Wednesday, March 17, 2010

Seri Irmani 3

Epi 3...


Elyssa terkejut lalu tersentak bangun menghadap tingkap.Terbakar?!

"MAMA!PAPA!!!!!"Elyssa menjerit dari tingkap.Asap yang berkepul-kepul menyekat penglihatan jiran di bawah untuk melihat Elyssa yang meronta mengetuk tingkap.
Elyssa beralih ke pintu.Dicubanya pulas tombol pintu.Berjaya!
'Kenapa aku tak terfikir dari tadi?Ada pintu tak nak guna,'sempat lagi Elyssa mengutuk dirinya sendiri.Sedar pun agaknya.Huhuhu.

Elyssa berjalan berhati-hati menuruni tangga.Bau asap yang tebal menusuk ke ronga hidung menyebabkan Elyssa terbatuk-batuk.Matanya pedih.
Kelihatan pintu dapurnya terbakar.Apinya sudah menjalar ke arah ruang tamu,pintu utama rumahnya.

Briefcase Tengku Izlan yang diletakkan dihadapan pintu serta bertindih kertas sudah berselerak menyebabkan api lagi cepat marak menutup perjalanan Elyssa untuk keluar.Elyssa menutup hidungnya dengan tangan untuk tidak menghidu asap pekat itu lagi.
Bernafas menggunakan mulut ternyata lebih sukar.Akhirnya,Elyssa tercungap sendiri.Elyssa tersekat!


Elyssa buntu!Tiada yang boleh dilakukan selain menunggu bantuan yang seperti membunuh diri sendiri.Terkunci di dalam rumah yang dipenuhi kepulan asap tanpa usaha.

Kedengaran pintu utama cuba dipecahkan dari luar.Elyssa sudah terduduk lemah mencari oksigen.Pintu dihentak kuat dan akhirnya melayang menampakkan dunia luar.Beberapa orang pegawai bomba menghampiri Elyssa yang tercungap-cungap dan akhirnya terkulai layu.



~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~@~


"Villa Seri Irmani - Kediaman Tengku Izlan dan keluarga serta jiran sederet dan berkongsi laman belakang dipercayai terbakar dalam masa 2 ke 3 pagi tadi.Tiada mangsa dilaporkan cedera kecuali puteri tunggal Tengku Izlan,Elyssa Miasara Tengku Izlan ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu kediaman beliau.Beliau ditempatkan di Wad Diraja,Hospital Seri Irmani.Punca kebakaran dipercayai disebabkan Gunung LaVista yang 'memuntahkan' lavanya dan melalui laluan api kecil di sekitar Villa Seri Irmani.Siasatan lanjut masih dijalankan.Saya,Irma Danilla melaporkan dari Villa Seri Irmani,Seri Irmani,"

Elyssa bergerak-gerak mendengar bunyi TV yang baru sahaja dimatikan.Mata dibuka perlahan.Kelihatan Tengku Izlan dan Puan Anna berdiri menghadap TV yang baru dimatikan.

"Mama...Papa..."Elyssa bersuara lemah.
"Sayang!"Tengku Izlan dan Puan Anna segera menerpa Elyssa yang terbaring lemah.
"Is everything ok?"soal Elyssa perlahan.
"Yes,honey..Everything's under control..."kata Tengku Izlan menyedapkan hati puterinya.
"At this mean time..."Puan Anna menggumam perlahan.
"Apa dia,ma?"soal Elyssa.
"Nothing..You need a rest,"kata Puan Anna pantas.

Seketika,wad diraja itu senyap.Hanya bunyi penghawa dingin yang agak kuat yang kedengaran.

"Kita tinggal mana lepas ni?"soal Elyssa.
"Rumah Diraja Irmani,"jawab Tengku Izlan pantas.
"Barang kita?"Elyssa menyoal lagi.
"There's not much left.Banyak dah hangus,"jawab Puan Anna.
"My clothes?"
"We can buy new one,"

"Hurmmmmm,"Elyssa mengeluh.


"Tettt...Tettt..Tetttt...Tettttt..."
Telefon bimbit milik Tengku Izlan berdering.Nama Tengku Isyraf terpampang di skrin telefon.Pantas Tengku Izlan menjawab.

"Izlan...Sekolah runtuh!Zara's in there!"



Bersambung....


p/s:Sorry kalau fakta gunung berapi semua tu salah.This is a fairytale..Enjoy..fathinielovechocolate.blogspot.com