Episode 1...(:
Tittle : Ceritera Puteri Kembar
1
Sesekali terdengar hilai tawa pelajar Tadika Seri Pelangi bergema di taman permainan itu. Taman permainan yang dikhaskan untuk pelajar di tadika itu sahaja.Waktu rehat, selepas makan, semua pelajar dibenarkan bermain. Ada yang menangis. Ada yang bergelak ketawa, yang menjerit dan pelbagai lagi kerenah pelajar tadika di situ.
“ Hahaha.Nama kau ada tengku! Macam orang tua. Lapuk oww.” Seorang pelajar lelaki yang berusia 6 tahun berkata. Tak padan dengan baru 6 tahun. Mengutuk orang tak habis. Haish.
“Biarlah! Awak jealous ke nama kami berdua ada tengku? Awak tiada?” pelajar perempuan yang rambutnya diikat separuh dengan rambut depan hampir menutupi mata berkata sambil seorang pelajar yang mengikat rambutnya ditocang satu menarik- narik gaun sekolah pelajar tadi.
“Aku? Jealous? Jangan perasan la. Aku anak Tan Sri.TAN SRI okay?” perkataan Tan Sri di hadapan nama bapanya ditekankan. Beginilah kerenah anak orang kaya tak cukup sifat. Baru enam tahun dah berlagak habis.
Tangannya pantas mencapai ikatan rambut kanak-kanak perempuan yang berdiri di belakang perempuan yang melawannya. Ditarik sekuat hati sehingga gadis kecil itu jatuh terlentang lalu menangis teresak.
“Apa kau buat dekat adik aku?!”jerkah gadis berani itu sekuat hati.
…………….
2
Kringgggg.
Loceng berbunyi tanda tamatnya waktu persekolahan baru sahaja bermula.
Pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar terpinga-pinga berjalan bersama ibu bapa mereka.Termasuklah dua gadis kembar.
“Kelas apa?” soal si ibu lembut.
“ 1 Ambitious,” jawab si kembar hampir serentak.
“Tu.” Tunjuk si ayah. Si kembar mengangguk dan tersenyum ke arah kedua ibu bapa mereka dan mula berjalan masuk ke dalam kelas.
Guru kelas 1 Ambitious, Puan Wardah sudah sedia menanti dengan senyuman.
“Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Puan Wardah Ismail, guru kelas 1 Ambitious. Memandangkan ini adalah hari pertama dan kita tidak akan mula PnP (pengajaran dan pembelajaran) lagi, kita mulakan hari ini dengan pengenalan diri pelajar.Okay, pelajar di tepi pintu sana, sila kenalkan nama penuh dan nama panggilan awak,” arah Puan Wardah lembut.
“Saya Arique Firas.Panggil Arique”
“Perlu ke kita kenalkan nama penuh?” bisik si adik perlahan.
“Kenalkan. Kita tak boleh kena buli lagi. Wake up,sister!”jawab si kakak yakin dalam bisikan.
“Pelajar di hujung sana. Sila sambung,” apabila mendengar suara Puan Wardah, pantas Qaisara bangun dan menyambung.
“Saya Tengku Mia Qaisara Tengku Mohd Naufal. Panggil saya Qaisara,” Qaisara mengenalkan dirinya dengan yakin. Gadis di sebelahnya merangkap adiknya pula berdiri.
“Saya Tengku Mia Qalesya Tengku Mohd Naufal. Qalesya,” Suara Qalesya antara dengar dan tidak. Penggunaan Tengku dihadapan namanya sungguh bukan kehendaknya lagi.Dia tidak bangga mempunyai gelaran itu malah dia sedih dan kecewa.
Pelbagai insiden terjadi dengan gelaran itu.
Kelas yang tadinya senyap mula kedengaran suara-suara halus berbisik sesama sendiri.
“Ada tengku dalam kelas kita la,”
“Kembar la,”
“Cun doee,”
Qaisara tersenyum bangga orang memuji pangkatnya.Tapi, bukan Qalesya. Cukuplah sekali dulu dia mengangungkan pangkat itu.
Kenangan 7 tahun lepas kembali menjengah fikiran…
“Apa kau buat dekat adik aku?!” Jerkah gadis itu sekuat hati.
“Mia Qaisara! Mia Qalesya! Hadziq Aiman! Come here three of you!” Salah seorang guru di tadika itu memanggil mereka sekuat hati.
Qalesya yang tadinya duduk di tanah sambil memeluk lutut dan menangis bangun dibantu oleh Qaisara yang sedang menahan amarah. Hadziq hanya memasukkan tangan ke dalam poket seluar dan berjalan tenang ke arah guru it.
“Three of you, in my office now! I’m gonna call your parents. Wait in my office,”arah guru itu tegas lalu berlalu ke arah kaunter pertanyaan di tadika itu untuk mendapatkan nombor telefon pelajar-pelajar itu.
Dah la dia yang mula! Habis semua kena heret masuk office. Tunggulahh!
Qaisara menggumam sendirian.
Qalesya masih lagi menangis menahan sakit kepalanya yang ditarik oleh Hadziq sebentar tadi.
Di rumah…
“Hurm.Papa tak faham apa yang jadi dekat sekolah tadi. Explain now.Qaisara?”Tengku Naufal meminta penjelasan dari dua anak gadisnya. Isterinya, Tengku Maisara Imani hanya memandang sayu anak gadisnya.
“ Hadziq mula dulu papa. Dia….” Segala yang terjadi di tadika tadi diceritakan kepada papanya dari A sampai Z disertai oleh anggukkan mengiakan daripada Qalesya.
“Hadziq anak Tan Sri Hassan tu, memang nak kena. Baru enam tahun dah pandai buli orang. Apa nak jadi lah bila besar nanti?” Cermin mata di batang hidung dilurutkan.
“Abang, sudahlah. Budak- budak lagi. Tak matang. Nanti tahulah parents dia nak ajar macam mana,” Tengku Maisara cuba melembutkan hati suaminya dengan mengingatkan bahawa Hadziq masih kecil.
“Budak-budak lah kena ajar,Mai. Dah besar, susah nak bentuk,” Tengku Naufal masih dengan egonya.
Akhirnya, mereka semua hanya berdiam diri.
“Qalesya!Fikir apa lagi? Jom lah cepat!” ajak Qaisara sambil tangannya mula mengeluarkan sebuah buku nota kosong dan pensil box dari begnya.
“Pergi mana?” soal Qalesya. Haih.Tu laa. Menggelamun lagi.Padan muka aku!
“ Dewan la.Minggu orientasi kann,” kata Qaisara.
………..
Bersambunggg.....
ghaaa.
ini novel latest.
dah berazam supaya akan habiskan juga cerita ni.(:
bagi pendapat ye.(:
btw,
novel ni belum ada tajuk lagi.
Dina masih memikirkan tajuk yg sesuai.
sesiapa yang ada idea, sila beritahu di bahagian komen okay?
jasa anda sangat dihargai.
Happy reading!
Love, Dina.(: