ammar senada. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
“Kejap kejap,” Hazim bangun dari duduknya dan berdiri beberapa inci di hadapan Ari.
Jari telunjuknya dihalakan ke bahu Ari dan ditolaknya agak kuat. Ari jatuh terduduk.
“Lembik!” kata Hazim dan mereka tergelak. Pandangan Ammar tajam menikam Hazim.
“Kau kenapa?” soal Ammar kasar.
“Eh marah?” soalan dibalas soalan.
Ammar mencekak kolar baju Hazim.
“Kau, jangan kacau dia!” marah Ammar.
“Weh, relax lah!”
“Kau faham ke tak?!”
“Ye okay! Aku tak kacau dia!”Hazim menyerah kalah. Pandangan mata Ammar sahaja sudah cukup menggentarkannnya.
“Ari, jom!” tangan Ari ditarik membantu Ari berdiri. Pinafore biru tua yang sudah agak comot itu ditepuk untuk menghilangkan debu. Tangan Ari ditarik membawa Ari ke tempat lain.
~@~@~@~@~@~@~@~
3 tahun kemudian…
“Eh, tak pernah nampak pun kan budak tu?” soal Ammar kepada Ari. Ari memandang ke arah yang sama. Budak perempuan berambut paras bahu. Penampilannya nampak kasar walaupun memakai baju kurung sekolah.
“Budak baru. Sama kelas Ari,” kata Ari. Pandangannya dialihkan.
“Nama?”
“Liy,”
“Liy?!”
“Dia nak orang panggil dia Liy. Full name, Liyana Aqilah,”
“Too bad. Liyana Aqilah is cute,” kata Ammar tersengih memandang Ari. Ari mengangkat bahu.
“Ariana Anisa comel apa?” kata Ari tersenyum comel. Ammar mencebik. Dah kenal sangat dah dengan perempuan ni.
~@~@~@~@~@~@~
“Aduh, macam mana lah aku boleh lambat ni?” tali leher diikat sambil berlari. Nasib baik aku dah pro dari darjah 2. Pelajar darjah 5 ini berlari laju ke arah tapak perhimpunan. Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan muncul di hadapan mata baru keluar daripada kelas. Tidak sempat break kecemasan, Ammar terlanggar bahu pelajar itu setelah cuba mengubah arah lariannya sebentar tadi.
“Ouchh!” perempuan itu memegang bahunya yang sakit. Matanya memandang Ammar dengan pandangan marah.
“Sorry! Serious sorry. Nak cepat. Err, Liyana Aqilah kan?” soal Ammar gelabah.
“Ehem! Liy,” jawabnya pendek.
“Sorry. Nanti petang kau tuntut ais krim ehh. Aku belanja,” kata Ammar dan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga di situ.
~@~@~@~@~@~
“Err, kauu!” jerit Liy. Ah! Bantai je la. Nama dia pun aku tak tau apa.
Ammar dan Ari menoleh hampir serentak. Ari memandang dengan sebelah kening terangkat.
“Liy,” Ammar menggumam perlahan tapi mampu ditangkap oleh Ari.
“Mana dia kenal kau?” soal Ari pelik.
“Ais krim aku?” soal Liy. Aku dah pokai ni. Lagipun, dia dah janji. Ibu kata, tak baik mungkir janji.
“Err, aku nak balik ni. Nah RM5, kau beli eh,” kata Ammar. Ari masih memandang pelik.
“Okay,” Not RM5 bertukar tangan.
Liy berlalu pergi. Ari memandang Ammar dan terus menonong meninggalkan Ammar yang sudah terpinga-pinga.
‘Tak perasan ke Ammar?’ getus hati Ari.
~@~@~@~@~@~
“Ammar, petang nanti teman Ari pergi beli buku dekat pekan boleh?” soal Ari lembut. Ada benda yang perlu diberitahu kepada Ammar.
“Err, Ammar dah janji dengan Liy nak teman dia study,” kata Ammar serba salah.
