Saturday, September 20, 2008

karyaku@kenangan ramadhanku....ep.1

Marsha termenung ditingkap di dalam biliknya.Tiba-tiba....
"tok..tok...tok.."bunyi pintu bilik Marsha diketuk...Lamunan Marsha terhenti.Pintu biliknya terkuak sedikit.
"Marsha,jom sahur."perempuan itu mengajaknya.
Marsha hanya menganggukkan kepalanya.
"Kak Mila dah kejutkan Kak Mira?"soal Marsha.
"Dah.Kak Mira tengah tolong ibu dekat dapur"kata Mila.

.......................

"Ibu dengan Kak Mira masak apa?"soal Marsha setelah tiba di dapur rumah dua tingkat itu.
"Ibu masak sardin masak asam dengan goreng telur je.Marsha nak apa-apa lagi ke?"soal perempuan itu yang dipanggil ibu.
"Kak Mira masak air je"kata Mira berseloroh.Mereka berempat ketawa.

.......................

Selesai sahur mereka semua menunggu waktu subuh.Sedang mereka duduk dan berbual kosong,azan subuh berkumandang.Mereka solat berjemaah.

Selesai solat....

Mila,Mira dan Marsha masuk ke bilik masing-masing.Walaupun rumah mereka hanya dua tingkat,tetapi rumah itu mempunyai banyak bilik.Di rumah itu mempunyai lapan bilik.Enam di tingkat dua.Dua di tingkat bawah.Empat bilik sudah berpenghuni iaitu Mila,Mira,Marsha dan Puan Maria iaitu ibu mereka.Ayah mereka pula sudah meninggal dunia tahun lepas ketika dua ramadhan.

............................

Masuk saja ke dalam bilik masing-masing,masing-masing melayan perasaan.
"Ayah!Marsha puasa hari ini kan satu hari penuh"kata Marsha sambil melompat keriangan.
"Pandai anak ayah ni.Macam ni la anak ayah.Mana kakak-kakak Marsha?"soal Encik Nordin
"Kakak dekat dapur.Tolong ibu masak."kata Marsha yang ketika itu hanya 7 tahun.
Encik Nordin ke dapur dan mencium dahi isteri tersayang.
"Abang,dah nak buka ni.Abang duduk dulu ye."kata Puan Maria.

Di bilik Mira...

"Mira macam mana upsr?"soal Encik Nordin
"No problem"kata Mira sambil tersenyum
"Bagus.Ada lagi beberapa paper kan?Prepare elok-elok.Makesure 5a is in your hand"pesan Encik Nordin.

Di bilik Mila....

"Happy birthday Mila"ucap Encik Nordin.
"Thank you ayah."kata Mila.
"Nah"Encik Nordin menghulurkan kotak kecil kepada Mila.
Didalamnya ada mp4 berwarna pink dan seutas rantai dan seutas gelang silver.
Apa yang Mila dapat,adik-adiknya dapat juga.Gelang yang Encik Nordin bagi tu ada bentuk hati dan tertulis nama Mila.Rantai pun sama.Adik-adiknya pun sama.Nama je lain.
"Selagi Mila,Mira dan Marsha menyimpan gelang dengan rantai ni.Selagi tu ikatan adik beradik tidak akan putus.Kalau hilang tidak semestinya putus,tapi ini tanda daripada ayah"pesan Encik Nordin.




Bersambung....

No comments: