Monday, September 27, 2010

Because of you (part 2)


Part 2......


Pantas beristighfar. Apa yang aku dah buat? Berdosa! Ya Allah, ampunilah aku.
Mana mama dengan papa? Tak datang ke? Tak fikir aku pun?
“ Qisya.” Panggilnya sekali. Tidak terkutik walau sedikit pun.
“ Qisya,”
“Hurmm” Qisya menggeliat kecil namun masih belum celik dan meneruskan lenanya.
“Qisya Sabrina!” panggilnya sedikit kuat.
“ Hurm.” Mata Qisya celik memandang Zara.
“Zara! You’re awake!”
“Quite long actually,” kata Zara sambil tersenyum segaris.
“Mama dengan papa aku tak datang?” soal Zara.
Apa aku nak jawab nie? Qisya menggaru kepala tanpa sedar.
“Ada. Tadi,” jawab Qisya jujur.
“ Lama?”
“Errr..” Qisya mengetap bibir. Apa aku nak jawab ni?
“ Lama tak?” Zara mengulang kembali soalannya.
“15 minutes lebih kurang,” jujur.
“Oh. That’s family’s love,” tutur Zara perlahan.
“ I’m here!” sahut Qisya.
“You’re not family,”
“ I’m your sister. That God didn’t give.”kata Qisya sambil tersenyum manis.
“There’re times when family are like strangers and strangers are like family,”
“ Hurm…” akhirnya Qisya terdiam. Benar apa yang Zara katakan. There are times like that.

Sampai hati mama dengan papa….. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah.


~@~@~@~@~@~@~@~@~

Zara duduk memerhati satu persatu ibu bapa datang mengambil report card ataupun keputusan anak masing-masing. Walaupun anak mendapat no last, masih tersenyum. Dalam kereta kenalah marah tu. Tapi, masih ada parents yang datang ambil. Aku ni? Parents aku entah datang entah tidak. Entah ingat entah tidak. Entah perasaan surat yang dilekat di pintu bilik mereka entah tidak. Ke…Masih sibuk bertengkar sampai tak perasan.
Qisya sudah balik. Ibunya sudah mengambil keputusannya tadi. Qisya menawarkan untuk menemankan Zara, namun Zara menolak. Novel dari dalam beg ditarik keluar. Rooftop Rant. Hasil karya Hlovate. Hadiah hari lahirnya pada bulan lepas daripada Qisya. Kisah ini seperti kisah dirinya kata Qisya.

“Cerita ni macam hidup kau. Parents dia ignore dia. Tapi, Trisy very anti- social…”
Kata- kata Qisya dipintas, “ So, kau nak cakap yang aku very social girl la eh?” soal Zara.
“Mana ada! Lain kali cut lagi aku nak cakap,” Qisya mencebik. Tak puas hati dengan tindakan Zara. Aku nak cakap tak habis, dia dah potong. Nak marah pulak.
“Heeee. Sorry. Continue, your highness,” kata Zara sambil tersengih.
“ Trisy tak ada kawan. No bestfriend. At least, you have me. Kan?” kata Qisya sambil tersengih.
“Trisy panjat rooftop. So, she met someone. Someone that truly understand her. They were in the same boat but different cabin,” kata Qisya. Kata-katanya dipetik daripada novel itu.
‘Panjat rooftop? Gila? Mana aku nak cari rooftop? Takpe laa. Nanti balik ni aku panjat bumbung rumah aku. Hehehe’ Zara bermonolog di dalam hati dan tersengih.
“ Gila ke kau? Sengih sorang- sorang.” soal Qisya mematikan lamunan Zara.
“Aih? Aku pulak gila? Mana aku nak cari rooftop and jumpa someone kat rooftop tu?”soal Zara.
“ Balik ni panjat bumbung rumah kau. Pastu nanti aku tunggu dekat situ. There! Your rooftop rant with Qisya Sabrina,” kata Qisya dan akhirnya mereka berdua tergelak.

Kenangan sebulan lepas menjengah fikiran. Qisya ingat birthday aku. Qisya je ingat. No one even remember ‘cause no one ever care. Mama dengan papa tak ingat birthday aku. My 15th birthday. Diorang tak ingat pun. But, I do remember their birthday. But, every birthday, aku letak card je la bawah pintu. Entah perasan entah tidak. Entah entah tersepak lepas tu terselit dekat mana mana.

Hari lahir Afi yang ke-4 tahun pada awal tahun ini menjengah fikiran tanpa dipinta.

Zara terjaga pagi itu kerana ketukan yang tidak berhenti di pintu biliknya. Siapa ketuk ni? Hish! Gaya macam tak pernah jumpa pintu je.
Zara bangun malas dan bergerak ke arah daun pintu dan membukanya. Wajah mama dan papanya tersembul. Dengan memegang sebiji kek dengan empat lilin yang terpacak di atasnya. Bukan birthday aku hari ni? Untuk apa pula ni?
“For me ke?” soal Zara.
“ Untuk Zara buat apa? Ni untuk Afi. Surprise untuk dia. Jom pergi bilik dia and wake him up,” kata Puan Zulaikha.
“ Kenapa nak buat surprise untuk Afi?” soal Zara.
“ Birthday dia kan hari ni,” kata Encik Afham tanpa nada.
“Masa birthday Zara tak ada pun?” soal Zara.
“ Mama dengan papa kan sibuk,” jawab Puan Zulaikha.
“Untuk Afi tak pun?” kata Zara lagi.
“Afi dah tak ada parents. Kesian dia. He should get what normal boy get,” kata Encik Afham.
“Tapi, Zara rasa macam dia yang ada parents and Zara ni yatim piatu,”kata Zara sebak. Mata dikelip-kelip menahan air mata dari tumpah.
“Zara! Jangan spoil mood boleh tak?!” soal Encik Afham dan Puan Zulaikha hampir serentak.


Lamunan Zara mati apabila bahunya dicuit. Air mata yang jatuh di pipi dikesat.
“ Are you okay?” soal Milia. Rakan sekelasnya.
Zara hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Strangers pun kisah. Kenapa family tak?

Muka ditundukkan ke novel. Dibacanya penuh tekun.

Sejam kemudian, kepala diangkat mencari sesiapa yang dikenali untuk mengambil buku laporan. Ternampak satu wajah yang dikenalinya. Tetapi, bukan Puan Zulaikha mahupun Encik Afham. Pakcik Aiman! Pemandunya. Lelaki itu memandangnya dan tersenyum sambil mengangkat tangan. Zara hanya tersenyum dan mengangguk. Itukah bapanya? Itukah keluarganya? Mana mama? Mana papa? Air mata yang ingin tumpah buat kesekian kalinya ditahan. Mata dihalakan ke novel semula. Airmatanya menitis dan membasahi mukasurat novel itu.

~@~@~@~@~@~@~@~@~



To be continuee...

p/s : I don't know whether this is novel or short stories. Sorry. Happy reading.:)

2 comments:

Anonymous said...

bestlah novel nih.. cedih aku baca, nak nangis lak rasa. huaa...
mencengkam hati lorh..

SomeoneWhoLoveYourStory~~

Little Writer said...

anony : thanks..:)