Episode 2....(:
3
Qaisara dan Qalesya berjalan tenang ke arah koperasi di belakang block A. Banyak mata yang memandang ke arah mereka. Ada yang sinis, yang kosong, yang manis. Macam astro, macam-macam ada.
“Apalah orang pandang pelik? Kita bukannya alien,” ghaaa.Ni yang aku tak nak bagitau pasal ‘tengku’ ni. Ni la jadinya.
Qaisara membuat muka bosan kepada Qalesya.
“Stop being lame.Dah ada ‘tengku’ siapa tak nak pandang?” kata Qaisara senada.
Qalesya memutarkan bebola matanya.Aaa.Bosannya. Tak habis habis dengan pangkat.
4
Tigatahunkemudian..
Kolej Tengku Kirana dipenuhi dengan pelajar Tingkatan 4 yang baru mendaftar pada hari pertama bukanya kolej itu.
Ini adalah tahun kedua kolej ini ditubuhkan. Dan, mereka yang mendaftar hari ini adalah batch yang kedua.
Tempat utama yang dituju pada hari ini selepas pendaftaran oleh para pelajar adalah blok aspuri dan blok aspura. Masing-masing berpusu-pusu mencari bilik yang bakal diduki mereka.
Bilik I201 sudah ada tiga penghuni. Masih terdapat satu katil kosong yang belum di isi.
“Kau masak sendiri ke Fara?” soal gadis berkulit hitam manis yang sedang menyudu nasi goreng dari mangkuk milik Fara.
“Sendiri la,”jawab Fara dengan bangga. Haih. Sekali sekala aku nak mengembangkan diri. Tak salah. Bak kata pepatah yang aku buat sendiri, ‘Don’t be too humble at times,’ Bijaknya la pepatah aku.
“Aku nak resipi!Cepat cepat!Sedap!” puji gadis kecil molek berkulit cerah.
“Dia bagi sekarang pun.Bukan boleh masak dekat sini. No use plus wasting time!” tokok gadis hitam manis itu pantas.
Pintu dibuka perlahan. Satu wajah tersembul sambil tersenyum manis. Berkulit kuning langsat dengan mata yang bundar.
“Ermm.Assalammualaikum,” salam yang diberi dijawab perlahan oleh penghuni bilik I201.
“Mana katil yang kosong?” Soal gadis itu lagi apabila melihat semua katil kosong kerana semua beg pakaian hanya dibiarkan berterabur di atas lantai.
“Yang atas tu kosong lagi,”balas gadis berkulit hitam manis itu.
Gadis itu tersenyum lagi.
“Nama kau siapa?” gadis berkulit hitam manis itu menyoal. Dude.Tak salah lah jadi peramah. Dapat ramai kawan.Kan kan kan?
“Qalesya.Mia Qalesya.”jawabnya.
“Aku Elana Nur Ilya.Panggil Lana je.” Gadis hitam manis itu memperkenalkan dirinya.
Lana pantas menyiku Fara disebelahnya.
“Fara.Fara Hanna,” jawab gadis tuan empunya mangkuk nasi goreng.
“Amy. Elly Emiera,” gadis kecil molek itu menjawab.
“Nice to meet all of you,” balas Qalesya. This is the new chapter of my life!
5
“Awwww.Comelnya!” Qalesya membaca komik Gempak Starz dengan perasaan yang teruja.
“Dude.Agak-agak la. Aku tak nak mengaku kawan karang buat gaya orang tak betul baca komik tu,” Lana menegur sambil matanya meliar ke seluruh perpustakaan.
Ya! Inilah kebaikkan memilih Kolej Tengku Kirana sebagai sekolah pilihan. Komik pun ada dalam perpustakaan.Sekolah lain ada? Heh!Nak bawa masuk komik dalam kawasan sekolah pun kena seludup. Inikan pula dalam perpustakaan. Ye tak?
“Ala. Aku kisah apa orang pandang? Scene dia comel sangat. Tak boleh control.Heee.” Sengih lebar ditarik.
Lana menjeling syiling membuat muka bosan. Ni la dia kalau orang jarang baca komik,baca komik. Jakun tak kena tempat.
“ EH! Qalesya! Buat apa dekat sini?” Seorang gadis datang menegur di meja Qalesya dan Lana.
Berkerut kening Lana memikirkan kaitan gadis ini dengan Qalesya. Bukan dia tak kenal gadis di sebelah Qalesya itu. Top habis! Cun pula tu.
“ Sara. Dalam library, baca buku la,” jawab Qalesya senada.Bosan!
“Who knows if you….”ayat Sara tergantung apabila dipintas sendiri oleh Qalesya.
“Cerita lama,Sara. Drop that subject,” nada Qalesya masih sama.
“Whatever! Girls, come on!” Sara mula bergerak ke bahagian belakang library bersama ‘clique’nya.
“Apa. Kena mengena Sara dengan kau?” soal Lana.
“Nothing,”jawab Qalesya pendek tanda tidak mahu disoal lebih lanjut.
Lana diam. Akur dengan keputusan Qalesya yang seperti sudah tiada talian hayat lagi.
Kenangan lama yang cuba disampaikan oleh Sara bermain kembali di fikiran.
“Cha!Cha nak buat apa ni?”Qaisara menyoal perlahan.
“Haih. Diam la.”arah Qalesya tegas.
“Perlu ke buat benda ni?”
“Kak! Diam la. Orang tengah semangat ni. Untuk kebaikkan budak kelas kita juga ni,” jawab Qalesya.
Sepit rambut di tangan di godek di dalam tombol pintu untuk membuka kunci yang sudah dikunci dari dalam.Cara ini dipelajari dari dalam filem orang putih dan dipraktis di rumah untuk kegunaan kecemasan seperti ini.
Selepas tamat waktu sekolah, Qaisara dan Qalesya sudah berpakat dengan ahli kelas 1 Ambitious yang lain untuk mengambil semula buku latihan matematik yang sudah dihantar kepada Puan Zakiah. Buku latihan yang dihantar sememangnya tidak lengkap. Disebabkan hal buku tidak lengkap, mereka sepakat untuk mengambil semula buku itu dan menyiapkannya sebelum Puan Zakiah kononnya terlupa yang beliau belum lagi mengutip buku latihan matematik itu.
Peluh mula merecik di dahi Qalesya. Adoi, panasnya! Tak boleh pasang kipas ke? Haih!Mana boleh! Kantoi la nanti.Hailoh hailoh, sendiri tanya sendiri jawab.Pintu ni sengal tak boleh buka pula kunci dia.
Oh yes! Heaven! Boleh buka dah kunci dia! Aku boleh jadi spy macam ni! Boleh menyelinap. Nanti aku hantar proposal dekat papa cakap aku nak jadi spy.Reaksi dia? Dah boleh agak dah. Qalesya, jangan nak tempah bala.
Buku latihan matematik di atas meja Puan Zakiah di dalam bilik kerja perpustakaan diambil separuh.Qaisara disebelah mengambil lagi separuh untuk membantu adik kembarnya.
Perlahan-lahan mereka berdua keluar terjengket-jengket gaya pencuri. Punat kunci di bahagian dalam bilik ditekan sebelum mereka berdua keluar dan menarik pintu itu. Tadaaa.Dah terkunci balik! HAHA.
“Kau apasal sengih sorang-sorang?” tegur Fara sambil menepuk bahu Qalesya yang kelihatan tersengih macam kerang wangi.
“Oh mak kau masak kerang!” latah Qalesya. Laju tangannya menekup mulut.
“Hahahaha,”pecah tawa Lana, Fara dan Amy.
Fara dan Amy baru saja sampai. Tadi mereka menghadiri ceramah di surau. Qalesya dan Lana? Ponteng ceramah.Ghaaa.Budak baru yang sangat nakal.
“Hai. Ada tempat kosong tak?” soal satu suara yang tiba-tiba muncul.
Bersambunggg.....
Teka la siapa pemilik suara yang tiba tiba muncul tu.(:
Happy reading.
Love,
Dina..
p/s :- novel ni still macam takde sambutan.Kalau sampai sudah takde sambutan, taknak sambung la.sedih je tulis takde pembaca.ahaks.:(
10 comments:
Haha,
sampai adekan nak jadi spy pun ade.
:P
dudeee. Best gileee. But, a bit cam tunas lah. Dont care that much. Keep it up baby!
best.best.
sambung eh :)
Farahani :- tu laa.ish2.haha.
miza :- mcm tunas? hurm. well, ape yg dlm novel tunas tuh, mmg familiar dkt budak yg duduk asrama.as far as i know laa.hehe. aku tak khatam lagi novel tuh.c(:
thanks dear.(:
anony :- thanks.(: dlm proses.(:
ohh adalah org yg minat just x nk ckp je kut.. :P.. anyway thumbs up!
anony :- maybe laaa. hee.thanks yaww.(:
nice...cpt2 wt smbgan ya...jgn t'gntung lgy eh huhuhu
white lilly : okay.insyaAllah. tq.(:
Boleh tahan! Teruskan! lebih manis kalau bungakan lagi bahasa yang digunakan ya. Tapi jangan terlebih bunga pula. Bagi rasa keindahan bahasa melayu :-) :-) :-)
Noraz :- terima kasih. okay. akan cuba diperbaiki.(:
Post a Comment