“Oh, ermm, tak apa lah,” bibirnya yang kemerah-merahan itu menarik senyuman plastic.
Ari terus bergerak ingin keluar daripada pintu pagar sekolah.
“Ari, sorry,” kata Ammar.
Ari mengangguk dan terus pulang ke rumahnya.
Tiba di rumah..
Pintu bilik ditutup perlahan tidak ingin menarik perhatian ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur.
Ari menghempaskan diri di atas katil. Teddy bear di kepala katil diambil, ditenung, dan dipeluk. Tanpa sedar air matanya mengalir.
“Nanti Ammar belikan Ari teddy bear baru eh?” Ammar masih tidak berhenti memujuk.
“Janji?” soal gadis itu seraya menghulurkan jari kelingkingnya.
Ammar melingkarkan jarinya ke jari Ari.
“Janji,”
Ammar mengotakan janjinya 3 tahun dahulu. Teddy bear yang dijanjikan diberikan kepada Ari. Ari gembira tidak terkata.
Gambarnya bersama Ammar yang diambil oleh ibunya terletak elok di atas meja belajar dipandang dan dia tersenyum dalam tangisan.
~@~@~@~@~@~@~@~@~
“Kau dah tak lepak dengan Ari ke?” soal Liy kepada Ammar.
Ammar yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran mengangkat muka.
“Lepak je,” jawab Ammar pendek.
“Dia nak pindah mana?”soal Liy.
“Pindah mana apa?” soalan berbalas soalan.
“Ari nak pindah,”
“Dia tak cakap pun?” nada suaranya berubah.
Liy mengangkat bahu.
“Bila last day dia?”soal Ammar.
“Rasanya hari ni. Sebab tadi cikgu pun macam asyik panggil dia je nak ambil fail semua,”
Ammar tergamam.
Semua buku-buku yang bersepah di atas meja di kemas dan disumbat ke dalam beg. Tanpa menghiraukan kekemasannya.
“Aku balik dulu,” kata Ammar dan meninggalkan Liy yang terpinga-pinga.
Kakinya laju menuju ke tempat parkir basikal yang menempatkan basikalnya. Kunci dibuka pantas dan terus menunggangnya laju ke rumah Ari.
“Assalammualaikum! Ari! Ari!” laungnya dari jauh.
“Ari! Ariana Anisa!”
“Waalaikummussalam. Ha! Ammar. Ada apa ni?” soal Puan Arisa. Ibu kepada Ari.
“Ari ada tak,bu?” Panggilan ibu digunakan kerana mereka memang sudah kenal daripada kecil lagi.
“Ari pergi pekan dengan ayah,” kata Puan Arisa.
“Betul ke ibu nak pindah?”soal Ammar. Nafasnya turun naik. Penat menunggang basikal dengan laju untuk sampai ke sini.
“A’ah. Esok, adik ibu yang dari KL tu ambil Ari dulu. Sebab barang banyak lagi tak angkat. Takut tak muat kereta kalau Ari gerak Ahad,” terang Puan Arisa.
“Ari tak cakap dengan Ammar pun nak pindah?” soalan Ammar bernada tidak puas hati.
“Ari pun baru tau Isnin minggu ni. Mungkin tak sempat ke agaknya nak bagitahu Ammar,” kata Puan Arisa memujuk Ammar. Dia sendiri tahu yang Ari tidak sampai hati untuk memberitahu Ammar. Rakan baiknya dari tadika lagi. Dan naluri seorang ibu jarang salah, Ari ada perasaan untuk Ammar. Namun, umurnya yang masih mentah, dia memilih untuk memendam perasaannya.
“Ammar balik la dulu,”
Ammar mengangguk lemah.
Basikal ditunggang secara perlahan. Perasaan bersalah menebal di dalam jiwa.
~@~@~@~@~@~
Ammar terjaga dari tidurnya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Kelam kabut dia bangun dari katilnya. Mulut dikumur dan muka dicuci ala kadar. Baju yang tergantung di kerusi belajar di capai dan disarung ke tubuh. Kad yang dibuat sendiri yang dihias dengan kenangannya bersama Ari dicapai
Berlari dia mencapai basikal dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya menuju ke rumah Ari.
“Ibu! Ari mana?” soal Ammar tercungap-cungap.
“Dah gerak. 30 minit yang lepas,” kata Puan Arisa. Sayu hatinya memandang Ammar. Teringat bagaimana mahu memujuk Ari pagi tadi sebelum bertolak.
“Ari,” panggil Puan Arisa lembut sambil menyentuh perlahan bahu anak gadisnya yang sedang terhinjut-hinjut menangis di pangkin.
“Ari taknak pindah,” kata Ari dalam esakkan.
“Tak boleh macam tu,sayang. Ayah kena kerja dekat KL,” pujuk Puan Arisa lembut.
“Biarlah ayah je pergi. Kita duduk la dekat sini,”
Puan Arisa tersenyum nipis mendengar kata-kata anaknya.
“Siapa nak jaga ayah dekat sana?”soal Puan Arisa.
“Ayahkan boleh jaga diri,”
“Kan tanggungjawab seorang isteri untuk jaga keperluan suaminya?” soal Puan Arisa. Walaupun anaknya baru berusia 11 tahun, nilai-nilai sebegini sudah diterapkan dalam diri Ariana Anisa.
Ari terdiam mendengar pujukan ibunya.
“Tapi…” ayat Ari dipintas oleh Puan Arisa.
“Nanti Ari rindu Ammar?” duganya.
Muka Ari bertukar kemerah-merahan. Namun, dia tetap mengangguk perlahan.
“Ammar pun mesti rindu dekat Ari. Nanti ada rezeki, jumpa ye,” pujuk Puan Arisa sambil memegang dagu Ari dan memandang terus ke anak matanya.
Air mata Ari akhirnya tumpah dalam pelukan ibunya. Teresak-esak menangis.
Ammar terduduk. Ari, maafkan Ammar.
Puan Arisa menghampiri Ammar.
Bahu Ammar dipeluk.
Ammar tersenyum nipis.
“Nanti ibu bagikan dekat Ari ye,” kata Ammar menahan tangis.
Puan Arisa tersenyum dan mengangguk.
~@~@~@~@~@~@~
14 tahun kemudian..
“Ammar, lambat lagi ke?” soal Liy. Haih, aku dah lapar ni. Mana lah mamat ni pergi?
“Ye, aku tengah marathon pergi Secret Recipe ni. Cuba sabar sikit,” Aku dah rasa macam lari pecut ni dia membebel pulak. Baik lah dia jadi kasar macam dulu, tak ada banyak membebel macam sekarang.
“Ops. Sorry miss,” kata Ammar setelah terlanggar seorang wanita yang ayu bertudung. Kertas yang dipegang oleh wanita itu jatuh ke atas lantai. Ammar cepat-cepat tunduk mengutipnya.
Ammar terdiam memandang kertas yang terjatuh itu. Lalu perlahan-lahan, senyuman manis terukir di bibir.
“Nice pictures,” pujinya.
“Thanks. My bestfriend bagi. 14 tahun dulu. Tapi dah lama, so gambar macam dah kabur sikit. Nak pergi betulkan dekat kedai gambar sana,” ramah perempuan itu menjawab. Senyuman tidak lekang dari bibir. Kenangan bersama Ammar diimbas kembali satu persatu.
“Saya pun ada bestfriend dulu. And, saya bagi dia kad sebiji macam awak pegang tu,” kata Ammar.
Senyuman pudar sedikit demi sedikit. Anak mata Ammar ditenung dalam. Ya! Mata itu tak pernah berubah. Lama-kelamaan, senyuman terukir sedikit demi sedikit.
“Ammar Taqiuddin,”
“Ariana Anisa,”
“Buat apa dekat sini?” soalan dilempar hampir serentak.
“Makan”
“Betulkan gambar ni,”
Jawapan mereka pun hampir serentak.
“Jom la join Ammar makan sekali,”
Ari tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan Ammar.
“Liy,” panggil Ammar.
Dahi Ari berkerut. Liy? Liyana Aqilah?
“Eh, siapa ni?”soal Liy. Nada suaranya seolah-olah tidak puas hati dengan kehadiran Ari.
“Eh! Saya lupa saya ada appointment dengan client. Dah lewat la. Nanti kita jumpa okay? Bye,” kata Ari dan terus berlalu pergi.
Ammar memandang Liy dan Ari silih berganti. Kakinya mula meninggalkan Liy dan terus mengejar Ari.
Liy tersenyum. I know, Ari. I know.
“Ari!” laung Ammar.
Ari berhenti namun tidak menoleh.
“Kenapa ni?” soal Ammar. Wajah Ari ditenung dalam.
“Ari dah lambat. Ada nak jumpa client,” Ari mengelak untuk bertentang mata dengan Ammar.
“I know, Ari,” kata Ammar.
“You know what?” soal Ari. Nada suaranya mendatar.
“I know you love me,” kata Ammar lagi.
“Yes, I love you. So?”
“More than just a best friend,”
Ari terdiam.
“Ibu bagitau,”
“Bila?”
“14 year ago,”
Ari tergelak kecil menutup debaran di hati.
“That was 14 years ago. I was 11. That can change,” bidas Ari.
“I know you long enough. Your heart didn’t change,”
“How can you be so sure?”
“I’m a stalker of yours. If your heart change, takkan status Facebook ‘I miss him, my best friend.’,” kata Ammar.
“I said I miss you. Not I love you,”
“And the next status is, ‘I love him. More than he knows,’” Blackberry di tangan dipamer di hadapan muka Ari. Wajah Ari membahang.
“So?” Ammar mengangkat kening.
“So what?” soal Ari.
“Kahwin jom,”
Ari membuat muka bosan menahan malu.
“Pergi jumpa ibu dengan ayah,” jawabnya.
Ammar tersenyum nakal.
“I love you,” Ammar seolah-olah membisikkan ayat cinta itu ke telinga Ari.
Ari hanya tersenyum tanpa membalas. Hatinya berbunga riang.
Liy memerhati sambil tersenyum. Kebahagian milik korang.
“Aqilah,” panggil seorang lelaki.
“Abang,” Liy menyahut. Lelaki itu merangkul pinggangnya.
“Kata tadi nak makan dengan Ammar,” suaminya berkata lembut.
“Tu,” mulutnya dimuncungkan ke arah Ammar dan Ari.
“Itu ke perempuan yang Ammar tunggu selama ni?” soal suaminya.
“Yups. Ariana Anisa,” kata Liy sambil tersenyum.
“Perfect two,”
“Macam kita,”
Dan akhirnya kedua-dua pasangan itu tergelak walaupun di tempat yang berlainan.
Tamat.
Ahad, 17 April 2011.
11:34 p.m
Hai :)
Salam.
Sorry dah lama gila tak update blog :)
So, I hope this is enough for now. ehee :D
Please leave your comment :)
Lots of love,
Addina Ezlia <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nasib baik jumpa balik! ;)
hehe..sweet ♥
nurafiqah airil : eheee. kan ? nasib baik jumpa balik ;D
thanks for reading :)
OMG dinaaaa . tk boleh ke buat cerita tu tk sweet ? hahahahaha . nangis kot bce cerita ni . hihi . nk print la . :DD
soooooo sweet!!!1st jumper citer y sempoi tp power cmnyh!
dina ... kenape 3 cerita latest hawa x dapat bace dah ??? cerita dina sgt sweet ! teruskan ! promote kat sini kalau dina keluarkan novel ... i'll sure buy it !
Post a Comment