"Kak Mila pakai baju warna apa?"soal Mira.
"Pakai baju kurung la.Takkan nak pakai baju cheongsam kot?"balas Mila lebih kepada sindiran.Mira memuncung sampai boleh ikat riben.
"Kak Mila dengan Kak Mira tak boleh ikut buka puasa dekat luar!"kata Marsha seperti ejekkan.
"Ala...sekali sekala je buka dekat sekolah.dekat luar bila-bila pun boleh."kata Mila membantah cakap Marsha.Mira hanya mengangguk mengiakan kata-kata Mila.
"Buka kat luar mana ada selalu.Sekali sekala je boleh"kata Marsha.
"Siapa kata kadang-kadang?Selalu pun boleh."Mira mencelah.
"Mana ada!Macam mana?"soal Marsha yang buat mimik muka pelik.
"Nak tau?...."kata-kata Mira tergantung apabila Marsha terus memotong cakapnya.
"Lu fikir la sendiri.Betul tak?"soal Marsha seperti dapat mengagak.
"Nope.The answer is duduk and bawa makanan.Serta,tunggu azan maghrib berkumandang.Pastu buka la dekat luar tu.Kan dah jadi buka puasa dekat luar."jawab Mira panjang lebar.
"Huh?!Tapi kali ni buka dekat Ikano."kata Marsha yang masih tak mahu mengalah.Mira dan Mila terdiam.Setelah melihat Mira Mila tak besuara,Marsha terus keluar.Dia telah menang perdebatan itu.
..............
"Mira,Mira rasa betul ke ibu dengan Marsha pergi buka puasa dekat Ikano?"soal Mila setelah tiba di perkarangan sekolah mereka.
"Tak tau la.Biar je lah.Bukannya kita tak pernah pergi."kata Mira untuk memuaskan hati sendiri.
"Betul tu betul"kata Mila.
No comments:
Post a Comment